Pasukan Sabah Harus Menang Untuk Kekal Sebagai Pencabar Utama Liga Premier 2019


Pasukan Sabah harus menang untuk kekal sebagai pencabar utama Liga Premier 2019

Pemain Tambadau Sabah semasa sesi pemanasn badan sebelum latihan di Stadium Likas pada Khamis.
Hanya kemenangan pilihan terbaik Tambadau Sabah untuk terus menjadi pencabar utama kedudukan teratas Liga Premier apabila berhadapan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam ini (sepak mula 10.00 malam)

"Kami sebenarnya hanya ada satu pilihan iaitu `menang' jika mahu terus menjadi pencabar utama Liga Premier. Saya fikir ini cukup sebagai motivasi buat kami memburu kemenangan esok (malam ini).
"Bukan tugas mudah kerana persaingan semakin sengit dan Pulau Pinang juga sedang menikmati kebangkitannya. Sebab itu kami perlu berikan yang terbaik dengan harapan akan dapat hasil yang positif juga," kata ketua jurulatih Jelius Ating ketika dihubungi, Jumaat.
Katanya, dengan jarak pasukan tidak ketara, kemenangan malam ini penting kerana ia mungkin boleh menjadi penentu kedudukan pasukan di akhir saingan nanti

"Tekanan itu ada juga tetapi ia hanya menyemarakkan semangat kami mengharungi perlawanan ini dan saya percaya pemain kita juga sudah bersedia," kata Jelius

Beliau membayangkan akan menggunakan kesebelasan biasanya dengan kekuatan empat import iaitu dua pemain lama, Park Tae Su (pertahanan) dan Rodoljub Paunovic (penyerang) serta Ahmet Atayev (pemain tengah) dan Aguinaldo Mendes (penyerang) yang baru diserapkan minggu lalu

Ia adalah penampilan kedua Ahmet dan Mendes selepas membantu Tambadau Sabah menang 1-0 ke atas UKM FC pada penampilan pertama mereka di Cheras, Kuala Lumpur minggu lalu

Gol tunggal kemenangan Tambadau Sabah itu dijaringkan Mendes walaupun penyerang dari Angola itu dikatakan belum cergas sepenuhnya

"Mendes masih belum cergas sepenuhnya tetapi dia boleh memainkan peranan penting dan kita akan cuba manfaatkannya walaupun mungkin tidak sepenuh masa permainan.

"Apapun, kunci kekuatan kami adalah bermain sebagai satu pasukan. Kita akan cuba satukan kelebihan yang dimiliki setiap pemain untuk jadi satu `senjata pemusnah'," katanya.
Tambadau yakin naik Liga Super musim depan
Jelius juga mengalu-alukan kehadiran semula pertahanan kanan, Randy Baruh yang telah melunaskan penggantungan satu permainan

Randy dijangka mengambil semula posisinya yang diisi Dendy Lowa sebelum ini dan akan bergandingan dengan ketua pasukan Rawilson Batuil, Park dan Evan Wensley di pertahanan manakala Rozaimie Rohim selaku penjaga gol utama

Bahagian tengah pula dijangka akan digerakkan gandingan Ahmet, Mohd Azizan Nordin, Alto Linus dan Jenius Karib manakala jentera penggempur disandarkan kepada gandingan Mendes dan Paunovic

Turut berada dalam senarai 18 pemain ke Pulau Pinang ialah Robson Rendy Rining, Mafry Balang, Dendy Lowa, Ricco Nigel Milus, Mohd Azwan Abd Fattah, Ummareng Bacok dan Mazlan Yahya

Sebagai rekod, pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Likas pada pusingan pertama berpihak kepada Tambadau Sabah dengan kemenangan 2-0

Perkembangan terkini bagaimanapun menyaksikan Tambadau Sabah mencatat tiga kemenangan berturut-turut manakala Pulau Pinang dua kali berturut-turut termasuk yang terakhir mengalahkan JDT II 2-0 di tempat lawan

Tambadau Sabah kini di kedudukan ketiga dengan 24 mata manakala Pulau Pinang di tangga ketujuh dengan 15 mata

Dua lagi perlawanan Liga Premier yang berlangsung malam ini ialah Sarawak menentang JDT II dan Terengganu FC II menentang Kelantan manakala dua perlawanan berlangsung semalam itu Negeri Sembilan menentang UKM FC dan UiTM FC menentang Selangor United


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabahanviral.blogspot.com/2019/05/pasukan-sabah-harus-menang-untuk-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedudukan Carta Liga Premier Futsal Malaysia 2019

Kedudukan Carta Liga Premier Futsal Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 630 hits
Kedudukan Carta Liga Premier Futsal Malaysia 2019 NANTIKAN satu kejohanan yang ditunggu tunggu iaitu Liga Premier Futsal Malaysia atau dikenali sebagai Malaysia Premier Futsal League 2019 bakal membuka tirai mulai 22 Jun 2019 hingga 29 Sept...
Kedah Menang Bergaya Rampas Takhta Liga Super

Kedah Menang Bergaya Rampas Takhta Liga Super

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 265 hits
KEDAH memintas Pahang untuk mengungguli persada Liga Super 2019 selepas meraih kemenangan bergaya 4 0 ke atas Felda United di Stadium Darul Aman Alor Setar malam Sabtu Keputusan itu menyaksikan Kedah berkongsi tujuh mata dengan Pahang Johor...
Loh Ee Eng Bendahari Dap Sabah Angkat Sumpah Sebagai Ahli Adun

Loh Ee Eng Bendahari Dap Sabah Angkat Sumpah Sebagai Ahli Adun

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 313 hits
KOTA KINABALU Bendahari DAP Sabah Loh Ee Eng hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dilantik di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abbas Syed Ali di dewan bersidang DUN di sini Majlis mengangkat su...
Sprm Perlu Kekal Sebagai Badan Bebas Titah Sultan Selangor

Sprm Perlu Kekal Sebagai Badan Bebas Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 437 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkenan menurunkan tandatangan sebagai gimik Perasmian Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Selangor di Shah Alam...
Samsung Kekal Menjadi Peneraju Utama Dalam Penghasilan Skrin Telefon Pintar Di Dunia

Samsung Kekal Menjadi Peneraju Utama Dalam Penghasilan Skrin Telefon Pintar Di Dunia

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 429 hits
Samsung terkenal dengan penghasilan skrin berasaskan OLED yang mana teknologinya telah banyak digunakan pada pelbagai jenis peranti Menurut laporan terkini Samsung kini kekal menjadi peneraju utama dalam penghasilan skrin di dunia Ia dilapo...
Ahli Pkr Ph Harus Jadikan Nostalgia Hitam 1998 Sebagai Sempadan

Ahli Pkr Ph Harus Jadikan Nostalgia Hitam 1998 Sebagai Sempadan

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 375 hits
Ahli PKR dan juga Pakatan Harapan disarankan supaya menjadikan nostalgia hitam tahun 1998 membabitkan pemecatan dan fitnah terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu sebagai sempadan Demikian ditegaskan oleh...
Sabah Naik Tangga Kedua Liga Perdana Malaysia

Sabah Naik Tangga Kedua Liga Perdana Malaysia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 310 hits
PEMAIN Sabah Rodoljub Paunivic melakukan jaringan pertama bagi Pasukan Sabah menewaskan penjaga gol Selangor United Muhamad Nuraizat Abdul Aziz pada saingan Liga Perdana di Stadium Likas Kota Kinabalu Foto Edmund Samunting Sabah naik tangga...
Jadwal Lengkap Liga Inggris 2019 2020

Jadwal Lengkap Liga Inggris 2019 2020

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 374 hits
Liga Primer Inggris mulai bergulir Sabtu 9 Agustus 2019 Dalam jadwal yang dirilis laman resmi Premier League Kamis pertandingan Liverpool vs Norwich City di Anfield Stadium Jumat atau Sabtu pukul 02 00 WIB menjadi laga pembuka Musim lalu Li...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera

Senyap Tak Bererti Tak Terluka

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda

5 Rekomendasi Sunscreen Untuk Kulit Berminyak Bukan Cuma Melindungi Dari Uv Tapi Juga Menutrisi Kulit