Lihat Kecantikkan Bunga Sebagai Terapi Jiwa Dan Minda
Hi korang..
Membelek pokok bunga ketika sibuk bekerja boleh membantu mengurangkan tekanan pada mata. Mungkin masa tidak mengizinkan untuk kita keluar mendapatkan udara segar ketika di pejabat tetapi tidak salah melihat pelbagai tanaman especially pokok bunga..SA suka pokok bunga...baik yang berbunga mahupun tiada bunga...lumrah wanita dan bunga tidak boleh dipisahkan..tapi SA tak suka orang bagi hadiah jambangan bunga..kalau hadiah better bagi yang boleh disimpan lama atau di gunakan...ye tak
Pagi ni..SA sempat ambil gambar bunga yang cantik milik tuan rumah, sebelum ni ada bunga rose tapi tak berbunga dah..atau maybe SA terlepas pandang sampai bunga tu dah gugur kelopaknya...SA memang sedang stress..pagi ni bangun dengan mood yang agak tak cantik...so SA nak pulihkan mood tengok la bunga ni...cantik sangat warnanya...SA up kat blog tanya apa nama pokok bunga ni...ramai cakap Seri Pagi..eh..salah la..Seri Pagi tumbuhan menjalar kan..so namanya adalah Ruella Simplex. Kalau korang perasan bunga kaler pepel ni banyak kat tepi- tepi jalan...selain bunga yang cantik- cantik, SA sangat suka dengan bunga orkid cuma belum berkesempatan untuk beli. Nanti la satu masa yang sesuai nanti.
Ruella Simplex
Tak tau nama pokok ni..
Korang setuju tak melihat kecantikkan bunga adalah salah satu terapi jiwa?
SA ada google dan terpanggil untuk share ngan korang...SA bagi kredit pada blog yang SA jumpa di hujung entry ni ye..
"Menanam pokok bunga satu hobi patut diamalkan. Namanya pokok bunga, namun tidak semestinya semua jenis berbunga. Ada pokok bunga sebenarnya hanya cantik pada daun-daun. Tidak kisahlah, yang penting kita dapat melihat satu pandangan yang cantik di hadapan halaman rumah.
Kegembiraan menanam pokok bunga ada beberapa peringkat. Peringkat pertama tentulah kegembiraan apabila pokok yang ditanam tumbuh. Itu kalau yang guna biji.
Kalau yang guna keratan batang atau rizon, tentu sekali apabila melihat pokok mula menunjukkan ada tunas baru atau tidak layu. Itu tandanya pokok yang dipindahkan itu sedia untuk membesar. Perasaan gembira dan senang hati adalah satu terapi jiwa yang paling hebat.
Penanam bunga akan terus rasa gembira apabila melihat ada tanda-tanda bunga akan keluar. Perasaan tidak sabar untuk menunggu detik seterusnya. Pokok terus dibelai dan disiram dengan penuh kasih sayang.
Kata orang, menanam bunga macam juga menjaga anak yang perlu dilakukan dengan kasih sayang. Kalau tidak dibuat begitu, pokok bunga merajuk tidak mahu berbunga.
Apabila bunga mula keluar, berasa gembira dan puas. Dan tentu sekali kegembiraan dan kepuasan terpancar apabila bunga mula mekar dan setengahnya pula mengeluarkan bau semerbak harum.
Puasnya tidak terkira dan ingin terus melihat bunga kembang agar tidak layu. Namun, apakah daya, setiap bunga pasti akan layu, sepertimana setiap bernyawa pasti akan mati.
Jangan difikirkan tentang yang telah layu. Bunga-bunga baru akan tumbuh kembali dan tiba masanya akan kembang. Jadi, jangan pernah jemu untuk menanam bunga."
KREDIT PEMILIK BLOG BICARA MENTARI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2019/11/lihat-kecantikkan-bunga-sebagai-terapi.html