Liputan Langsung Himpunan Rakyat Nyatakan Solidariti Cintakan Kedamaian Malaysia Hari Ini


AKMAL MANAF & SITI NUR ZAWANI MISCONFOTO : WAN ZAHARI WAN SALLEH & SYAFIQ ISKANDARMarch 23, 2019 7:00 am

8:22 pagi: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa; Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr Zulkifili Mohamad Al Bakri; Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar dan Waytha Moorthy antara yang kelihatan di Dataran Merdeka

8.10 pagi: Peserta telah tiba di pentas utama. Dua personaliti Amin Idris dan Heliza Helmi menjadi pengacara pada himpunan kali ini. Para peserta melaungkan slogan ‘Hidup! hidup! keamanan, hidup! hidup! kedamaian. Antara poster yang mencuri tumpuan ‘stand together against hate’ tolak keganasan, tolak kebencian solidariti 4peace, ‘turn to love’

8.06 pagi: Perarakan dari Sogo telah memasuki Dataran Merdeka

7.55 pagi : Sebahagian peserta dilihat sedang mengambil gambar di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sementara menunggu program bermula.

7.50 pagi: Peserta sudah mula berarak dikawal oleh pihak polis dan pihak NGO Ikram. Para peserta berarak membawa bendera dan slogan “hidup, hidup keamanan”. Terdapat juga beberapa peserta membawa bunga chrysanthemum memperingati mangsa terkorban di Christchurch.


7.42 pagi: Peserta sudah mula beratur, penganjur dilihat menyusun atur pergerakan peserta bersama slogan yang akan berarak di menuju ke Dataran Merdeka. Himpunan di jangka berarak pada 7.50 pagi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid sudah tiba sertai peserta berhimpun.

7.20 pagi: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad baru sahaja hadir. Dilihat turut hadir, Timbalan Ketua Sekretariat Amanah Parlimen Kepong, Mohd Noor Ali Akbar, Bekas Adun Pas Kampung Raja Besut Ustaz Abdul Aziz Abbas, dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Raja Kamarul Bahrin.

7.01 pagi: Anggaran peserta meningkat sehingga 100 orang di sogo. Mereka dilihat memakai baju Tshirt putih. Manakala di Sekitar masjid negara masih lagi lengang. Belum ada peserta kelihatan.

6.50 pagi: Peserta sudah mula berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo. Jumlah peserta baru mencapai sehingga 20 orang. Ada yang dah mula bergambar dengan slogan2 yang dibawa antaranya #solidarity 4peace.

Hari ini buat pertama kali himpunan Solidariti Kedamaian diadakan di Dataran Merdeka susulan insiden yang berlaku di dua buah masjid di Christchurch pada tengahari Jumaat pada 15 Mac lepas.

Himpunan Solidariti yang akan menghimpun rakyat Malaysia hari ini bagi memutuskan tiga pendirian Malaysia terhadap insiden yang berlaku turut mengorbankan seorang remaja Malaysia Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi,17.

Manakala bapa Muhammad Haziq, Mohd Tarmizi Shuib juga cedera dalam serangan itu masih menerima rawatan dan dua lagi rakyat Malaysia yang cedera ialah Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.

Solidariti Kedamaian anjuran Jabatan Perpaduan serta JawatankuasaMempromosikan Persefahaman Dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) dan beberapa NGO dan NGI serta ketua-ketua agama semua kaum di negara ini.

Solidariti Kedamaian diadakan hari ini menuntut tiga perkara:

1) Mengutuk serangan yang berlaku di Christchurch, New Zealanddan menegaskan tiada agama yang suka pada perpecahan danpeperangan. Sebaliknya, semua agama cintakan kedamaian.

2) Mewujudkan lebih banyak ruang perbincangan dan komunikasi antara agama dengan menjadikan JKMPKA sebagai jawatankuasa induk untuk mengerakkannya.

3) JKMPKA bersama NGO akan mengetuai himpunan Solidariti Kedamaian yang diadakan hari ini.

Dijangkakan 10,000 rakyat Malaysia akan berhimpun secara aman untuk menyatakan solidariti kepada kedamaian dan keamanan di negara ini agar insiden yang berlaku di New Zealand tidak menjadi igauan ngeri rakyat negara ini di masa hadapan.

Himpunan akan bermula pada jam 7.30 pagi di hadapan Pusat Membeli Belah Sogo dan peserta himpunan akan berarak ke Dataran Merdeka.

