Ucapan Dsai Dianggap Terbaik Dalam Unga



SEJAK lima tahun lalu, sudah empat Perdana Menteri berpeluang menyampaikan kenyataan negara ketika sesi debat umum pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).
Dua daripada mereka, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap melalui rakaman video bagi sesi ke-75 dan sesi ke-76 pada 26 September 2020 dan 26 September 2021.
Sebelum itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir di New York berucap secara bersemuka di dalam UNGA bagi sesi ke-73 (29 September 2018) dan sesi ke-74 (27 September 2019).
Paling mutakhir hadir berucap secara bersemuka di New York adalah Ismail Sabri dalam sesi ke-77 pada 23 September 2022 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi sesi ke-78 pada 22 September lalu.
Saya meneliti teks-teks ucapan kesemua empat Perdana Menteri ini dan membuat perbandingan ringkas ke atas kandungan ucapan-ucapan Dr. Mahathir (sesi ke-73), Ismail Sabri (sesi ke-77) dan Anwar (sesi ke-78).
Dari sudut poin dikemukakan, ucapan Dr. Mahathir mempunyai 45 poin (dan 52 poin dalam sesi ke-74), ucapan Ismail Sabri mempunyai 44 poin dan ucapan Anwar 30 poin.
Walaupun begitu, ucapan Dr. Mahathir bertema Menjadikan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) Relevan Kepada Semua: Kepemimpinan Global dan Perkongsian Tanggungjawab Ke Arah Masyarakat Aman, Sama Rata dan Mapan ini tidak fokus dan meleret-leret. Ia lebih berbentuk preaching bermula dari kisah kejayaan Pakatan Harapan (PH) menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana rakyat mahukan Malaysia baharu yang mengamalkan dasar keadilan, tadbir urus baik, integriti dan kedaulatan undang-undang.
Beliau juga menyebut betapa Malaysia baharu akan teguh menyokong prinsip PBB dalam hubungan antarabangsanya termasuk prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, kesamarataan, tanggungjawab dan kebertanggungjawaban, selain kemapanan.
Dalam konteks ini, Dr. Mahathir memberi jaminan kerajaan baharu turut berikrar untuk mengiktiraf semua baki instrumen PBB berkaitan perlindungan hak asasi manusia yang dikatakan bukan mudah bagi Malaysia yang berbilang etnik, agama, budaya dan bahasa.
Ikrar Dr. Mahathir ini membawa bala bila ia digunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy untuk menegaskan komitmen kerajaan PH untuk mengesahkan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Bertitik tolak daripada kebersamaan UMNO dan Pas menentang ICERD di Pasir Salak pada 17 November 2018 dan di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2018, selain penentangan kepada ratifikasi ke atas Statut Rom kemudiannya, kerajaan PH akhirnya ditumbangkan pada 24 Februari 2020.
BERTENAGA
Ucapan Dr. Mahathir ini juga mengandungi pembelaan ke atas nasib rakyat Palestin dengan meminta dibenarkan mendapatkan kembali wilayah mereka, diizinkan pembentukan negara Palestin dan dihidupkan keadilan dan kedaulatan undang-undang. Turut disentuh olehnya ialah nasib umat Islam di wilayah Rakhine yang dibunuh, kediaman dibakar manakala sejuta pelarian dipaksa menyelamatkan diri sedangkan dunia hanya memerhatikannya berlaku tanpa berbuat apa-apa.
Ucapan Ismail Sabri bertema Suatu Detik Perubahan: Penyelesaian Transformatif kepada Cabaran Bersaling Kait pula lebih diingati kerana ia disampaikan di dalam bahasa Melayu berbanding kandungannya yang sedikit mendatar. Beliau menyebut mengenai kesan daripada peperangan di Ukraine yang bukan sahaja dideritai rakyat dan negara itu, malah turut dirasai dunia di mana konflik ini telah mengancam keamanan, keselamatan global, ekonomi dan menggugat sekuriti makanan.
Turut disebut beliau ialah kekecewaan Malaysia dengan pendudukan secara kejam Palestin oleh Israel yang berlarutan sejak sekian lama, diikuti gesaan supaya kuasa-kuasa besar perlu bersikap jujur dalam menyelesaikan isu kekejaman dihadapi rakyat Palestin.
Dinyatakan juga kekecewaan Malaysia dengan situasi di Myanmar di mana Majlis Keselamatan PBB tidak mengambil sebarang tindakan serius dalam menanganinya, selain kekecewaan kerana tiadanya kemajuan bermakna dalam pelaksanaan Kesepakatan Lima Perkara ASEAN.
Ucapan Anwar pula walaupun lebih ringkas, tetapi lebih fokus dalam isu-isu yang dibicarakan. Ayat-ayat yang digunakan lebih mantap. Penyampaiannya juga dibuat secara lebih bertenaga. Ini menjadikan kandungannya lebih mudah sampai kepada audiens.
Perhatikan ayat-ayat forceful yang digunakan oleh Anwar dalam ucapan ini. Sewaktu mengkritik kuasa-kuasa besar yang semakin mengetepikan PBB, beliau menyebut, “The powers that be continue to pay lip service to the imperative of multilateralism.”
Sewaktu membicarakan peperangan yang berlaku di Ukraine, beliau menyebut secara tidak berselindung, “We condemn unequivocally the Russian invasion of Ukraine” mengulangi apa yang beliau sebut sebagai Ketua Pembangkang pada 24 Februari 2022 dahulu.
Bila memperkatakan mengenai nasib rakyat Palestin, beliau menyebut dengan lantang, “The politics of dispossession continuing with a vengeance”, “gross violation of international law” dan “flagrant hypocrisy in dealing with the issue of Palestine.”
Menyentuh mengenai Myanmar, ayat-ayat yang digunakan oleh Anwar juga tepat dan padat seperti “the barbarism and depravity inflicted upon the people of Myanmar is indefensible and goes against the values and principles shared by the peoples in the region and globally.”
Begitu juga isu-isu lain seperti di Afghanistan dan gejala Islamofobia yang diungkapkan dengan penuh jelas dan tegas oleh Anwar menjadikan ucapan beliau amat dibanggakan dan merupakan ucapan terbaik pernah dibuat di dalam UNGA mutakhir ini. 

Profesor Madya Dr. Nazariah Osman Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara MalaysiaPhD dalam bidang politik dan hubungan antarabangsa dari Keele University, United Kingdom

Asal artikel dari SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/09/ucapan-yang-dianggap-terbaik-dalam-unga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Contoh Ucapan Pernikahan Terbaik

20 Contoh Ucapan Pernikahan Terbaik

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 223 hits
Kamu ingin memberikan ucapan selamat menikah tetapi bingung bagaimana cara menyampaikannya Berikut 20 contoh ucapan pernikahan terbaik yang bisa kamu gunakan
Suplemen Terbaik Untuk Kanak Kanak

Suplemen Terbaik Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 349 hits
Suplemen Terbaik Untuk Kanak Kanak Mengukuhkan Pertumbuhan dan Kesihatan dengan Nukids Pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak adalah aspek yang sangat penting
Pkv Poker Online 24 Jam Tempat Terbaik Untuk Bermain Poker Di Indonesia

Pkv Poker Online 24 Jam Tempat Terbaik Untuk Bermain Poker Di Indonesia

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 145 hits
PKV Poker Online 24 Jam Tempat Terbaik untuk Bermain Poker di Indonesia Apakah Anda seorang pecinta poker yang sedang mencari tempat terbaik untuk bermain di Indonesia Jika demikian maka Anda berada di tempat yang tepat Dalam artikel ini ka...
Tempat Terbaik Untuk Di Letakkan Barang Jualan Anda Agar Lebih Tinggi Hasil Jualannya

Tempat Terbaik Untuk Di Letakkan Barang Jualan Anda Agar Lebih Tinggi Hasil Jualannya

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 390 hits
Salah satu perniagaan yang dah bertapak lama dan terbukti berjaya adalah perniagaan kedai runcit Masa zaman kanak kanak di kampung dulu orang tua saya ada akaun di kedai runcit Melayu kat Pekan Penanti Setiap hari mak pergi kedai tu beli ba...
Hani Homestay Pilihan Homestay Terbaik Di Shah Alam

Hani Homestay Pilihan Homestay Terbaik Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 243 hits
Hani Homestay Pilihan Homestay Terbaik Di Shah AlamHi korang petang ni nak citer sikit mengenai Hani Homestay Shah Alam Korang kalau jalan jalan kat memana mesti korang akan cari homestay untuk tempat penginapan kan Tambah tambah lagi kalau...
Najib Jugak Yg Terbaik

Najib Jugak Yg Terbaik

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 175 hits
Alhamdulillah Beras dah nmpk merata biasalah yg meroyan tu hati dema yg rosak susah nk putih kalau lebam legamKeraj an pun wajib siasat jgk ketirisannya dimana Jgn jadi mcm sebelum nie minyak peket susah dapat rupanya ada Kartel Anak Pemimp...
Hair Removal Laser Treatment Terbaik Di Klinik Dr Bazilah Bangi

Hair Removal Laser Treatment Terbaik Di Klinik Dr Bazilah Bangi

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 264 hits
AssalamualaikumHair Removal Laser Treatment Terbaik Di Klinik Dr Bazilah Bangi Korang pernah ada misai yang sedikit lebat bagi kita sebagai seorang wanita Aku dikategori wanita yang mempunyai misai yang sedikit lebat ye Bila bercakap dengan...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025