Lima Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019
Astro Awani                                                                                                 

                                Mujahid membacakan Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 di Dataran Merdeka hari ini. Astro AWANI 
KUALA LUMPUR: Deklarasi  Kedamaian Kuala Lumpur 2019 diangkat di Pentas Solidariti Kedamaian di  Dataran Merdeka hari ini sebagai komitmen negara menentang keganasan dan  menolak kebencian.
 Ia dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
 Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 itu berbunyi:
 1. Mengecam segala tindakan diskriminasi, perlakuan berbentuk keganasan serta pembunuhan atas nama kaum dan agama.
2. Menolak dan mengutuk sebarang tindakan serta budaya kebencian atas nama kaum dan agama.
 3. Mendokong segala usaha menghidupkan kedamaian dan menyokong keharmonian antara kaum dan agama.
 4. Mempertahankan Perlembagaan  Persekutuan serta kedaulatan Negara  daripada diancam oleh anasir kebencian atas nama kaum dan agama.
 5. Menyokong dan berganding bahu bersama warga dunia dalam usaha  membina persekitaran berteraskan keamanan dan kedamaian berpaksikan  pengiktirafan kepelbagaian kaum dan agama. 

Ini 5 Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019
 Perhimpunan Solidariti Kedamaian hari ini diadakan susulan tragedi  tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu, di  mana 50 orang terkorban, termasuk seorang rakyat Malaysia, Mohd Haziq  Mohd Tarmizi.
 Bacaan Deklarasi Kedamaian KL 2019, yang membawa suara hati rakyat Malaysia, merupakan acara kemuncak himpunan.
 Wakil pelbagai agama turut hadir, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Julian Leow dari  Christian Federation of Malaysia, Sardar Jagir Singh (Malaysian  Gurdwaras Council) dan S Sanggita (Bahai Community of Malaysia).
 Perhimpunan dianjurkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam)  dan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara  Penganut Agama (JKMPKA) dengan kerjasama Civil Society Organisation.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/lima-deklarasi-kedamaian-kuala-lumpur.html