Lim Royalti Minyak Sudah Dibayar Kepada Kelantan Bulan Lalu
 MALAYSIAKINI 
Anggota parlimen pembangkang yang mendakwa Kelantan belum menerima  bayaran royalti minyak perlu membuat semakan dengan kerajaan negeri itu,  kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata ini kerana bayaran tersebut telah dibuat bulan lalu.
"Saya  telah tandatangani pembayaran atas arahan perdana menteri, dan saya  telah semak dengan pejabat saya dan mereka kata pembayaran telah dibuat
"Sebenarnya pembayaran (dijadual) dibuat pada Januari (2020) tetapi talah diawalkan ke bulan lepas
"Jadi  saya harap jangan beri kenyataan yang tidak benar dan tidak ikut fakta,  harap mereka boleh semak dengan kerajaan Kelantan supaya boleh dapat  kepastian," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini
Lim  merujuk kepada ucapan ketua pembangkang Ismail Sabri yaakob ketika  perbahasan Belanjawan 2020, yang antara lain mendakwa amat sedikit  projek berimpak tinggi di negeri yang ditabdir PAS, iaitu Kelantan dan  Terengganu.
Justeru beliau berkata sudah tiba masanya kerajaan persekutuan membayar royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada dua negeri itu.

Ahmad Marzuk ShaaryKetika  itu, Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) mencelah dengan  mengatakan Kelantan tidak mendapat royalti minyak walaupun sebanyak lima  peratus.
"Saya ingin rujuk cadangan YB, royalti minyak sampai 20  peratus. Masalah Kelantan ini lima peratus yang dijanjikan itu belum  diberikan," katanya.
Marzuk kemudian menyamakan perkara itu kepada  dakwaan Lim sebelum ini, bahawa kerajaan BN "merompak" bayaran balik  GST ketika ia dimasukkan ke dalam akaun hasil disatukan yang digunakan,  bukan akaun amanah yang dikhaskan untuk bayaran balik.
"Kalau  Petronas bayar setiap tahun kepada kerajaan pusat (tetapi) tak masuk ke  akaun negeri, bolehkah kita kata wang royalti Kelantan ini dirompak oleh  kerajaan Pakatan Harapan?
"Dan kalau ditanya siapa kepala perompak, adakah kita kata menteri kewangan ketua perompak?" soalnya.
Ismail kemudian berkata beliau setuju dan kenyataan itu "tepat sekali"
Mengulas  perkara itu, Lim berkata kerajaan BN sebelum ini tidak membayar royalti  lima peratus kepada Kelantan tetapi kerajaan PH telah berbuat demikian
Namun, katanya lagi, PAS kini mengadakan kerjasama politik dengan BN
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/lim-royalti-minyak-sudah-dibayar-kepada.html