Liga Super Var Tidak Berfungsi Rugikan Sabah


Kwang Min Ko dari Sabah FC menewaskan Nabil Ahmad Latpi dari Pulau Pinang FC dalam perlawanan Liga Super di stadium Likas, Kota Kinabalu. ( 📸 ©BERNAMA) klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt) Sabah FC 0 - 0 Penang FC KOTA KINABALU: Sabah FC kehilangan peluang untuk mendapatkan sepakan penalti apabila sistem Video Pembantu Pengadil (VAR) tidak berfungsi ketika menentang Pulau Pinang dalam aksi pertama Liga Super musim ini di Stadium Likas, malam tadi.

Jika tidak, Sang Badak mungkin mendapat satu sepakan penalti yang boleh mengubah keputusan seri tanpa jaringan yang berlaku dalam perlawanan malam tadi.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, berkata peluang baik untuk Sabah itu mungkin diberikan jika Sistem VAR yang mula digunakan dalam saingan Liga Super musim ini, berfungsi.

“Kalau ada VAR kemungkinan ada penalti untuk kita, tapi itu kita harus terima di mana pada saat-saat akhir VAR tidak dapat digunakan.

“Jadi, kemungkinan kali ini tidak membantu kita tetapi pada perlawanan akan datang mungkin dengan adanya VAR akan tambah baik dari segi keputusan untuk membantu pengadil,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Ketika aksi malam tadi, pemain Sabah FC mendakwa berlaku ‘handball’ di kawasan kotak penalti Pulau Pinang ketika perebutan di antara Saddil Ramdani dengan seorang pemain lawan pada minit ke-77.

Bagaimanapun, pengadil dipercayai tidak melihat situasi itu dan hanya memberikan Sabah sepakan sudut, manakala semakan VAR tidak dapat dibuat kerana tidak berfungsi.

Sistem VAR di Stadium Likas dilaporkan tidak dapat digunakan pada saat akhir menjelang sepak mula yang bermula pada jam 5.45 petang semalam disebabkan masalah teknikal.

Berikutan itu, Sabah terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan Pulau Pinang apabila seri tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan pada kira-kira jam 7.40 malam tadi.

Sementara itu, mengulas mengenai pencapaian anak buahnya malam tadi, Kim Swee akur apabila pasukannya tidak mendapat keputusan yang dikehendaki walaupun mengawal pernainan dengan baik. Antara aksi menarik pemain Sabah FC menentang Pulau Pinang FC di Stadium Likas.

“Secara keseluruhan, kita mengawal permainan dengan baik dan kita harus memperbaiki terutama dari aspek penyudah di mana banyak peluang yang kita cipta namun kita tidak dapat menjaringkan gol,” katanya.

Beliau juga mengakui bermain di tempat sendiri tanpa mendapat kemenangan pada perlawanan pertama memberi sedikit kesan pada permulaan musim.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat penilaian kerana baru melalui satu perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini.

Pada masa sama, Kim Swee turut mengakui ketiadaan pemain sayap, Miguel Angel Garrido Cifuentes atau Cifu pada aksi malam tadi turut memberi kesan kepada pasukan.

“Tentu kalau adanya Cifu, mungkin akan melancarkan sedikit tetapi secara keseluruhan apa yang dilakukan Telmo Castanheira, Stuart Wilkin dan semua pemain yang beraksi mereka mencuba untuk mendapatkan gol,” katanya. –

SOURCE: Info X

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2024/05/liga-super-var-tidak-berfungsi-rugikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemaskini Liga Super 2024 2025 Jadual Tarikh Perlawanan

Kemaskini Liga Super 2024 2025 Jadual Tarikh Perlawanan

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 604 hits
Jadual Liga Super 2024 Tarikh Perlawanan Liga Super pertandingan tertinggi bola sepak kebangsaan Malaysia semakin mendapat perhatian peminat tempatan dan luar negara Musim 2024 dijangka lebih membara dengan kemasukan beberapa pasukan baharu...
Fandi Belum Ada Senarai Kesebelasan Utama Beraksi Pada Pembuka Tirai Liga Super Sabtu Ini

Fandi Belum Ada Senarai Kesebelasan Utama Beraksi Pada Pembuka Tirai Liga Super Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 358 hits
KUANTAN Pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad belum memiliki kesebelasan utama yang akan beraksi pada aksi pembuka tirai Liga Super berdepan Kelantan Darul Naim FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh Sabtu ini Legenda bola sepak Singapura it...
Liga Super Fandi Mahu Mula Langkah Kanan Sri Pahang Fc Buru Tiga Mata Di Temerloh Malam Ini

Liga Super Fandi Mahu Mula Langkah Kanan Sri Pahang Fc Buru Tiga Mata Di Temerloh Malam Ini

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 227 hits
KUANTAN Pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad mahu memulakan saingan liga M musim ni dengan langkah kanan berdepan Kelantan Darul Naim FC pada perlawanan pertama Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam ini Peluang beraksi di gel...
How Ge14 Redefined Sabah S Political Landscape

How Ge14 Redefined Sabah S Political Landscape

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 272 hits
No civilisation nation or government lasts forever Some have fallen dramatically as evidenced by the downfall of the BN led government in Sabah during the pivotal 14th general election in 2018 This election not only marked the end of Umno s...
It Is Not If Sabah And Sarawak Will Exit Malaysia It Is When And How

It Is Not If Sabah And Sarawak Will Exit Malaysia It Is When And How

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 433 hits
If anyone in a relationship finds themselves perpetually giving more than they get the relationship will inevitably end Nehru Sathiamoorthy Let s not ask ourselves as to whether Sabah and Sarawak want to secede from Malaysia The answer is o...
Malayan Thugs Disrespecting Sabah Govt Says Pbs Youth Chief

Malayan Thugs Disrespecting Sabah Govt Says Pbs Youth Chief

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 365 hits
PBS Youth chief Christoper Mandut accused the peninsula based political party of once again using its divide and rule strategy PETALING JAYA Parti Bersatu Sabah Youth chief Christoper Mandut says the party rejects attempts by political part...
Sabah Gigih Tajamkan Penyudah Hadapi Kdn Fc

Sabah Gigih Tajamkan Penyudah Hadapi Kdn Fc

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 235 hits
Sabah gigih tajamkan penyudah hadapi KDN FC Sabah gigih tajamkan penyudah hadapi KDN FC Skuad Sabah FC giat berlatih menjelang aksi menentang Kelantan Darul Naim FC SKUAD Sabah FC mahu memastikan isu penyudah yang tumpul dapat diselesaikan ...
Appeals Court Reserves Ruling On Sabah S 40 Revenue Legal Challenge

Appeals Court Reserves Ruling On Sabah S 40 Revenue Legal Challenge

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 271 hits
The Court of Appeal has fixed May 24 for case management to set a date for its decision KOTA KINABALU The Court of Appeal has adjourned its decision on the federal government s appeal against leave granted to the Sabah Law Society to seek a...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan