Lirik Lagu Sungai Lui Aizat Amdan
Assalamualaikum & Hi Semua!
Credit image
Baru-baru ini aku terdengar semula lagu lama dendangan Aizat Amdan ini, Sungai Lui. Ada apa dengan lagu ini? Aku pasti setiap orang pasti ada lagu yang menjadi memori-memori dalam kehidupan seharian masing-masing kan? Samada saat sedar ataupun tidak. Begitu jugalah aku. Lagu ini bukan lagu favourite aku. Tapi, pada ketika itu, situasi itu membuatkan aku tanpa sedar menjadikan lagu ini penguat aku ketika melalui situasi itu' di 'situ'. Untuk melalui hari-hari yang mendatang dengan positif, dengan happy. Saat jasad aku disitu, tetapi minda dan hati aku tiada di tempat itu.
Ketika itu, ada seseorang di situ. Hanya dia seorang yang aku rasakan seolah-olah menyebelahi aku. Seolah-olah dia mengatakan yang aku tak perlu risau, kerana di sini tempat aku. Tapi, akhirnya aku dan dia tetap tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Setelah sekian lama aku menanti, akhirnya detik itu tiba. Pada waktu yang tepat, aku mengundur diri dari situ dengan hati yang lega dan bebas. Kerana aku sedari yang di situ tetap bukan tempat aku walau bermacam cara aku lakukan pun. Di situ dan apa-apa yang berkaitan dengan tempat itu meskipun secebis kenangan, tetap bukan untuk aku. Dan tiada apa-apa yang ingin aku ingati lagi.
Lirik Lagu Sungai Lui - Aizat Amdan
Pejamkan matamu untuk 'ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah
Selagi kau masih percaya
Tertawa, kecewa, terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang 'ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
'Ku harap 'ku masih percaya
Adakah semua ini yang 'ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
'Ku harap 'ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda, masih mentah
'Ku harap kau masih percaya
Selama ini
Selama ini
Selama ini
Selama ini
Selama ini
Selama ini
Selama ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nadhiewueen.blogspot.com/2020/12/lirik-lagu-sungai-lui-aizat-amdan.html