Lima Puluh Tahun Menulis Membina Negara Cara Saya



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Mempelopori pelancaran akhbar Business Times tahun 1976 HARI ini, 16 Jun 2019 genaplah 50 tahun saya menjadi wartawan. 
Begitu cepat masa berlalu, seolah-olah semalam saya mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa, kakak dan adik-adik saya pada petang 15 Jun 1969 untuk memulakan “kebangsatan” saya.
Dalam loghat Kedah, “membangsat” adalah sinonim dengan mengembara ke tempat asing untuk mencari makan.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
“Dia orang bangsat”, ertinya dia orang yang mengembara. Tidak ada kehinaan pada ungkapan itu sebaliknya orang seperti itu dianggap berani dan gigih.
Apatah lagi apabila orang yang membangsat selalunya lebih berjaya daripada yang menetap di satu tempat.
Berbekalkan duit kocek RM25, doa daripada ayah dan surat pengakuan watak daripada bekas Ahli Perlimen Kota Setar Selatan, Dr Mahathir Mohamad, saya menaiki bas Mara ke Alor Setar.
Dari Alor Setar menumpang bas United Transport Company (UTC) ke Butterworth bagi menaiki kereta api mel malam ke Kuala Lumpur.
Saya tidak menoleh ke belakang kerana tidak sampai hati melihat linangan air mata emak dan tangisan kakak dan adik-adik.
Untuk segala maksud dan tujuan, perjalanan petang itu adalah perjalanan yang tidak ada istilah undur. Tidak ada pilihan melainkan berjaya atau malu yang tidak terhingga.
Sampai hari ini terus terngiang di telinga pesanan ayah: “Ingat Tuhan. Kerja kuat. Jangan bagi malu keturunan. Hantar duit balik kampung.”
Bergambar ramai bersama keluarga sebalum berpisah "membangsat"Keturunan yang ayah mahu saya pertahankan itu siapa pun tidak tahu. Keturunan yang tidak ada darjah dan darjat namun tidak ternilai harganya bagi ayah. Nama baik keluarga – biar sekecil mana – wajib dijaga.
Perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih lapan jam sarat dengan emosi; bercampur-aduk di antara ketakutan dan harapan.
Walaupun saya pernah sekali-sekala berjauhan dengan keluarga ketika bersekolah, tetapi perpisahan kali ini kekal sifatnya.
Tiba di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur awal pagi 16 Jun, saya terus menaiki teksi ke ibu pejabat Bernama di Jalan Tun Abdul Razak yang ketika itu masih dikenali sebagai Circular Road atau Jalan Pekeliling.
Bermula di Bernama
Ibu pejabat Bernama sekadar sebuah banglo dua tingkat yang diperbuat daripada bata dan kapur peninggalan Inggeris dengan beberapa pohon rambutan memayunginya. Jelas ia bekas kediaman pegawai Inggeris sebelum merdeka.
Ia dikawal oleh beberapa orang belia berpakaian seragam tanpa senjata yang kemudiannya saya kenali sebagai pelatih Pusat Belia Dusun Tua di Hulu Langat.
Mereka dikerah untuk mengawal pejabat Bernama dan beberapa bangunan awam yang lain berikutan peristiwa pergaduhan kaum 13 Mei.
Ketika melalui Jalan Campbell yang kini dikenali sebagai Jalan Dang Wangi dan Kampung Baru, saya lihat banyak bangunan yang dibakar ketika pergaduhan sebulan sebelumnya.
Ketika itu Bernama baru berusia lebih sedikit setahun. Ia diasaskan pada 20 Mei 1968. Saya adalah daripada kumpulan kedua pemberita kadet yang diambil bekerja.
