Lima Beradik Bergilir Guna Telefon Pintar Ibu Arwah Bapa


Sinar Harian
Syed Mohd Johan Rizal (tiga dari kiri) dan Mohd Fadzil (dua dari kiri) turun  padang menyalurkan sumbangan tablet untuk kegunaan anak Saadiah Puteh (tengah) di Kampung Dewan, Alor Malai pada Sabtu. - Foto Sinar Harian ALOR SETAR: Lima anak kepada seorang ibu tunggal terpaksa bergilir-gilir menggunakan telefon bimbit milik wanita tersebut dan peninggalan arwah bapa mereka bagi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di kediaman mereka di Kampung Dewan, Alor Malai di sini
 Saaidah Puteh, 40, berkata, tujuh daripada sembilan anaknya bersekolah, namun lima daripadanya mengikuti PdPR manakala seorang lagi adalah calon Sijil Pelajaran Malaysia yang belajar di sekolah seperti biasa dan seorang lagi anaknya merupakan orang kurang upaya (OKU) yang kebetulan tiada sesi PdPR
 Anak Saadiah semuanya seramai sembilan orang berusia dari 20 tahun hingga dua bulan manakala suaminya, Zainol Abididil Ibrahim baru sahaja meninggal dunia pada Oktober lalu akibat kencing manis
 Katanya, disebabkan kekurangan gajet untuk anaknya belajar, lima daripada anaknya itu terpaksa bergilir-gilir berkongsi telefon bimbit miliknya dan peninggalan arwah suaminya untuk mengikuti PdPR
 "Setiap hari anak saya iaitu pasangan kembar, Nurul Alia Aneesa dan Nurul Alia Areesa, 6, Nurul Aliah Aqila, 9, Nurul Alia Alesya, 12, dan Muhammad Zuffar Azriel, 16, terpaksa menunggu giliran masing-masing untuk mengikuti PdPR
 "Malah anak-anak terpaksa meminjam telefon pintar sepupu mereka yang tinggal berhampiran untuk melakukan tugasan masing-masing," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Dewan, Alor Malai di sini pada Sabtu
 Katanya, mujur anak keduanya, Nurul Aliah Athirah,18, bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjalani sesi persekolahan secara bersemuka manakala seorang lagi, Muhammad Zuffar Aidil,15, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) tiada sesi PdPR
 Menurut Saadiah, dia tidak mampu menyediakan gajet baharu untuk anak-anaknya belajar disebabkan tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada wang pencen penakat Pertubuhan Keselamatan (Perkeso) arwah suaminya untuk menyara kehidupan mereka anak beranak termasuklah anak bongsu, Nurul Aliya Afiyya berusia dua bulan
 Tambahnya, walaupun anak sulung, Muhammad Zuffar Aliff, 20, telah bekerja namun pendapatan diperoleh tidak mencukupi untuk membantu adik-adiknya dan cukup untuk keperluannya sahaja
 Bagaimanapun, nasib keluarga Saaidah mendapat perhatian Kelab Belia Darul Aman dengan kerjasama Pemuda UMNO Kedah yang menyumbangkan dua tablet untuk kegunaan anak ibu tunggal itu
 Saaidah berkata, dia berterima kasih di atas keprihatinan Kelab Belia Darul Aman dan Pemuda UMNO Kedah menyalurkan bantuan tablet untuk anak-anaknya, sekaligus memastikan mereka tidak keciciran dalam pelajaran
 "Alhamdulillah, anak-anak dapat belajar dengan lebih selesa untuk melakukan tugasan diberikan guru pada sesi PdPR selepas ini," katanya
 Sementara itu, Presiden Kelab Belia Darul Aman,Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pihaknya dengan kerjasama Pemuda UMNO Kedah mengambil inisiatif mengumpul dana daripada orang awam untuk membantu keluarga Saadiah
 "Ketika ini kita dapati isu kelengkapan dan alatan komunikasi seperti telefon pintar mendapat keluhan masyarakat terutama golongan tidak berkemampuan dan memiliki anak ramai yang tidak mampu menyediakan gajet untuk sesi PdPR," katanya
 "Susulan itu, kami mengambil inisiatif melancarkan Kutipan Tabung Sumbangan Tablet untuk Pelajar Kurang Berkemampuan bagi membantu lebih ramai pelajar memerlukan," katanya
 Katanya, untuk peringkat permulaan, pihaknya berjaya menyediakan 11 tablet untuk pelajar tidak berkemampuan dengan dua daripadanya disumbangkan kepada anak Saadiah
 Ketua Pemuda UMNO Kedah, Mohd Fadzil Zolkifli berkata, pihaknya terkesan dengan nasib ibu tunggal Saadiah yang mempunyai lima anaknya yang terpaksa bergilir-gilir menggunakan telefon bimbit untuk belajar
 "Saya berharap orang ramai ataupun badan korporat dapat bersama-sama membantu menjayakan program murni ini bagi membantu pelajar meneruskan pembelajaran mereka dalam situasi norma baharu akibat COVID-19," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/lima-beradik-bergilir-guna-telefon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terlalu Harap Kesempurnaan Dari Anak Punca Ramai Ibu Bapa Sekarang Tertekan

Terlalu Harap Kesempurnaan Dari Anak Punca Ramai Ibu Bapa Sekarang Tertekan

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 322 hits
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa Mari bersikap jujur dengan diri sendiri Kita bukan Superhero Menguruskan urusan diri sendiri keluarga kerjay...
Honor Dilaporkan Sedang Membangunkan Telefon Pintar Dengan Gms

Honor Dilaporkan Sedang Membangunkan Telefon Pintar Dengan Gms

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 266 hits
Selepas bebas dari payung Huawei Honor kini bergerak secara kendiri dengan kedai atas talian berbeza di China sejak beberapa hari yang lalu Pelancaran telefon pertama dalam era kendiri ini ialah Honor V40 tetapi nampaknya telah ditangguhkan...
Smartisan Tidak Lagi Akan Mengeluarkan Telefon Pintar

Smartisan Tidak Lagi Akan Mengeluarkan Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 328 hits
Jenama Smartisan mungkin tidak dikenali ramai di Malaysia tetapi mereka pernah suatu ketika menyimpan impian untuk menandingi Apple dalam dunia peranti mudah alih Tetapi selepas mengalami masalah kewangan ia telah diambil alih oleh Bytedanc...
Tangguh Belajar Pasti Last Minit Pas Kena Maki Dengan Ibu Bapa

Tangguh Belajar Pasti Last Minit Pas Kena Maki Dengan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 458 hits
Tindakan Pas menangguhkan pengoperasian Pusat Asuhan Tunas Islam lewat malam tadi mendapat kecaman ibu bapa Rata rata mengecam tindakan last minute itu yang telah menyukarkan para ibu bapa yang telah membuat persiapan anak anak mereka Malah...
Anak Belajar Online Mencabar Untuk Ibu Bapa

Anak Belajar Online Mencabar Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 364 hits
WACANA SHORTS 19 JANUARI 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar siri ke 226 bertajuk Setahun tertinggal sekolah Apa nasib anak kita bersama Penyampai radio pengacara TV Muhammad Azmir Selamat pada 19 Januari 2021 UNTUK VIDEO P
Google Family Link App Aplikasi Terbaik Untuk Pantau Anak Anak Menggunakan Telefon Pintar

Google Family Link App Aplikasi Terbaik Untuk Pantau Anak Anak Menggunakan Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 487 hits
Google Family Link adalah aplikasi terbaik untuk parental control pantau anak anak menggunakan telefon pintar yang ibu bapa kena download Sejak perlaksanaan PdPR ni anak anak lebih kerap menggunakan telefon Jadi macamana kita nak pantau dan...
Peranan Ibu Bapa Pemupukan Minat Anak Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Tinggi

Peranan Ibu Bapa Pemupukan Minat Anak Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Tinggi

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 470 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan anak anak melanjutkan pelajaran selepas menduduki Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia Hal ini demi menjaminkan masa depan Huraikan usaha ibu bapa dalam pemupukan minat anak anak untuk melanjutkan pelajaran ke per...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya

10 000 Pengunjung Memeriahkan Konsert Ulang Tahun Ke 20 Mr D I Y Yang Penuh Gemerlapan

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Totiq Batch 4 Bermula Dari Peserta Ke Urusetia

Beruntungnya Jadi Kaki Masjid

Cara Buat Jeruk Kulit Cempedak Atau Mandai Paling Sedap Goreng Tumis