Login Uitm Student Portal 2022
LOGIN UiTM STUDENT PORTAL 2022 (Semak Jadual Pendaftaran Course Semak Result)
Kehidupan pelajar pada hari ini memerlukan sistem pengurusan pelajar. Di Uitm ia dikenali sebagai UiTM Student Portal yang memudahkan serta melancarkan lagi urusan harian dengan pihak universiti.
Bermula daripada pendaftaran subjek, semakan keputusan peperiksaan, serta pelbagai info semasa dipaparkan di portal ini untuk makluman semua pelajar. Untuk pengetahuan pelajar, sehingga hari ini terdapat 34 kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di setiap negeri di Malaysia. Kesemua kampus ini menggunakan sistem yang sama iaitu UiTM Student Portal.
Kepada ibubapa/pelajar UiTM,anda boleh mohon INSENTIF UiTM PRIHATIN RM100 WANG BANTUAN KEBAJIKAN KECEMASAN PELAJAR ekoran penangguhan pendaftaran IPT
Apakah Kandungan Yang Terdapat pada UiTM Student Portal?
Portal ini terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:
eAcademic
Jadual Kelas
Keputusan Peperiksaan
Slip Peperiksaan
Sistem Pendaftaran eCourse
Permohonan Cuti Khas
Permohonan Lanjutan Pengajian
Permohonan Transkrip Akademik
iLearn Portal
iClass
SuFO
FinePortal
Bayaran bil
eHEP
e-Kolej
Insentif Makan
Zakat
Stiker Kenderaan
Saman Lalulintas
Pelajar NR
Stiker Elektrik
Bantuan Aktiviti Kampus (eSPAK)
Kebajikan / Bantuan Kewangan Pelajar
Bagaimanakah cara menggunakan UiTM Student Portal?
1.Cara Daftar & Login UiTM Student Portal
Untuk login ke UiTM Student Portal, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:
Pergi ke alamat URL rasmi : https://istudent.uitm.edu.my
Klik di “Click Here to Recover” untuk login kali pertama
Isi student ID, alamat emel dan nombor sekuriti yang diberikan.
Kemudian klik “Send my Password to my Email Now”.
Periksa emel anda dan ikut arahan yang disediakan dalam emel dari UiTM
Cara Menggunakan Aplikasi i-Student Portal
Selain dilayari di laman web, anda juga boleh menggunakan iStudent Apps yang membawakan maklumat terkini dengan mudah dan cepat.
Ianya boleh dimuat turun melalui Google Playstore di pautan ini: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.edu.uitm.istudent&hl=en
Semua maklumat serta kandungan yang terdapat dalam laman web rasmi UiTM iStudent terdapat dalam aplikasi ini.
2. UiTM Istudent Portal
Istudent portal adalah portal yang mana akan memaparkan maklumat dan info terkini berkenaan UiTM. Ini termasuklah pengumuman bilakah tarikh peperiksaan UiTM, bila kemaskini boleh dilakukan dan juga hebahan program terkini di semua kampus UiTM di setiap negeri.
Antara submenu di dalam portal ini adalah :
Jadual Exam Group A Asasi / Jadual Exam Group B
3. Pendaftaran Course UiTM
Pada awal semester, pendaftaran kursus akan diadakan . Di mana pada tempoh ini, tambah dan gugur kursus akan dibuka. Maka para pelajar boleh memilih kursus yang mana hendak diambil pada sem berkenaan. Untuk masuk ke dalam portal pendaftaran kursus, klik bawah:
Cara Daftar Course UiTM
Anda masukkan student ID dan juga kata laluan anda. kemudian, klik butang login.
4.UiTM Library
Semua maklumat mengenai perpusatakaan UITM boleh diperolehi di sini (UITM LIBRARY)
5.iLearn UiTM Login
Bagi iLearn UiTM, anda boleh mengakses melalui link di sini ILEARN
6.UiTM MOOC
MOOC adalah satu portal yang diwujudkan bagi menyediakan bahan online kepada para warga UiTM.
Maklumat Lanjut
Jika anda mengalami sebarang masalah atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang laman web ini, anda boleh merujuk kepada sumber berikut :
Laman web rasmi UiTM
Telefon : +603-5544 2000
The post LOGIN UiTM STUDENT PORTAL 2022(Semak Jadual Pendaftaran Course Semak Result) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/uitm-student-portal.html