Kumpulan kami terdiri daripada pelbagai kaum, latar belakang dan taraf pendidikan. Turut melaporkan diri pada hari yang sama adalah Hashim Makaruddin (kini Tan Sri dan bekas Setiausaha Akhbar Tun Dr Mahathir), Mervin Nambiar (bekas Pengurus Besar AFP, Hong Kong) dan Tan Jooi Long.
Tan adalah rakan sedarjah saya di Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHC), Alor Setar. Ketika di Tingkatan Enam Atas, dia menjadi pengarang bahasa Inggeris majalah sekolah dan saya pengarang bahasa Melayu.
Majoriti kami lulus Sijil Tinggi Pelajaran atau ketika itu dikenali dengan nama Inggerisnya Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Pelajaran Seberang Laut yang nama Inggerisnya Overseas School Certificate.
Saya memohon menyertai Bernama setelah lulus HSC, tetapi gagal memasuki universiti. Ketika itu ada sebuah universiti sahaja, iaitu Universiti Malaya dan pengajian memerlukan bayaran. Yang tidak mempunyai sokongan biasiswa selalunya tidak mampu.
Walaupun saya gemar menulis dan cergas dalam kegiatan bahasa tetapi menjadi wartawan atau penulis bukanlah pilihan utama.
Pilihan pertama adalah menjadi pegawai tadbir kerajaan Kedah – KCS – dan kedua, guru. Waktu itu, KCS dianggap kerjaya paling terjamin manakala guru dianggap bawah sedikit daripada Penolong Pegawai Daerah (ADO) dan di atas kerani atau penghulu.
Menjadi wartawan atau penulis tidak diketahui ramai, justeru itu tidak dianggap kerjaya yang menjamin masa depan.
Memang benar. Ramai wartawan ketika itu bekerja sambilan tanpa gaji tetap. Kerja berat, skim gaji tidak menarik dan peluang kenaikan pangkat terhad.
Tetapi bagi saya, apa saja kerja adalah lebih baik daripada mengikut jejak ayah menjadi petani dan peniaga sambilan.
Dalam loghat Kedah, ayah sering berkata: “Kalu hang tak mau ikut pungkoq kerbau macam aku, hang mengaji pandai-pandai.”
Mengaji dalam loghat Kedah bermaksud belajar. Saya belajar hingga darjah lima di Sekolah Melayu Pendang, lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael dan dua tahun di SAHC, Alor Setar.
Menungkat dagu dan bersongkok di Sekolah Menengah Saint MichaelMesti Berjaya
Saya tidak ada pilihan melainkan berjaya. Untuk berjaya, saya terpaksa bersusah-susah menumpang saudara-mara di kawasan setinggan Kampung Kerinchi dan Kampung Pandan.
Mandi air tadahan atau di anak sungai yang mengalir di antara Lebuh Raya Persekutuan dan sempadan Universiti Malaya.
Waktu itu Lebuh Raya Persekutuan dikenali sebagai Federal Highway dan mengandungi dua laluan saja. Kenderaan pun tidak banyak. Jadi tidak bahaya berjalan kaki menyeberanginya.
Lantaran itu, menjadi pengembara dengan sebuah beg pakaian atau tinggal di bilik hotel RM16 semalam bertemankan pijat dan beratur macam dalam filem P Ramlee untuk menggunakan tandas, bukan masalah besar bagi saya. Hidup di kampung lebih teruk daripada itu.
Kerana kesediaan berpindah-randah dan menerima tugasan yang orang lain keberatan menjalankannya, kemajuan kerjaya saya boleh dikira pantas. Selepas tidak sampai enam bulan, saya dipindahkan ke Biro Bernama Pulau Pinang di Lebuh Light.
Mula-mula tinggal di sebuah bilik sewa dengan rakan sekerja, Nik Mohammed Omar, di sebuah hotel usang di Jalan Datuk Keramat tidak jauh dari kedai makan Craven A, Simpang Enam dan kilang pelebur timah Datuk Keramat Tin Smelting sehinggalah dihambat pijat.
