Lim K Jaan Akan Tumpu Aspek Gaji Peluang Pekerjaan


Bernama 
   
Selaras dengan hasrat Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030, kerajaan akan memberikan penekanan terhadap merapatkan jurang pendapatan dengan melihat beberapa aspek antaranya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan pemberian gaji munasabah.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata terdapat dua aspek penting yang harus ditekankan iaitu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pemberian gaji yang munasabah dalam usaha menambah baik kuasa pembelian di kalangan rakyat.

"Dua aspek ini perlu kita lihat dalam usaha merapatkan jurang pendapatan. Kita harus mewujudkan lebih banyak perkerjaan dan gaji munasabah . Kita perlu lihat dua aspek ini untuk meningkatkan kuasa pembelian dikalangan rakyat khususnya mereka yang dari golongan tidak berada.

"Dalam hal ini gaji yang lebih munasabah akan memberi kesan yang positif serta membawa impak yang baik dari segi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas Program Kampungku Sihat Peringkat Parlimen Bagan dan Gotong Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan di Butterworth hari ini.

Program itu dirasmikan oleh Menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Lim berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung perancangan Kementerian Kewangan dalam usaha untuik merapatkan jurang pendapatan selaras dengan hasrat yang dizahirkan oleh kerajaan persekutuan dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 di Perdana Putra semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Lim berkata dalam usaha menggalakkan peluang pekerjaan, satu cadangan akan dibentangkan pada mesyuarat di Parlimen 11 Oktober ini.

"Memang ini adalah sesuatu yang akan diutamakan, ia bukan sahaja dapat merapatkan jurang sosial ekonomi, ia juga boleh menambah pendapatan rakyat. Kesemua ini harus dikongsi dan dijana agar kemakmuran ini dirasai bersama sealiran dengan pertumbuhan pembangunan ekonomi negara," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada program itu Lim berkata program Kampungku Sihat yang menekankan prinsip "Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati" adalah sesuatu yang wajar puji.

"Saya berharap dalam jangka masa panjang, program ini dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam bidang kesihatan. Apabila semakin ramai rakyat yang sedar dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi menghindari penyakit, maka semakin kuranglah kos yang ditanggung kerajaan untuk merawat mereka yang berpenyakit," katanya.

Lim berkata selaku individu yang dipertanggungjawabkan mengurus kewangan kerajaan persekutuan, beliau mengakui bahawa tanggungan kerajaan dalam hal kesihatan sangat besar.

"Berdasarkan kepada Belanjawan 2019, Kementerian Kesihatan telah diperuntukkan RM28.7 bilion dan ini menjadikan antara yang terbesar dari segi peruntukkan tahunan. Peruntukkan tersebut telah meningkat kira-kira lapan peratus dari tahun sebelumnya," katanya.-Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/lim-kjaan-akan-tumpu-aspek-gaji-peluang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Tidak Dibayar Gaji Penyelia Maut Dibunuh

Akibat Tidak Dibayar Gaji Penyelia Maut Dibunuh

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 300 hits
AFIQ AL HAFIZ MAT YUSOF 02 September 2019 11 46 PM PETALING JAYA Seorang penyelia di sebuah syarikat ditemui maut dalam keadaan terbaring lengkap berpakaian dan ber
Tak Dibayar Gaji Pengawal Keselamatan Bunuh Penyelia

Tak Dibayar Gaji Pengawal Keselamatan Bunuh Penyelia

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 339 hits
Berang gaji tak dibayar pengawal keselamatan bertindak memukul penyelia syarikat keselamatan sehingga mati semalam di Jalan 13 2 Petaling Jaya Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima p...
Hargai Ketika Masih Ada Kerana Peluang Hanya Sekali

Hargai Ketika Masih Ada Kerana Peluang Hanya Sekali

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 403 hits
Allah Dengar Rungutan Saya Ketika Hamil Mungkin Sebab Itulah Muhammad Pergi Doktor kata dia tak nampak kelibat Muhammad Kemudian doktor periksa sekali lagi dan kali ini scan direct ke dalam Masa ini mata saya dah mula berkaca mungkin sebab ...
Peluang Anwar Jadi Pm Cerah

Peluang Anwar Jadi Pm Cerah

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 281 hits
Masa depan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia cerah kerana sudah ada persetujuan majlis Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke 14 Penganalisis politik Universiti Malaya Prof Madya ...
Peluang Kerja Perawat Ke Korea Selatan Dan Eropa

Peluang Kerja Perawat Ke Korea Selatan Dan Eropa

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 413 hits
Senyumperawat com Pemerintah masih terus berupaya untuk meningkatkan pasar ekspor tenaga kerja perawat ke luar negeri Setelah program G to G dengan Jepang hingga tahun 2019 ini berlanjut negara lain mulai dilirik Pemerintah mencoba untuk me...
Mawar Jawab Bila Ditanya Mengenai Peluang Kedua

Mawar Jawab Bila Ditanya Mengenai Peluang Kedua

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 319 hits
Pasangan kita adalah insan yang paling dicintai justeru bayangkan semua saat bagaimana kita disatukan Pada pasangan yang pernah bercinta sebelum disatukan lihat kembali surat cinta atau hadiah pernah kita dapat daripada pasangan yang mengga...
Tular Rakaman Video Penyelia Maut Dipukul Pekerja Warga Asing Yang Tidak Dibayar Gaji

Tular Rakaman Video Penyelia Maut Dipukul Pekerja Warga Asing Yang Tidak Dibayar Gaji

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 513 hits
Gara gara tidak membayar gaji seorang penyelia syarikat keselamatan berusia 54 tahun maut dipukul oleh pekerja warga asing yang merupakan pengawal keselamatan Berdasarkan rakaman litar tertutup dapat diperhatikan bahawa kedua dua mereka ber...
Hukum Gaji Suami Kecil Tak Bagi Duit Kepada Isteri Ustaz Azhar Idrus Official

Hukum Gaji Suami Kecil Tak Bagi Duit Kepada Isteri Ustaz Azhar Idrus Official

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 387 hits
Channel Rasmi Ustaz Azhar Idrus Original Mencari ilmu merupakan adalah satu kewajiban Tidak boleh dipandang sebelah mata diremehkan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim Oleh kar...
Lepas Bagi Gaji Suku Juta Ringgit Sebulan Pada Ceo Sime Darby Lantikan Dap 220 000 Hektar Ladang Pula Dijual

Lepas Bagi Gaji Suku Juta Ringgit Sebulan Pada Ceo Sime Darby Lantikan Dap 220 000 Hektar Ladang Pula Dijual

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 855 hits
Sime Darby memliki konsesi ladang sawit dengan keluasan 220 000 hektar di negara Liberia di Afrika Konsesi yang luasnya 3 kali jumlah keluasan Singapura adalah selama 63 tahun Pokok kelapa sawit mula ditanam bermula tahun 2011 Setakat ini k...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pakej Percutian Turki

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


China Latih Kanak Kanak Tentang Ai Seawal Usia 6 Tahun Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pakar Di Masa Akan Datang

3ce Etude Amp Banyak Lagi Jenama Kosmetik Terkenal Dah Masuk Watsons Jom Pergi Sekarang

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Dulu Aku Boss Dia Hari Ini Aku Belajar Dari Dia

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand