Google Family Link App Aplikasi Terbaik Untuk Pantau Anak Anak Menggunakan Telefon Pintar
Google Family Link adalah aplikasi terbaik untuk parental control pantau anak anak menggunakan telefon pintar yang ibu bapa kena download. Sejak perlaksanaan PdPR (Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah ) ni, anak-anak lebih kerap menggunakan telefon
Jadi, macamana kita nak pantau dan had kan penggunaan untuk anak-anak supaya mereka tidak leka atau terjumpa atau terjebak dengan benda-benda yang tidak sepatutnya. Dengan lambakan iklan di google, sudah pastinya menimbulkan kerisauan ibu bapa
Budak zaman sekarang pun dah makin bijak menggunakan telefon pintar lebih bijak dari ibu bapa sendiri, kan? Adalah lebih baik gunakan Google Family Link App untuk menangani kerisauan dan boleh pantau aktiviti anak-anak ketika melayari internet
Walaupun Google Family Link App ni dah lama wujud sebenarnya, tapi mungkin ada yang lupa atau tak tahu kewujudan app ni. Parental control app free je
Kelebihan Google Family Link 1. Tetapkan Tempoh MasaIbu bapa boleh tetapkan dan hadkan tempoh masa menggunakan gajet, tentukan berapa lama anak-anak boleh guna dalam sehari
2. Tetapkan Masa ON dan OFFBoleh menetapkan masa, pukul berapa boleh gunakan telefon pintar dan boleh kunci penggunaan gajet pada masa yang ditetapkan
3. Kawalan Dari JauhTetapan boleh dikawal secara automatik dari jauh samada menghadkan masa penggunaan dan juga aktiviti menggunakan aplikasi yang ada dalam gajet
4. Kawal Install AplikasiGoogle akan memberikan notifikasi setiap aplikasi yang di install dalam gajet anak-anak. Untuk install perlu approve dari ibu bapa terlebih dahulu untuk membenarkan aplikasi tersebut install dalam gajet.
5. Pantau Penggunaan GajetIbu bapa boleh pantau aktiviti anak-anak menggunakan gajet setiap hari. Boleh tengok statistik applikasi yang digunakan dan semak aplikasi yang paling banyak masa digunakan. Boleh sekat penggunaan website yang tidak sepatutnya, youtube dan sebagainya
6. Kenal pasti lokasi anak-anakMemudahkan ibu bapa untuk kenal pasti dimana lokasi anak-anak ketika menggunakan gajet. Buat masa ni semua di rumah lah. Akan datang bila pandemik berakhir, mudah lah untuk ibu bapa tahu kat mana lokasi anak-anak dimana juga berada
7. Pengesanan Play soundTerdapat fungsi play sound untuk pengesanan jika gajet hilang atau tersorok atau lupa letak mana
8. Menghalang penggunaan cameraBoleh menetapkan penggunaan camera supaya tidak boleh digunakan
9. Boleh Kongsi AksesSuami isteri boleh akses bersama untuk memantau aktiviti online anak- anak ketika menggunakan gajet
How to remove google family link?Aplikasi tersebut tak dapat dibuang walau apa cara sekalipun. Perlu menggunakan email, password dan akses code. Jadi, anak anak tak dapat lah nak buang google family app ni dalam gajet masing-masing
Jadi, Google Family adakah aplikasi terbaik untuk pantau aktiviti online anak-anak
Cara setup Google Family LinkIbu bapa : install Google Family Link for parents.Anak : install Google Family Link for teens, childrenPerlu ada akaun gmail untuk anak-anak untuk tetapan, akses code dan password dan untuk link kan kedua-dua gajet ibu bapa dan anak-anak.Dengan adanya Google Family Link, mudahlah ibu bapa nak kawal screen time anak masing-masing.
Cara Download Google Family LinkUntuk pengguna android boleh download melalui Google Play Store dan pengguna iOS download melalui Apple Store
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/02/google-family-link-app-aplikasi-terbaik.html