Antara jiran kami adalah sepasang suami isteri muda Cina, dua orang Punjabi yang “besar, kuat dan mesra” dan seorang ibu tunggal penari kelab malam dengan anaknya.
Akibat tidak tahan digigit pijat dan mahukan sedikit keselesaan, kami berpindah ke pangsapuri Kampung Melayu, Jalan Ayer Itam di mana kami dialu-alukan oleh kejadian histeria yang dipertanggungjawabkan ke atas seorang perempuan tua.
Dia dituduh memelihara pelesit dan akhirnya dinyahkan dari bangunan itu. Saya lebih mirip mempercayai teori bahawa ramai wanita menderita gangguan itu kerana perubahan persekitaran yang mendadak – daripada rumah robek dan jiran tetangga kepada rumah pencakar langit yang padat dan jiran yang tidak dikenali.
Tidak berapa lama di Pulau Pinang, saya ditukarkan ke Alor Setar bagi membuka pejabat Bernama Kedah/Perlis. Waktu itu, Kedah dan Perlis berkongsi banyak perkhidmatan kerana Perlis tidak mempunyai penduduk cukup ramai untuk mempunyai perkhidmatan sendiri.
Saya amat bernasib baik kerana bergurukan watak-watak besar dunia kewartawanan waktu itu seperti Almarhum Tan Sri A Samad Ismail, Tan Sri Melan Abdullah, Mendiang Tan Sri Lee Siew Yee, S.H. Tan dan Almarhum Tan Sri Mazlan Nordin serta wartawan kanan seperti Almarhum Tan Sri Zainuddin Maidin dan di Alor Setar Almarhum Mansor Tobeng dan Tan Sri Azahari Taib.
Mungkin kerana kesediaan saya berpindah-randah itu maka saya ditawarkan salah satu daripada dua Biasiswa Rancangan Colombo (Colombo Plan) kerajaan New Zealand yang diberikan kepada Bernama. Satu lagi diberikan kepada Hashim.
Maka pada tahun 1971, saya berangkat ke New Zealand untuk belajar kewartawanan di Wellington Polytechnic (kini cawangan Universiti Massey).Itulah satu-satunya pengajian dan kelulusan formal kewartawanan yang saya ada – sekadar sijil.
Tetapi ilmu dan pengalaman yang sedikit itu memberi manfaat yang sangat besar kepada saya untuk tahun-tahun seterusnya. Benarlah ungkapan “jauh perjalanan luas pemandangan". Ia membuka minda dan menyemai keyakinan.
Belajar Ekonomi
Sekembali dari New Zealand, saya ditugaskan di Perkhidmatan Ekonomi Bernama yang baru ditubuhkan, dan bermulalah perjalanan ekonomi saya.
Bermula dengan menulis berita-berita ekonomi umum, saya mempelajari dan memanfaatkan aspek-aspek ekonomi yang lebih rumit dan khusus seperti pasaran saham dan kewangan.
Apabila ditugaskan membuat laporan kegiatan urus niaga harian di Pasaran Saham Malaysia-Singapura saya mendapati ia tidak sesukar mana.
Bilik dagangannya terletak di Bangunan Bangkok Bank, Leboh Pasar Besar, tidak jauh daripada Pasar Besar (kini Pasar Seni).
Adalah kebiasaan bagi amah – tukang masak orang kaya dan eksekutif Inggeris – singgah di bilik niaga pasaran untuk membeli dan menjual saham. 
Ada yang kata mereka mendapat tip atau petunjuk daripada majikan mereka.Kalau betul sudah boleh dikira “insider trading” yang hari ini berupa kesalahan besar dunia korporat yang boleh dijatuhi hukum penjara dan denda jutaan ringgit. Tetapi waktu itu piawaian pasaran masih longgar.
Pasaran saham dijadikan kasino oleh sesetengah spekulator. Ada yang menjadi kaya raya dalam sekelip mata dan ada juga yang papa hingga bunuh diri.
Bermula saat itulah saya mencuba-cuba nasib melabur atau, dalam bahasa mudah, main saham, dengan membeli dan menjual saham-saham murah (third liner) menggunakan kaedah “short selling” yang tidak memerlukan banyak modal.
Ini pada tahun 1972. Pasaran saham kecil dan kuno. Tidak banyak syarikat menyenaraikan saham mereka dan yang menyenaraikan terdiri daripada syarikat milik Inggeris dan Singapura yang bergiat di bidang perladangan, perlombongan dan pengurusan ladang.
Hanya ada beberapa syarikat pengilangan seperti Fusan Net yang membuat pukat dan Tong Ming Industries yang mengeluarkan periuk belanga aluminium.
Urusan jual-beli dicatatkan di papan hitam menggunakan kapur. Saya banyak mempelajari selok-belok pasaran daripada wartawan kanan dan “floor trader” khususnya yang mewakili Amanah Saham Mara (ASM).
Mereka adalah budak-budak Melayu yang membeli dan menjual saham bagi pihak Mara yang berupa pengendali saham amanah Bumiputera pertama di negara kita - lama sebelum Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan Amanah Saham Bumiputera pada tahun 1981.
Saya meletakkan jawatan daripada Bernama pada 1 Oktober 1976 setelah berkhidmat tujuh tahun untuk menyertai Kumpulan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP).
Saya tidak menyertai mana-mana akhbar yang sedia ada dalam kumpulan sebaliknya menjadi antara pengasas kepada akhbar perdagangan Business Times (BT).
Ia adalah usaha sama antara NSTP, Singapore Publishing House (SPH) dan Dow Jones & Company, New York.
Saya rasa di akhbar itulah saya menyedari potensi saya sebagai pengulas politik dan ekonomi hasil didikan dua orang pengarang ekspatriat – Kevin Rafferty dari Financial Times, London, dan Dilip Mukherjee dari The Times of India, New Delhi.
Saya mendapat banyak peluang membuat liputan di luar negara serta memperoleh pelbagai peluang latihan. Misalnya, pada tahun 1977 saya mendapat biasiswa Kerajaan Persekutuan Jerman (Jerman Barat) dan Senat Berlin Barat untuk mengikuti kursus kewartawanan peringkat tinggi di Institut Kewartawanan Antarabangsa Berlin atau nama Jermannya Internationales Institut fur Journalismus selama tiga bulan.
Waktu itu Perang Dingin tengah memuncak dan kursus itu secara tersirat cuba mempromosi kewartawanan yang berpaksikan demokrasi kapitalis.
Sejak mula menyertai Business Times, saya banyak membuat liputan berita dan menulis analisis mengenai proses memalaysiakan industri petroleum yang sebelum itu dikuasai oleh syarikat multinasional Inggeris, Belanda dan Amerika.
Ia dipelopori oleh Petronas yang pada ketika itu dipengerusikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dengan Rastam Hadi (adik aktivis politik haluan kiri Hasnul Hadi) sebagai Pengarah Urusan.
Ketika itulah saya berjumpa buat kali pertama dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak, yang menjadi murid kepada Ku Li dan bertugas di jabatan komunikasi korporat.
Dia masih bujang tetapi sudah pun menjadi Ahli Parlimen Pekan setelah menang tanpa bertanding berikutan kematian bapanya, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, pada bulan Januari, 1976, di London.
Pada tahun berikutnya – 1977 – saya membuat temu bual eksklusif dengannya di rumah keluarganya di Jalan Eaton, Kuala Lumpur, sempena ulang tahun pertama beliau sebagai Ahli Parlimen.
Pada tahun 1984, ketika memegang jawatan Pengarang Bersekutu Business Times, saya dipindahkan ke Berita Harian sebagai Timbalan Pengarang Kumpulan – mungkin kerana kedwibahasaan saya.
