Lirik Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia Ria Resty Fauzi
sumber : google
Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia, lagu nurse viral tiba-tiba popular selepas beberapa tahun dikeluarkan. Tiba-tiba boom meletop tular disebabkan video persembahan koir pelatih jururawat (nurse) sempena majlis konvokesyen yang telah dimuat naik di laman sosial TikTok.
Video tersebut telah mendapat lebih 1.6 juta tontonan pengguna media sosial. Yang buat lagi viral tu sebab yang part lelaki tu liriknya pendek je. Tak datang rehearsal pun tak apa katanya. Senang betul orang lelaki menyanyi ye.
Penyanyi asal Cintaku Sampai Ke Ethiopia iaitu Ria Resty Fauzi ini dipersembahkan oleh pelatih jururawat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB). Ria Resty Fauzi merupakan seorang penyanyi Indonesia yang popular di Indonesia dan Malaysia.
Pencipta lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia pula adalah Younky RM. Dikatakan dulu lagu ini memang wajib dinyanyikan semasa majlis konvokesyen jururawat.
Info lagu Cintaku Sampai Ke EthiopiaTajuk lagu : Cintaku Sampai Ke Ethiopia
Penyanyi : Ria Resty Fauzi
Pencipta/ Lirik : Younky RM
Maksud lagu Cintaku Sampai Ke EthiopiaLagu lagenda mengusik kenangan ini memberi makna yang mendalam buat para jururawat pelatih. Hantar lah kemana saja pun tetap sanggup dan setia menggalas tanggungjawab demi karier seorang jururawat. Mungkin itulah yang diggambarkan dalam bait-bait lirik lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia ni.
Ethiophia adalah nama sebuah tempat yang dulunya dikenali sebagai Habsyah dan dipimpin oleh raja Habsyah yang bergelar Najasyi
Bukanlah emas permata(intan berlian)
maksud: bukan kekayaan
Juga bukan gemerlap dunia (bintang-bintang)maksud: bukan kemewahan
Bulan madu..aku pun tak mintamaksud: Jalan-jalan berdua pun tak mahu
Asalkan kita dapat berduamaksud: Asalkan boleh luang masa bersama
Aku pun bahagia
maksud: bahagia
Ke mana pun kau pergi.. ku kan ikut kamu.
maksud: pergi mana pun, aku akan bersama
Walau..ke hujung dunia.
maksud : kemana sahaja
Jangankan gunung Fujiyama.. (Fujiyama)Puncak Himalaya ku ikut kamu
maksud : kemana sahaja aku akan bersama
Jadi, kalau makna untuk cinta semata-mata. Hentikanlah. Sepertia yang tular baru-baru ini dinyanyikan oleh pelajar sekolah rendah. Memang tak sesuailah cerita dia. Pelajar perlu diterapkan dengan lagu-lagu patriotik, barulah sesuai
Lirik Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia - Ria Resty FauziKalau kau benar sayang padaku..
Dan kalau kau benar cinta..
Ucapkanlah..janji setiamu..
Kalau kau benar sungguh mau..
Semua milikku untukmu..
Jiwa dan ragaku..semuanya milikmu..
Bukanlah emas permata..(intan berlian)
Juga bukan gemerlap dunia..(bintang-bintang)
Bulan madu..aku pun tak minta..
Asalkan kita dapat berdua..
Aku pun bahagia..
Ke mana pun kau pergi.. ku kan ikut kamu..
Walau..ke hujung dunia..
Jangankan gunung Fujiyama.. (Fujiyama)
Puncak Himalaya ku ikut kamu..
Jangankan ke Kemboja.. (ke Kemboja)
Ke Ethiophia ku ikut kamu..
Kalau memang kamu cinta aku..
Ke kutub utara..aku ikut kamu..
Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..
Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku
Jangan..jangan..janganlah bimbang dan ragu sayang..
Sungguh mati..aku cinta kepadamu..
Bukanlah emas permata..
Juga bukan gemerlap dunia..
Bulan madu..aku pun tak minta..
Asalkan kita dapat berdua..
Aku pun bahagia..
Ke mana pun kau pergi.. ku kan ikut kamu..
Walau..ke hujung dunia..
Jangankan gunung Fujiyama.. (Fujiyama)
Puncak Himalaya ku ikut kamu..
Jangankan ke Kemboja.. (ke Kemboja)
Ke Ethiophia ku ikut kamu..
Kalau memang kamu cinta aku..
Ke kutub utara..aku ikut kamu..
Jangankan gunung Fujiyama.. (Fujiyama)
Puncak Himalaya ku ikut kamu..
Jangankan ke Kemboja.. (ke Kemboja)
Ke Ethiophia ku ikut kamu..
Kalau memang kamu cinta aku..
Ke kutub utara..aku ikut kamu..
Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..
Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku
Jangan..jangan..janganlah tinggalkan aku sayang
Jangan..jangan..janganlah kau lupa janjimu
Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..
Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku
Jangan..jangan..janganlah tinggalkan aku sayang
Jangan..jangan..janganlah kau lupa janjimu
Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..
Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku
Jangan..jangan..janganlah tinggalkan aku sayang
Jangan..jangan..janganlah kau lupa janjimu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/12/cintaku-sampai-ke-ethiopia.html