Di Dataran Merdeka dijadualkan beberapa pidato mengenai kedamaian dan keamanan akan disampaikan oleh wakil-wakil NGO, NGI dan ketua-ketua agama.

Antara NGO-NGO yang hadir ialah wakil daripada Angkatan BeliaIslam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Gabungan Dakwah Malaysia, Gabungan Bertindak Malaysia, Malaysia Hindu Sangam, Malaysian Consultative Council ofBuddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Christian Federation Malaysia (CFM).

berita menyusul lagi…

Berita penuh https://malaysiadateline.com/liputan-langsung-himpunan-rakyat-nyatakan-solidariti-cintakan-kedamaian-malaysia-hari-ini/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/03/liputan-langsung-himpunan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solidariti Kedamaian Ibu Saudara Haziq Terharu Sokongan Rakyat Malaysia

Solidariti Kedamaian Ibu Saudara Haziq Terharu Sokongan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 264 hits
Astro Awani Zarina berkata sesungguhnya sebagai rakyat Malaysia beliau amat mencintakan kedamaian dan keamanan sejagat Astro AWANI KUALA LUMPUR Waris keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi 17 tahun yang terkorban dalam tragedi tem...
Himpunan Solidariti Kedamaian Berjaya Kumpul 5 000 Peserta

Himpunan Solidariti Kedamaian Berjaya Kumpul 5 000 Peserta

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 663 hits
KUALA LUMPUR Kira kira 5 000 peserta himpunan Solidariti Kedamaian berhimpun menyatakan harapan dan hasrat mereka agar keharmonian dan keamanan kaum terus subur di negara ini Mereka yang berkumpul di pekarangan pusat beli belah Sogo di ibu ...
Duta New Zealand Berucap Dalam Bahasa Melayu Himpunan Solidariti Kedamaian Terharu

Duta New Zealand Berucap Dalam Bahasa Melayu Himpunan Solidariti Kedamaian Terharu

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR Berucap dalam Bahasa Melayu Duta New Zealand ke Malaysia Hunter Nottage menjadikan Perhimpunan Soladariti Kedamaian Soladarity4Peace yang berlangsung di Dataran Merdeka pagi ini bertambah sayu Katanya New Zealand sangat bersedi...
Himpunan Solidariti Kedamaian Tragedi Christchurch Sabtu

Himpunan Solidariti Kedamaian Tragedi Christchurch Sabtu

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 587 hits
ISMA WEB Rakyat tanpa mengira ideologi diajak berkumpul di Dataran Merdeka sebagai tanda simpati kepada mangsa kebencian di New Zealand KUALA LUMPUR Perhimpunan Solidariti Kedamaian Sabtu ini adalah perhimpunan untuk rakyat Malaysia bersand...
Rakyat Malaysia Perlu Minum Satu Sudu Minyak Kelapa Sawit Setiap Hari Tun M

Rakyat Malaysia Perlu Minum Satu Sudu Minyak Kelapa Sawit Setiap Hari Tun M

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 931 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berharap semua rakyat Malaysia supaya meminum satu sudu kelapa sawit setiap hari sebagai menyahut kempen Sayangi Sawitku Beliau turut memberikan contoh satu negara berpenduduk 1 billion yang tidak dinamakan j...
Gempa Bumi Lombok Dua Rakyat Malaysia Disahkan Terkorban

Gempa Bumi Lombok Dua Rakyat Malaysia Disahkan Terkorban

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 366 hits
PUTRAJAYA Dua rakyat Malaysia disahkan terkorban manakala enam lagi masih belum dapat dikesan dalam kejadian gempa bumi berskala 5 8 Richter yang melanda Lombok Timur Nusa Tenggara Barat Indonesia pada pukul 2 07 petang hari ini Mereka yang...
Gempa Bumi Lombok Seorang Rakyat Malaysia Maut

Gempa Bumi Lombok Seorang Rakyat Malaysia Maut

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 371 hits
Gempa Bumi Lombok Seorang Rakyat Malaysia Maut Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerima laporan bahawa seorang warganegara Malaysia terkorban dalam insiden gempa bumi berskala 5 8 Richter yang melanda Lomb...
Seorang Lagi Rakyat Malaysia Disahkan Terbunuh Akibat Gempa Bumi Lombok

Seorang Lagi Rakyat Malaysia Disahkan Terbunuh Akibat Gempa Bumi Lombok

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 321 hits
Seorang lagi rakyat Malaysia disahkan terbunuh akibat gempa bumi Lombok Dikemas kini 17 minit yang lalu middot Diterbitkan p
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal