Lipstick Mawar Hitam Che Ta Ku Sangka Hitam Rupanya Merah Bak Delima
Baru baru ni Rozita Che Wan a.k.a Che Ta ada keluarkan produk baru iaitu Lipstick Mawar Hitam Che Ta. Packaging warna sama macam inai Che Ta. Sekali tengok terus rasa macam nak beli lah. Cepat betul terpengaruh ni. Bahaya bahaya!
Saya order lipstick mawar hitam Che Ta di Shopee pada 22 September dengan barang lain. Hari ahad semalam, 25 September baru sampai bungkusannya. Kita punyalah excited nak cuba lipstick mawar hitam Che Ta ni, sekali yang dapat 1 barang je.
Lepas inform seller, dia kata tertinggal 1 barang lipstick mawar hitam Che Ta. Dia suruh tekan refund untuk barang tu. Rugi masa dan tak jimat pulak rasa. Yelah beli 2 barang untuk 1 harga pos. Dapat 1 barang dan dapat refund harga barang je lah cerita dia
Kalau nak beli lain, kena lah beli kat seller lain tambah dengan harga pos. Ish ish ish..at least kalau seller kata nak pos okay lagilah kan boleh tunggu sebab silap mereka dan keluarga mereka. Kecewa betul
Sudahnya semalam saya cari agent yang terdekat je lah beli lipstick mawar hitam Che Ta. Walaupun ada charge delivery, at least tak sakit hati tunggu lama tapi tak dapat. Order semalam, semalam juga dapat. Kan senang.
Awalnya nak jimat jadi tak jimat sudah. Sejak tak wajib pakai mask ni bolehlah kita melawa beli lipstick baru. Barang makeup mostly dah buang sebab dah expired sebab PKP tak keluar rumah. Barang makeup terperap menanti hari luput.
Berkenan betul dengan lipstick mawar hitam Che Ta ni sebab warnanya. Menawan dan tertawan sudah. Kotak packaging dia memang exclusive sangat nampak mahal dengan warna mawar merah hitam ni
pek depan lipstick mawar hitam Che Ta
pek belakang lipstick Che Ta
Dalam kotak, ada kotak lagi lipstick mawar hitam Che Ta. Double triple protection ni. Kalau pos pun risiko lipstick rosak tu kuranglah kiranya kan
Botol lipstick berbentuk petak dengan warna maroon rose. Design yang simple tapi masih nampak menarik.
Lipstick Mawar Hitam Che TaLipstick Mawar Hitam Che Ta, jenama lokal pertama di Malaysia buat lipstick warna hitam. Dari mata kasar kita memang nampak warna hitam tu. Tapi bila di oles pada bibir, yang hitam bertukar warna merah bak delima.
Katanya nak nampak natural, oles sikit je. Nak nampak macam glamour sikit boleh oleskan full lips berlapis lapis gitu. Selain digunakan untuk pemerah bibir nampak lebih cantik, lipstick mawar hitam Che Ta boleh dijadikan pemerah pipi dan juga eyeshadow
Saya cuba pada kulit tangan. Nampak cantik warnanya kan.
Tekstur Lipstick Mawar Hitam Che TaLipstik Che Ta jenis semi matte yang berfungsi untuk melembapkan bibir selain memerahkan bibir. Warna merah pada bibir masih kekal seperti warna bibir semula jadi walaupun kesan lipstick akan hilang semasa makan dan minum.
Taklah hilang semua. Masih lagi ada warna kemerah merahan di bibir tu. Tak perlu touch up pun takpe. Nanti keluar bolehlah melawa dengan lipstick mawar hitam Che Ta. Walau hitam dipandang manis gitu
Tahu-tahu dah ada 2 koleksi produk Che Ta.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/09/lipstick-mawar-hitam-che-ta-ku-sangka.html