Restoran Riverside Wtckl Tawar Sajian Berbuka Aneka Selera Desa Bermula 5 April 2022


Restoran Riverside WTCKL Tawar Sajian Berbuka "Aneka Selera Desa" Bermula 5 April 2022 | Bahang Ramadan sudah kian terasa dan kerinduan kita pada Ramadan akan terubat kurang dari 30 hari dari hari ni. Restoran Riverside WTCKL Tawar Sajian Berbuka "Aneka Selera Desa" Bermula 5 April 2022 ni pastinya menjadi salah satu tempat untuk kita berbuka sambil berkumpul dengan anak-anak, ahli keluarga mahupun rakan yang dirindui. 


Pastinya pengumuman Perdana Menteri semalam cukup menggembirakan dan mesti ada antara kita dah mula buat senarai tempat untuk berbuka dan bersahur sebelum Covid-19 melanda dunia. 



Malaysia memasuki fasa Endemik mulai 1 April 2020


Jadi, umi nak syorkan anda ke WTCKL antara salah satu lokasi untuk berbuka puasa dengan keluarga mahupun dengan rakan sekerja atau rakan lama sambil mengeratkan silaturahim,  Tapi jangan lupa, anda masih perlu mengekalkan SOP seperti yang disarankan oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan pelanggan disekeliling juga.


Pada tahun ini, dengan bertemakan "Aneka Selera Desa", Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, kembali mengundang pengunjung untuk sama-sama mengimbas kembali nostalgia berbuka puasa di desa dengan menyajikan hidangan bufet lebih 300 jenis juadah setiap hari bermula 5 April hingga 29 April 2022.



Pilihan menu istimewa dengan 5 giliran berbeza setiap minggu disediakan oleh barisan chef WTCKL yang diketuai oleh Chef Ekesekutif, Suzaini Mohamed Salih.  Antara hidangan klasik desa, antaranya Ikan Patin Goreng Sambal Hijau, Daging Rendang Minang, Ketam Goreng dengan Cili Kering dan Bawang Putih, Sotong Masak Kari dengan Nenas dan Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh. Selain itu, menu yang pasti menambat selera ramai seperti Bubur Lambuk, Masakan Asam Pedas dan Kambing Goreng Berempah turut tersedia.


Di bahagian minuman pula ada minuman panas dan sejuk serta ada ABC dan cendol juga. 





Pelbagai jenis ulaman Melayu tradisional seperti daun Ceylon, Ulam Raja, Kacang Botol, Petai, Tomato, Timun, Daun Pegaga, Jering, Terung Pipit, Bendi, Jantung Pisang, Oucuk Ubi, Tenggek, Burung, Daun Gajus, aneka jenis keropok, ikan masin, 7 jenis kerabu, tapai, Laksa, Mee Kari, Sup Berempah dan pelbagai sambal yang cukup mengenyangkan selera orang Melayu.



Peminat kambing, jangan lepaskan merasai 'Kambing Golek' yang dihidangkan seekor setiap hari dengan pilihan sos lada hitam dan sos cendawan yang pastinya buat anda berpuashati.



WTCKL juga membawakan Nasi Kandar Saddam sebagai salah satu hidangan istimewa buffet Ramadan. Tak perlu lagi 'lepak mamak' lepas solat Tarawikh kerana nasi kandar ada, roti canai ada, teh tarik pun ada juga tau. Semuanya ada di buffet ramadan Aneka Selera desa, WTC.



Selain dari itu, pengunjung juga disajikan dengan pelbagai jenis pemanis mulut yang terdiri dari kuih muih tradisional Melayu dan kuih muih moden.


Tapau Makanan Dengan Mangkuk Tingkat Istimewa WTCKLKalau ada yang berminat dengan masakan dan ingin membawa pulang mana-mana makanan bufet ke rumah untuk bersahur, beli saja mangkuk tingkat edisi terhad di kaunter dan cedok sebarang hidangan kegemaran dari meja bufet. Mangkuk tingkat ini dijual dengan harga RM59 dan RM69 untuk saiz 12 cm dan 16cm dengan pelbagai corak. Memang bagus usaha WTCKL ni yang secara langsung membantu menyelamatkan bumi degan pengurangan bekas plastik.


Ruangan Solat Buat PengunjungSurau Ar-Rahman yang terletak di Aras 3, tersedia bagi mereka yang ingin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan jugak Terawih berjemaah dengan kapasiti 100 orang jemaah.


Pakej Jamuan Persendirian dan KorporatWTCKL juga menawarkan Pakej Jamuan Persendirian dan Korporat bermula dari RM148.00 seorang dengan tempahan minimum 100 orang di atas. Jamuan persendirian ini akan diadakan di pelbagai ruang atau bilik di WTCKL dengan suasana lebih peribadi dan mesra bersama keluarga serta rakan atau rakan perniagaan. Pakej ini termasuk sistem audio, hidangan buffet khas dan ruang solat khas, Maghrib, Isya dan Tarawih serta kadar kadar parkir hanya RM5.00 mulai dari jam 6 petang dan seterusnya.


