Login Delima Kpm Id Log Masuk Cara Guna Aplikasi
LOGIN DELIMA KPM:ID,LOG MASUK & CARA GUNA APLIKASI
Kepada guru-guru dan murid di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),pasti anda sudah biasa dengar tentang DELIMA KPM.
APA ITU DELIMA KPM?
Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa).Ia dikenali sebagai Portal DELIMA.
Ia menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran secara dalam talian.
Para guru dan murid boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam menggunakan Portal DELIMa.
APLIKASI PORTAL DELIMA
Terdapat banyak aplikasi dalam portal DELIMA KPM yang boleh digunakan para guru dan murid.Berikut adalah aplikasi portal DELIMA:
Microsoft Office 365
Padlet
Canva
Digital Textbook
WolframAlpha
Plickers
Edpuzzle
Blendspace
Aplikasi di bawah Google
DIGITAL TEXBOOK/BUKU TEKS DIGITAL KPM
Jika anda telah berjaya login DELIMA KPM,klik ikon BUKU TEKS DIGITAL
Pilih TAHUN/TINGKATAN
Kemudian pilih JENIS SEKOLAH(SK/SJKCSJKTKSSR)
Pilih JUDUL BUKU TEKS yang ingin dimuat turun
Sekarang anda berjaya akses dan gunakan buku teksi digital.
Cara memuat turun buku teks KPM dalam aplikasi DELIMA KPM adalah seperti gambar di bawah:
MICROSOFT OFFICE 365(WORD,EXCEL,POWER POINT DLL)
Anda boleh menggunakan Microsoft Office 365 secara percuma di portal DELIMA KPM.
CANVA
Berikut adalah cara menggunakan aplikasi Canva di portal DELIMA KPM:
Pembelajaran menggunakan Canva menawarkan versi bilik darjah hingga K-12 yang supercharged. Ianya adalah percuma kepada semua guru yang menggunakan aplikasi Delima.
Canva padat dengan nilai dan ciri-ciri penjimatan masa (termasuk ribuan sumber pendidikan), setiap guru Canva boleh menjemput pelajar mereka di semua kelas mereka secara percuma.
Dari folder yang membantu anda kekal teratur hingga kerjasama bilik darjah dan tugasan yang meningkatkan tahap penglibatan, terdapat cara yang tidak berkesudahan untuk berinteraksi dengan pelajar anda, tidak kira sama ada anda mengajar di bilik darjah atau dari jauh.
Daftar sekarang ke aplikasi DELIMA dan akses ke Canva untuk membuka kunci alat pengajaran terbaik yang ditawarkan oleh Canva.
PADLET
Padlet dahulunya dikenali sebagai Wallwhiser merupakan salah satu aplikasi papan interaktif dalam Web 2.0. Papan interaktif ini yang juga dikenali sebagai virtual wall (dinding maya).
Ia berfungsi sebagai ruang yang membolehkan murid dan guru dapat berkongsi maklumat seperti teks, gambar, video dan audio dalam satu antara muka.
Semua ahli kumpulan akan dapat melihat semua maklumat yang ditulis pada wall dan saling bertukar idea dalam kumpulan mereka.
Punggunaan Padlet dapat memudahkan Guru untuk memberi penerangan seperti berada dalam bilik darjah.
WOLFRAM ALPHA
Wolfram alpha berfungsi sebagai mesin carian komputasi. Ia juga disebut sebagai mesin jawapan. Antaramuka mirip dengan antara muka yang terdapat dengan mesin carian biasa.
Pertanyaan yang ditaip ke kotak mesin pencari Wolfram Alpha tidak memaparkan laman web yang relevan dengan pertanyaan, tetapi menjawab pertanyaan tertentu.
Wolfram Alpha mampu menerima bahasa semula jadi dalam bentuk kata kunci, ayat, dan frasa persamaan matematik. Hasil output dikira secara dinamik.
GOOGLE SEVICES
Delima menawarkan semua aplikasi Google Services di dalam perisiannya. Antara Google Services yang terdapat dalam aplikasi DELIMA seperti gambar berikut:
BAGAIMANA NAK DAPAT ID DELIMA KPM?
Para pendidik dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan oleh penyelaras ICT di sekolah sebelum ini.
Guru-guru dan murid-murid menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) sebagai ID dan kata laluan untuk login portal DELIMA KPM.
CONTOH ID DELIMA
Berikut adalah contoh e-mel MOE Digital Learning (DL):
[email protected]
CONTOH KATA LALUAN/PASSWORD DELIMA
Abcd1234$
TERLUPA ID/KATA LALUAN DELIMA
Jika anda terlupa ID/Kata laluan/Password DELIMA KPM,sila rujuk admin/ penyelaras ICT di sekolah.
CARA LOGIN/LOG MASUK PORTAL DELIMA
Jika anda telah memiliki ID dan kata laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah untuk log masuk portal DELIMA:
Layari Portal DELIMa https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
Klik butang ‘Log Masuk.’
Masukkan ID dan kata laluan yang diberikan oleh pihak sekolah.
Klik butang ‘Login.’
Kemudian, pilih menu Pelajar, Guru atau Sekolah.
Guru dan pelajar boleh memilih aplikasi dan fungsi yang boleh digunakan oleh pengajaran dan pembelajaran.
CARA RESET PASSWORD DELIMA ( GURU/MURID )
*akan dikemaskini
SOALAN LAZIM
Siapa rakan penyedia portal DELIMA?
KPM telah bekerjasama dengan beberapa pihak bagi memastikan kandungan pengajaran dan pembelajaran melalui Portal DELIMa adalah pelbagai seperti:
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
DIGI
ASTRO
United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF)
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Adakah perlu bayar untuk memiliki ID dan akses portal DELIMA?
Setiap pelajar akan diberikan satu ID yang akan membolehkan mereka mengakses semua kemudahan ini secara percuma.
Saya terlupa ID dan Password DELIMA,macam mana ye?
Untuk maklumat lanjut tentang ID dan Password Pelajar atau masalah terlupa kata laluan dan sebagainya, sila rujuk dengan pihak sekolah atau guru kelas masing-masing.
Adakah guru dan murid menggunakan portal DELIMA untuk PdPR?
Ya,guru-guru dan murid-murid menggunakan portal DELIMA semasa sesi PdPR di rumah.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ada sebarang masalah untuk LOGIN DELIMA KPM,sila hubungi pihak sekolah atau guru penyelaras yang menguruskan portal ini.
The post LOGIN DELIMA KPM:ID,LOG MASUK & CARA GUNA APLIKASI appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/login-delima-kpm.html