Sejak menyertai Bernama pada tahun 1969, saya menulis dalam dua bahasa – Melayu dan Inggeris - secara berterusan.
Pada tahun 1986 saya dinaikkan pangkat menjadi Pengarang Kumpulan Berita Harian dan pada tahun 1988, berikutan Operasi Lalang, saya dilantik menjadi Pengarang Kumpulan New Straits Times.
Saya memegang jawatan itu selama 11 tahun sebelum dilantik bagi mengisi semula jawatan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP yang dihapuskan apabila jabatan pengarang akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris dipisahkan.
Pewujudan semula jawatan Ketua Pengarang Kumpulan itu ada kaitannya dengan krisis politik 1997-98 yang berkesudahan dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Kabinet dan Umno.
Saya sedar pelantikan ke jawatan tertinggi Jabatan Pengarang itu membawa bersamanya risiko yang tinggi. Selepas daripada itu tidak ada destinasi lain kecuali kejatuhan dan itulah yang berlaku akibat pendirian saya mengenai cara menangani isu Anwar sebelum dan ketika Pilihan Raya Umum 1999.
Menemuramah Dr Mahathir pada tahun 1998 menganai capital controlWalaupun Barisan Nasional (BN) mengekalkan suara dua pertiga di Parlimen tetapi undi popularnya jatuh dan ia kehilangan Terengganu.
Pendirian saya ialah Anwar sudah masuk penjara maka tidak perlulah dia dihebohkan lagi. Sebaliknya BN, khususnya Umno, perlu terus ke hadapan dengan yakin bahawa tanpa Anwar ia masih kuat dan diyakini.
Tetapi ada pendapat dalam kepimpinan yang berasa legasi Anwar selama 16 tahun dalam Umno -1982-1998 - wajib dipadamkan dan sesiapa saja yang disyaki sebagai penyokong dan simpatisan beliau dalam Kumpulan NSTP dikenakan tindakan.
Ini diburukkan lagi oleh wujudnya beberapa orang dan pihak yang bercita-cita mengambil alih dan menguasai aset media milik Umno.
Saya tidak bersetuju dan tidak dapat melakukannya kerana sebarang tindakan ke atas penyokong dan simpatisan Anwar samalah dengan bertindak menyingkirkan diri saya sendiri kerana sayalah yang melantik mereka dan merestui sokongan mereka kepada Anwar atas dasar bahawa Anwar adalah bakal pengganti Dr Mahathir.
Maka pada pertengahan tahun 2000 saya berhenti daripada NSTP selepas berkhidmat selama lebih kurang 24 tahun dengannya.
Saya terus menulis dalam akhbar-akhbar NSTP sehinggalah diberhentikan satu persatu kerana pendirian dan pendekatan kewartawanan saya tidak secocok dengan pengarang atau sedikit sebanyak mencabar kewibawaan mereka sebagai pengganti saya.
Akhirnya, apabila saluran tradisional semakin kering dan saluran baru atas talian (Internet) semakin meluas, maka pada awal tahun 2006 saya memulakan blog ini.
Insya Allah, selagi ada kesihatan dan kemampuan minda, saya akan terus menulis untuk berkongsi maklumat dan pendapat dengan masyarakat tanpa mengiri yang menyokong atau menentang idea saya.
Akhir kalam, terima kasih tidak terhingga kerana membaca tulisan saya dan berkongsi pandangan dengan saya.
Lima puluh tahun tidaklah lama apabila kita gembira mengisinya.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/06/lima-puluh-tahun-menulis-membina-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
19 Tahun Curah Bakti Demi Negara Chong Wei Mahu Bawa Isteri Honeymoon