Harga Buffet Ramadan "Aneka Selera Desa"

Harga Buffet Ramadan "Aneka Selera Desa" untuk orang dewasa ialah RM128.00 nett, untuk kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) RM75.00 nett dan harga yang sama untuk buat warga emas berumur 60 tahun dan ke atas dan kanak-kanak dibawah 12 tahun. 


Kalau nak lebih penjimatan, beli baucer Early Bird berharga RM108.00 nett sahaja seorang. 


Jimat Dengan Baucer Early BirdAnda boleh dapatakan baucer Early Bird ini mulai dari 2 Mac 2022 sehingga 4 April 2022 dan sah untuk ditebus sehingga 29 April 2022. Baucer Early bird ini boleh dibeli secara dalam talian iaitu melalui Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada dan laman web Restoran Riverside. 


Jujur umi katakan, makanan kat buffet Ramadan "Aneka Selera Desa" kat sini memang sedap dan sesedap masakan orang Melayu yang biasa kita makan. 


Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, layari : www.riverside.wtckl.com atau hubungi 03-26146701 dan 019-2678960.


atau boleh ikuti di laman sosial berikut 


Instagram WTCKL : https://www.instagram.com/worldtradecentrekualalumpur/
Facebook WTCKL : https://www.facebook.com/WorldTradeCentreKualaLumpur


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/03/restoran-riverside-wtckl-tawar-sajian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fasa Peralihan Ke Endemik Bermula 1 April 2022

Fasa Peralihan Ke Endemik Bermula 1 April 2022

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 240 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 Menurutnya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko mendapatkan pa...
Hilton Garden Inn Kuala Lumpur Menyajikan Makan Malam Bufet Jelajah Selera Ramadan 2022

Hilton Garden Inn Kuala Lumpur Menyajikan Makan Malam Bufet Jelajah Selera Ramadan 2022

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 259 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Hilton Garden Inn Kuala Lumpur mengalu alukan tetamu ke bufet berbuka puasa bersama orang tersayang dengan bufet makan malam b...
Jelajah Selera Bersama Hilton With Hilton Inn Garden Kl Ramadhan Buffet 2022

Jelajah Selera Bersama Hilton With Hilton Inn Garden Kl Ramadhan Buffet 2022

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 432 hits
Jelajah Selera Bersama Hilton With Hilton Inn Garden KL Ramadhan Buffet 2022 Hello all Yes this is another post about the Ramadhan Buffet 2022 so you ll know where to go for your fave food and best deals this coming Ramdhan This time I was ...
Resepi Berbuka Puasa Dan Bersahur Terbaik 2022

Resepi Berbuka Puasa Dan Bersahur Terbaik 2022

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 301 hits
Menu Dan Bersahur Terbaik 2022Salam dear readers and to all my muslim friends nak kongsi dengan anda semua aneka resepi juadah berbuka puasa dan bersahur yang korang akan rasa teruja Resepi Berbuka Puasa Dan Bersahur Terbaik 2022Dalam bulan...
Jelajah Selera Bersama Hilton Di Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Untuk Berbuka Puasa

Jelajah Selera Bersama Hilton Di Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 231 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside s Makan Kitchen mempersembahkan makan malam bufet Around Malaysia in 80 Dishes Diilham...
Berbuka Puasa 2022 Dengan Tradisi Warisan Paragon Ramadan Buffet

Berbuka Puasa 2022 Dengan Tradisi Warisan Paragon Ramadan Buffet

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 338 hits
Berbuka Puasa 2022 dengan Tradisi Warisan Paragon Ramadan Buffet Hai semua Bersyukur kita harini kerana masih bernyawa Moga dilindungi selalu ye Syaaban menjelang kini Bulan depan dah masuk Ramadan Salah satu benda yang best time Ramadan ia...
Fasa Endemik Bermula 1 April Terima Kasih Perdana Menteri

Fasa Endemik Bermula 1 April Terima Kasih Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 362 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob petang tadi mengumumkan bermula 1 April negara akan memasuki fasa endemik Covid19 Antara perubahan yang diumumkan adalah Kedai makan dibenarkan beroperasi selepas jam 12 tengah malam Sembahyang jemaah di ...
Bps Sebut Produksi Padi Akan Meningkat 7 7 Persen Mulai Januari Hingga April 2022

Bps Sebut Produksi Padi Akan Meningkat 7 7 Persen Mulai Januari Hingga April 2022

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 314 hits
Kenaikan produksi padi tidak bisa dilepaskan dari kenaikan potensi luas panen Pada Januari April 2022 luas panen berpotensi mencapai 4 81 juta hektare
1 April Fasa Endemik 2022

1 April Fasa Endemik 2022

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 180 hits
Pengumuman endemik Malaysia telah pun diumumkan oleh Perdana Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Kini kita akan masuk fasa endemik COVID Malaysia bermula 1 April 2022 Fasa Peralihan Endemik Reopening Safely dibuat selepas mengamb...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran