Lindungi Daripada Penipuan Dan Pencurian Identiti Dalam Talian Dengan Ctos Secureid
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sejak dua menjak ini negara kita selalu dibanjiri dengan laporan di media orang kena tipu atau lebih dikenali scam dalam talian. Kadang-kadang kita dah rasa maklumat kita dah selamat dan juga dilindungi namun semua itu menakutkan. Ada satu laporan tu yang Maha baca kena tipu sehingga berpuluh ribu ringgit duit simpanan bertahun-tahun sedih sangat dengar
Selain daripada kita buat laporan pada pihak berkuasa jika terkena dengan semua ini, kita juga perlua ada pelindungan peringkat awal agar kita dapat bertindak sebelum terjebak. Sebab itu CTOS telah melancarkan CTOS SecureID iaitu khidmat pelindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi pencurian dan penipuan identiti. Perkhidmatan pemantauan dark web ini adalah yang terulung seumpamanya yang dilancarkan oleh sebuah agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara. Y.Bhg Dato' Dr. Haji Amiruddin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia
Hebat tak Maha wakakaka, bukan hebat mana pun semua ini Maha tahu masa pergi ke majlis pelancaran CTOS SecureID ini. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Dr. Haji Amiruddin bin Abdul Wahab iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia. Juga turut hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah Mr. Dennis Martin iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS. Kalau korang tahu program ini dibangunkan oleh CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) iaitu agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia tau. Mr. Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS
Kalau korang melanggan khidmat ini korang akan dapat maklumat awal jika berlaku sebarang perubahan profil kredit korang seperti permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, prubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam dark web. Semua ciri ini korang akan dapat kalau melanggan CTOS SecureID ini.
Selain itu juga CTOS ini juga menyediakan pelindungan takaful sehingga RM20,000 untuk kerugian kewangan akibat daripada transaksi palsu dan macam-macam lagi. Jadi bukan sahaja memberi notifikasi awal malah memberi bantuan takaful selepas sahaja malapertaka belaku yang kita tidak ketahui. Khidmat takaful ini diuruskan oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad jadi ia dijamin
Macam mana korang nak dapat semua program CTOS SecureID ini. Mudah sahaja korang hanya perlu muat turun di App Store atau Google Play dan daftar kemudian korang hanya perlu melangggan serendah RM9.90 sebulan sahaja atau RM99.00 untuk setahun perkhidmatan ini. Korang dah boleh dapat semua kemudahan yang disediakan oleh CTOS ini
Hisyam Hamid, Kapten CTOS
Bagi melancarkan dan juga memberi penerangan lebih lanjut kepada semua pengguna di Malaysia mereka juga turut memperkenalkan Kapten CTOS. Siapa lagi kalau bukan pelakon drama dan filem hebat iaitu Hisyam Hamid dilantik menjadi Kapten CTOS. Kalau korang perasan iklan komersial yang ada Hisyam tu lah tugas beliau memberi galakkan kepad orang awam tentang kepentingan program ini.
Selaku pelanggan CTOS SecureID korang akan turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pecegahan penipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat Laporan Skor MyCTOS setahun. Ini penting untuk korang memudahkan membuat pinjaman tak kisah lah pinjaman peribadi atau perumahan daripada pihak bank tau. Lepas ini korang boleh relax dan tidak perlu bimbang akan masalah scam atau pencurian identiti ni.
Korang nak dapat info lanjut tentang program ini boleh layari https://www.ctoscredit.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2020/02/lindungi-daripada-penipuan-pencurian-identiti-secara-dalam-talian-ctos-secureid.html