19 Tahun Curah Bakti Demi Negara Chong Wei Mahu Bawa Isteri Honeymoon

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 436 hits
SELEPAS mengumumkan persaraan daripada sukan badminton Datuk Lee Chong Wei telah memberitahu serba sedikit mengenai perancangannya untuk masa akan datang Bersara dan ingin berehatDalam sidang media semalam Lee Chong Wei memberitahu bahawa p...
Kerajaan Bn Pun Tukar Kereta Setiap Lima Tahun Asmuni Awi

Kerajaan Bn Pun Tukar Kereta Setiap Lima Tahun Asmuni Awi

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 548 hits
PEMBELIAN 16 kereta Toyota Camry oleh kerajaan negeri Perak dengan harga keseluruhan kira kira RM1 74 juta dibuat berdasarkan jangkaan kos penyelenggaraan yang lebih rendah selain memberi keselamatan lebih baik kepada Anggota Majlis Mesyuar...
19 Tahun Tabur Bakti Lagenda Badminton Negara Umum Gantung Raket

19 Tahun Tabur Bakti Lagenda Badminton Negara Umum Gantung Raket

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 357 hits
Dato Lee Chong Wei satu nama yang tidak perlu kita perkenalkan lagi bukan sahaja kepada rakyat Malaysia namun bagi peminat sukan terutama badminton di seluruh dunia Akan tetapi hari ini arena sukan badminton negara telah menerima satu berit...
Gadis Cantik Ini Kunjungi Semua Negara Di Usia 21 Tahun Manusia Termuda Yang Keliling Dunia

Gadis Cantik Ini Kunjungi Semua Negara Di Usia 21 Tahun Manusia Termuda Yang Keliling Dunia

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 374 hits
Sekarang di usiamu yang juga 20 an sudah berapa negara yang kamu datangi Atau jangan jangan paspor aja belum punya
Hampir 5 Tahun Tak Simpan Dengan Betul Ni Cara Tepat Simpan Tali Pusat Anak

Hampir 5 Tahun Tak Simpan Dengan Betul Ni Cara Tepat Simpan Tali Pusat Anak

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 443 hits
Orang orang tua selalu berpesan tali pusat anak yang baru dilahirkan harus disimpan dengan baik Jadi tak hairanlah ada di antara kita yang menyimpan elok dalam botol atau uncang plastik di rumah dengan alasan untuk kegunaan apabila anak sak...
19 Tahun Sebagai Jaguh Badminton Negara Kini Dato Lee Chong Wei Bersara

19 Tahun Sebagai Jaguh Badminton Negara Kini Dato Lee Chong Wei Bersara

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 576 hits
19 TAHUN SEBAGAI JAGUH BADMINTON NEGARA KINI DATO LEE CHONG WEI BERSARA Semalam mummy dapat tahu berita tentang Datuk Wira Lee Chong Wei nak bersara Sedih juga dengar dan bila Datuk Wira Lee Chong Wei turut sedih semasa PC semalam Makin ber...
Membaca Bersama Bisa Jadi Cara Orangtua Dan Anak Membina Hubungan Baik

Membaca Bersama Bisa Jadi Cara Orangtua Dan Anak Membina Hubungan Baik

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 304 hits
Sebuah penelitian menyebut bahwa orangtua yang secara rutin membaca dengan buah hati mereka cenderung tidak mudah bertindak kasar pada anak Pada anak kebiasaan ini juga membuat mereka cenderung tidak hiperaktif dan membuat kekacauan
6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Berkasih Sayang Cara Terbaik Mendidik

6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Berkasih Sayang Cara Terbaik Mendidik

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 540 hits
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang maka mereka mudahlah untuk dibentuk Menurut juruterapi pediatrik berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak kanak Apa ya...
Bermacam Cara Nak Seludup Masuk Ke Sesebuah Negara

Bermacam Cara Nak Seludup Masuk Ke Sesebuah Negara

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 270 hits
Assalamualaikum wbt Kebiasaannya kalau pendatang asing nak menyeludup masuk ke sesebuah negara adalah melalui laut ataupun jalan tikus tapi kisah nie agak menarik Dekat Sepanyol pihak polis agak terkejut apabila mereka menemui seorang pemud...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri