Libra Facebook Bakal Lancarkan Mata Wang Kripto Menjelang 2020


Pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg telah mengadakan pertemuan bersama Gabenor Bank of England, Mark Carney pada April yang lepas bagi membincangkan tentang rancangan Facebook untuk memperkenalkan sistem pembayaran digital yang menggunakan mata wang kripto atau cryptocurrency yang diberi nama Libra.
Rancangan pelaksanaan sistem pembayaran digital ini melibatkan 12 buah negara pada suku pertama tahun 2020 yang mungkin memberi satu peluang perniagaan baru kepada Facebook.
Menurut Facebook, Pertemuan itu dibuat bagi menggariskan rancangan lebih terperinci tentang peluang dan risiko yang perlu mereka depani dimasa yang sama mereka meminta nasihat mengenai masalah operasi dan pegawalseliaan daripada pegawai di perbendaharaan Amerika Syarikat (US Treasury).
Bagi memastikan kelancaran projek yang dirancang, Facebook juga berunding dengan syarikat pemindahan wang terkemuka termasuk Western Union bagi mencari kaedah pembayaran yang lebih murah dan pantas tanpa akaun bank untuk menghantar dan menerima wang.
Jelas kelihatan Libra agak berbeza dengan mata wang kripto yang lain dimana mereka tidak seperti Bitcoin yang mahu menentang dan mengantikan sistem kewangan sedia ada, sebaliknya Libra lebih kepada menjadi kawan iaitu menjalinkan kerjasama dengan institusi yang terlibat dengan kewangan seperti firma pemindahan wang, bank pusat dan kerajaan.
Bagaimana Libra berfungsi?
Projek ini menjadi sebahagian daripada rancangan Facebook untuk memiliki mata wang digital pertama sejak dari Disember 2018. Facebook mahu mewujudkan mata wang digital yang menyediakan kaedah pembayaran yang terjamin dan selamat, tanpa mengira sama ada pengguna mempunyai akaun bank atau tidak.
Saya percaya Mark Zuckerberg pasti akan melakukan yang terbaik untuk mendapat kepercayaan daripada 2 bilion pengguna berpotensi beliau yang juga merupakan pengguna aktif Facebook. Ini termasuklah menyandarkan Libra dengan dolar Amerika (USD) kerana beliau percaya ketidakstabilan adalah salah satu kelemahan mata wang kripto.
Walau bagaimanapun, agak kurang jelas sama ada Libra akan didesentralisasi seperti Bitcoin atau tidak. Ini kerana mata wang yang tidak dikawal sangat bertentangan dengan prinsip perniagaan tradisional yang memastikan setiap transaksi perlu dijejaki bagi mengelakkan isu money laundry. Namun dimasa yang sama Facebook juga perlu berpegang kepada konsep desentralisasi yang menjadi prinsip utama cryptocurrency.
Ketika ini Facebook juga sedang merancang penggabungan platform media sosial yang lain, termasuk Instagram dan Whatsapp yang membolehkan Libra untuk digunakan di pelbagai aplikasi. Syarikat media sosial ini mahukan rangkaian sedia ada ini dapat memecahkan halangan kewangan seperti kadar tukaran wang asing, persaingan antara bank serta mengurangkan kos pengguna.
Facebook dahulu pernah gagal
Ini adalah percubaan kedua Facebook untuk memasuki bidang kewangan selepas mereka gagal dengan produk Facebook Credit kira-kira sedekad lalu. Selepas 2 tahun pelancaran, perkhidmatan Facebook Credit terpaksa dihentikan akibat kurang mendapat sambungan daripada pengguna.
Bersama strategi perniagaan yang baru, Facebook kembali mencuba untuk memasuki bidang kewangan dengan mempersembahkan teknologi mata wang kripto kepada dunia bersama sokongan Bank dan firma besar. Dijangka teknologi Blockchain dapat membantu mengurangkan masa dan kos menghantar wang melintasi sempadan dengan melangkau rangkaian perbankan.
Ini dibuktikan menerusi kenyataan Lord King, bekas Gabenor Bank of England, memberi amaran dua dekad yang lalu bahawa bank-bank pusat boleh menjadi “tidak relevan” jika orang mula menggunakan mata wang digital sebagai pound dan sen pada hari ini.
Facebook mahu jadi seperti Wechat
Sejak dahulu lagi Facebook terus berusaha untuk menjadi one stop app, sama seperti WeChat yang berjaya di China. WeChat telah dikenali di seluruh dunia sebagai aplikasi pelbagai yang berkhidmat untuk hampir 800 juta pengguna telefon pintar dimana ia menjadi permainan consol, bank, kemudahan akses kepada syarikat kongsi kenderaan, perkhidmatan hantar makanan dan membeli belah. Malahan di luar China juga ia mempunyai hampir 1 bilion jumlah pengguna aktif pada setiap bulan.
Disebabkan oleh dominasi dan keunikannya, WeChat gagal dicabar oleh pesaing lain termasuk Apple, Samsung dan Xiaomi. Malahan iMessage, Facebook dan Whatsapp pun gagal untuk menyaingi WeChat walaupun mereka menyediakan perkhidmatan yang lebih selamat menerusi kaedah penyulitan (encription) mesej. Ini akibat pembinaan ekosistem yang kukuh hasil dekatkan diri dengan pelanggan WeChat dengan pengguna di China.
Disebabkan itulah Facebook perlu memulakan langkah untuk membina ekosistem dari segi kewangan. Ini sekaligus dapat meningkatkan dominasi dan pengaruh untuk pasaran China
Apa tindakan Facebook? Pada 2 Mei, Facebook telah mendaftar sebuah firma teknologi kewangan baru yang dikenali sebagai Libra Networks LLC, di Geneva. Firma ini bertanggungjawab untuk menawarkan perkhidmatan kewangan dan teknologi baru termasuk pembayaran, pembiayaan, pengurusan identiti, analisis data, data besar, blockchain dan lain-lain. Mungkin ini salah satu tindakan yang menunjukkan keseriusan mereka untuk terjemah dengan bidang kewangan.
Menurut Financial times, Facebook juga telah berbincang sekurangnya dengan dua crypto exchange iaitu Coinbase dan Gemini bagi memudahkan pengguna perkhidmatan Facebook ini untuk menyimpan coin mereka dengan selamat atau menukarkan mata wang kripto itu kepada wang fiat.
Respon kita? kita lihat sahaja apakah bentuk mata wang kripto yang dibawakan oleh Facebook ini. lagipun suku pertama tahun 2020 tidak lama lagi.
Selaku pengguna mata wang kripto, saya lebih gemar untuk membaca white paper Libra ini daripada mendengar khabar angin entah apa-apa. Namun selepas membaca ulasan BBC dan Blomberg mengenai tujuan secara ringkas, dapat saya simpulkan yang Libra ini akan berfungsi sama seperti Tenter (USDT) yang turut dikenali sebagai “Stable Coin”. Nilainya akan disandarkan dengan USD dan ianya akan kekal bernilai 1USD untuk 1 Libra.
Baca juga: Apa itu mata wang kripto
Baca juga: Kata inspirasi tokoh dunia 2
Terima kasih kerana sudi membaca. Jika terdapat sebarang persoalan dan perkongsian pendapat, jangan segan silu anda boleh ajukan diruangan komen.
The post Libra: Facebook bakal lancarkan mata wang kripto menjelang 2020 appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/libra-facebook/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aud Usd Vs Usd Cad Vs Nzd Usd Vs Usdx Harian Mata Wang Mentah Analisis Komprehensif Mengenai Pilihan Pembangunan

Aud Usd Vs Usd Cad Vs Nzd Usd Vs Usdx Harian Mata Wang Mentah Analisis Komprehensif Mengenai Pilihan Pembangunan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 348 hits
Minor Mata wang Mentah analisis komprehensif mengenai pilihan pembangunan untuk pergerakan pasangan mata wang AUD USD vs USD CAD vs NZD USD vs USDX dari 16 Oktober 2019 pada skala operasi Minor Indeks Dolar ASPergerakan indeks dolar USDX da...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 01 November 2019

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 01 November 2019

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 442 hits
Gambaran Keseluruhan Pasangan mata wang EUR USD melonjak naik dari tahap 1 1124 ke 1 1176 dan ditutup pada harga 1 1154 Tetapi minggu ini kami mendapati bahawa pasaran dibuka di bawah tahap 1 1124 Sila ambil perhatian bahawa rintangan berad...
Pasangan Mata Wang Eurusd Menghampiri Tahap Rintangan Penurunan Harga Ketara Diramalkan Akan Berlaku

Pasangan Mata Wang Eurusd Menghampiri Tahap Rintangan Penurunan Harga Ketara Diramalkan Akan Berlaku

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 273 hits
Kemasukan pesanan 1 11657Mengapa ia baik Rintangan tinggi ayunan mendatarStop Loss 1 12300Mengapa ia baik Rintangan tinggi ayunan mendatar Penarikan semula Fiboancci 61 8 Ambil Keuntungan 1 10670Mengapa ia baik Sokongan bertindih mendatar P...
Analisis Elliott Wave Pasangan Mata Wang Gbp Jpy Untuk 31 Oktober 2019

Analisis Elliott Wave Pasangan Mata Wang Gbp Jpy Untuk 31 Oktober 2019

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 331 hits
Pasangan mata wang GBP JPY ini terperangkap dalam julat perdagangan yang sempit di bawah tahap rintangan penting jangka pendek 140 74 Selagi rintangan ini berupaya menghalang aliran menaik harga akan meneruskan kemaskini tekanan penurunan h...
Ada Nomenklatur Baru Apbn 2020 Bakal Diubah

Ada Nomenklatur Baru Apbn 2020 Bakal Diubah

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 198 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati turut menghadiri Rapat Kabinet Paripurna Perdana Dalam rapat tersebut dia mengingatkan agar seluruh kabinet tetap fokus menjalankan program program yang sudah ada terutama yang ada di APBN 2019
Mendagri Tito Bakal Kumpulkan Kepala Daerah Bahas Rancangan Apbd 2020

Mendagri Tito Bakal Kumpulkan Kepala Daerah Bahas Rancangan Apbd 2020

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 219 hits
Hal itu bertujuan agar seluruh kepala daerah memahami visi misi yang diinginkan kepala negara dan bisa diakomodir dalam RABPD 2020 mereka
Viral Poster Pertandingan Lelaki Perut Buncit Di Sabah Pemenang Bakal Bawa Pulang Wang Tunai

Viral Poster Pertandingan Lelaki Perut Buncit Di Sabah Pemenang Bakal Bawa Pulang Wang Tunai

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 954 hits
Masalah perut buncit bukanlah suatu benda yang asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya kaum lelaki Malah selalu juga kita dengan perut buncit ini dikaitkan dengan individu yang sudah berkahwin Kepada kaum isteri yang mempunyai s...
Naik Kereta Terbang Ke Pulau Pinang Ambil Masa Sejam Bakal Direalisasikan Tahun 2020

Naik Kereta Terbang Ke Pulau Pinang Ambil Masa Sejam Bakal Direalisasikan Tahun 2020

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 628 hits
Menteri Pembangunan Usahawan YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata kereta terbang yang akan di lancarkan tahun depan memerlukan usaha berterusan yang memerlukan undang undang keselamatan dan insurans Dia juga diberitahu oleh Perdana M...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner