Lima Mercun Legend Hampir Pupus Kanak Kanak 90 An Pasti Rindu Mercun Mercun Ini
Lima Mercun 'Legend' Hampir Pupus! Kanak-kanak 90-an pasti rindu mercun-mercun ini.
Kalau sebut mengenai raya, tidak lengkap rasanya jika tiada mercun raya. Aktiviti paling ditunggu-tunggu pada malam raya.
Bagaimanapun jika diperhatikan, kebanyakan jenis mercun semakin kurang dijual di pasaran.
Ini mungkin disebabkan larangan penjualan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Hanya bunga api jenis 'Pop-Pop' dan 'Happy Boom' dibenarkan kerana tidak mengandungi bahan membakar yang boleh membahayakan keselamatan.
Namun bagi anda yang lahir pada tahun 90-an, mungkin kenangan bermain mercun antara paling diingati setiap kali menjelang raya.
Jika ada yang terlupa, kami senaraikan lima mercun yang hampir pupus ini.
#1 MERCUN KATAK
PIC: AUJINZPada anda yang tidak kenal rupa mercun katak
Sebenarnya, banyak faktor menyebabkan mercun ini digelar sebagai mercun katak.
Selain warna hijau, jumlah letupan mercun ini juga menjadi faktor penting. Ia akan meletup beberapa kali dan akan menyebabkan mercun ini seakan melompat, sebab itulah ia dipanggil mercun katak.
Bagi anda yang tertanya, bunyi mercun ini pula tidaklah sekuat mana, hanya ‘sesedap rasa’ saja.
#2 MERCUN ULAR
PIC: ZOOMMercun paling selamat, mungkin
Ini antara mercun paling ‘rare’. Agak susah sebenarnya untuk mendapatkan mercun ular pada zaman ini.
Mercun ini tidak akan meletup sebaliknya ia hanya akan meninggi dan memanjang seperti ular.
Dengan berwarna hitam dan sedikit berbau, ia bukanlah mercun pilihan ramai.
#3 MERCUN AYAM
Tidak perlu rasanya untuk memberi gambaran penuh kerana rupa bentuk mercun ini memang menyamai rupa ayam itu sendiri.
Terdapat beberapa jenis mercun ayam. Ada yang mengeluarkan bunyi bising dan kemudian bergerak ke hadapan. Tidak kurang juga yang mengeluarkan letupan beberapa kali.
Paling menarik, ada jenis mercun ini mengeluarkan telur pada bahagian belakang.
#4 MERCUN TARIK
PIC: JONNITarik dan letup
Mercun ini antara kegemaran kanak-kanak dulu kala. Namun pastinya ada yang seriau dengan mercun ini kerana ia perlu ditarik.
Pegang mercun ini pada tali kiri serta kanan dan kemudian tarik hingga ia meletup.
Agak menarik serta mencabar. Kanak-kanak dulu memang sukakan cabaran bukan?
#5 MERIAM BULUH
PIC: YOUTUBESeronok tetapi bahaya
Kalau dalam english, ia digelar sebagai ‘Bamboo cannon’. Nampak garang bukan?
Hakikatnya, ia memang antara mercun paling bahaya pernah dihasilkan. Apa yang diperlukan adalah buluh, kalsium karbida (kabaid), dan minyak tanah.
Letupan daripada meriam buluh ini amat kuat dan silap langkah boleh mengakibatkan kecederaan.
Namun jika anda mahukan kemeriahaan perang meriam ini, anda boleh berkunjung ke Kampung Talang, Kuala Kangsar, Perak pada malam raya.
Tradisi terbabit kekal sehingga hari ini. Perang antara kampung ini berterusan dari malam hinggalah ke awal pagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://araazblog.blogspot.com/2020/11/lima-mercun-legend-hampir-pupus-kanak.html