Liga Super Rasa Terlalu Selesa Buat Gawang Selangor Bolos



MARAN - Berasa selesa selepas mendahului menyebabkan Selangor dikejutkan dengan jaringan lawan, Felda United, pada saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak di sini, semalam.

Ketua Jurulatih Selangor, B. Sathianathan berkata Felda United juga bijak menggunakan peluang daripada kealpaan itu sehingga menyebabkan pertahanan The Red Giants goyah dengan serangan balas mereka.

“Pemain sepatutnya tampilkan persembahan yang mudah kerana kita telah mendahului 2-0, sebaliknya mereka mahu bermain secara cantik di kawasan padat.

“Corak permainan begitu membawa kepada serangan balas lawan dan akhirnya Felda United mendapat banyak sepakan percuma dan sepakan sudut.

“Kita pula kerap kehilangan bola di bahagian pertahanan lawan sehingga mereka bangkit melakukan serangan balas dan berjaya mendapat gol," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan. Dalam perlawanan itu, Selangor mengalahkan Felda United 2-1.

Selangor membuka tirai jaringan menerusi Sandro Da Silva pada minit ke-44 sebelum penyerang import Ifedayo Olusegun melebarkan jurang gol kurang 10 minit kemudian.

Pada minit ke-63, The Fighters bangkit mencipta gol pertama menerusi tendangan cantik Jocinei Schad yang berjaya mengelirukan penjaga gol Mohd Khairulazhan Khalid.

Satiananthan berkata keupayaan pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil membaca dengan baik percaturan Selangor juga menggoyahkan benteng pertahanan mereka walaupun mengawal 30 minit permainan.

Sementara itu, Mohd Nidzam mengakui pasukannya wajib mengurangkan kesilapan 'kebudak-budakan' yang memberi kelebihan kepada The Red Giant mencipta jaringan.

"Mengeluarkan bola dari kawasan bahaya ialah perkara asas yang perlu dilakukan pemain sebaliknya mereka dilihat lebih gemar bermain secara dekat-dekat.

"Kita perlu ubah corak permainan ini kerana tidak akan selalu bernasib baik seperti bertemu Kedah sebelum ini yang menyaksikan pasukan kami bangkit selepas ketinggalan separuh masa pertama," katanya.

Mohd Nidzam berkata kekalahan semalam menyebabkan The Fighters tidak boleh lagi kehilangan mata bagi empat perlawanan seterusnya sekiranya mahu ingin kekal beraksi dalam Liga Super musim depan. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/07/liga-super-rasa-terlalu-selesa-buat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Liga Super Selangor 3 0 Pj City Fc

Liga Super Selangor 3 0 Pj City Fc

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 419 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Liga Super 2019 Selangor Benam Pahang

Liga Super 2019 Selangor Benam Pahang

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 375 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Liga Super 2019 Jdt Menang Bergaya 3 0 Ke Atas Perak

Liga Super 2019 Jdt Menang Bergaya 3 0 Ke Atas Perak

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 317 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jdt Kekalkan Kejuaran Liga Super Untuk Kali Keenam Berturut Turut

Jdt Kekalkan Kejuaran Liga Super Untuk Kali Keenam Berturut Turut

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 245 hits
Sumber gambar Johor Darul Takzim Football ClubGelaran Juara Liga Super kali ini kekal menjadi milik pasukan Johor Darul Ta zim dan ini merupakan kejuaran keenam berturut turut mereka selepas berjaya menewaskan Melaka United 2 1 di Stadium H...
Liga Premier 2019 Pdrm Menang Tipis Ke Atas Selangor United 3 2

Liga Premier 2019 Pdrm Menang Tipis Ke Atas Selangor United 3 2

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 347 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Liga Super Malaysia 7 Julai 2019

Liga Super Malaysia 7 Julai 2019

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 459 hits
Hanya satu perlawanan berlangsung pada malam ini melibatkan pasukan bola sepak Felda United dan Selangor di Stadium Tun Abdul Razak Jengka Pahang Darul Makmur Perlawanan bermula pada jam 9 00 malam KEPUTUSAN PENUHFelda United 1 2 Selangor44...
Selamat Kembali Ke Liga Super 2020 Sabah Fa

Selamat Kembali Ke Liga Super 2020 Sabah Fa

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 567 hits
Selamat kembali ke Liga Super 2020 Sabah FA Liga Premier 2019 Match 17 FT JDT II 0 1 Sabah SABAH LAYAK KE LIGA SUPER 2020 KINI FOKUS JUARAI LIGA PREMIER 2019 Rembatan jarak jauh yang menakjubkan daripada Rodoljub Paunovic pada minit ke 60 t...
Liga Super 2019 Pknp Fc Sekadar Seri Bertemu Pkns Fc

Liga Super 2019 Pknp Fc Sekadar Seri Bertemu Pkns Fc

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 346 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Liga Super 2019 Tfc Kutip 3 Mata Penuh Di Laman Sendiri

Liga Super 2019 Tfc Kutip 3 Mata Penuh Di Laman Sendiri

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 306 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia

Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Bihun Goreng Kampung

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak Asean Pm Anwar

Use Foreign Drivers Lose Your Lorry Jpj Warns Companies Under Strict New Rule

How To Put Your Kids On The Fast Track To Academic Success Through Memo Plus Gold

Kenapa Rezeki Datang Dengan Cara Tak Disangka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keputusan Piala Sumbangsih Jdt Vs Sfc 8 Ogos 2025

Panduan Lengkap Design Printing Flyers Cara Tarik Perhatian Pelanggan

Netanyahu Sanggup Korbankan Tebusan Demi Kepentingan Sendiri Hamas Utusan Malaysia

Tindakan Israel Duduki Bandar Raya Gaza Dianggap Jenayah Perang Pembersihan Etnik Harian Metro

Kompilasi Lagu Patriotik Malaysia Perpaduan Patriotisme

Empat Lelaki Bangladesh Dicekup Emas Rm160 000 Dirampas