Lgbt Atau Hak Hak Terhadap Wanita



Oleh Maszlee Malik 

 Baru-baru ini, bertepatan dengan Hari Wanita Sedunia, 9 Mac 2019, kira-kira lebih dari 1,000 orang demonstran berarak di pusat ibu kota. Mereka berteriak menuntut hak-hak wanita dibela dan diadili sebaiknya.

Suara mereka bergema meriah di ruang demokrasi. Dan tentunya di era Malaysia Baharu ini, suara-suara mereka tidak lagi terpenjara.

Sejujurnya, ini adalah kali pertama negara kita menghirup nafas demokrasi dengan tenang. Tiada lagi culture of fear, tiada lagi alasan yang dicipta-cipta untuk menyumbat seseorang ke dalam penjara. Mungkin beberapa tahun lagi, anak cucu kita tidak akan lagi mengenali apa itu ISA dan apa itu Sosma. Semuanya akan menjadi arkaik dan kuno.
 Semua ini adalah kejayaan kita secara bersama. Secara diam-diam kita sedang kecapi dan nikmatinya bersama. Namun pasti, ada pihak yang akan memastikan ruang ini dimanfaatkan untuk tujuan peribadi mereka. Bahkan, inilah ruang yang paling bernas dan berkesan untuk dimanipulasikan sebaiknya
Wacana hak wanita yang terlindung

Ketika kita semua sedang bergelut berbicara mengenai golongan aktivis LGBT hari ini, sekurang-kurangnya 1 daripada 10 wanita di dunia ini sedang memikirkan bagaimana mereka mahu keluar daripada segala jenis keganasan dan kekerasan yang mereka sedang alami.

Dan persoalan yang lebih serius, apakah yang terlintas di fikiran kita saat mengetahui 38 peratus daripada mayat-mayat wanita di seluruh dunia meninggal kerana dibunuh oleh pasangan mereka sendiri?

Dan apa pula yang akan kita fikirkan apabila membayangkan hampir 700 juta daripada mereka yang masih hidup berkahwin di bawah umur 18 tahun, dan 200 juta daripadanya berkahwin di bawah umur 15 tahun
Ini semua adalah isu besar, jagat dan sangat mustahak untuk kita wacanakan.

LGBT sebagai ‘ad usum proprium’ 

Saya teringat beberapa bulan sebelum menjadi menteri, seorang anak siswa mengajarkan kepada saya sebuah perkataan latin yang berbunyi – ad usum proprium; dalam bahasa Inggerisnya bermaksud for one's own use atau bahasa Melayu bermakna “untuk kegunaan sendiri”.

Ia persis sepertimana kita melihat wacana LGBT hari ini. Soalan saya mudah, ketika kita berteriak-teriak mengenai LGBT, apakah hak-hak wanita di dalam negara ini sudah selesai atau dilunaskan?
Saya juga tidak bersetuju dengan amalan songsang LGBT, tetapi kita tidak boleh mengetepikan isu diskriminasi yang sedang dialami oleh wanita di luar sana. Adakah kita mahu mendiamkan diri apabila International Labour Organization melaporkan hampir 53 peratus wanita di seluruh dunia ini tidak mempunyai peluang pekerjaan yang sewajarnya?

Bagaimana dengan isu ekonomi warga ibu tunggal misalnya?
Apakah isu diskriminasi dalam peluang pekerjaan telah selesai?
Bagaimana pula dengan masalah perkahwinan bawah umur?
Semuanya ini adalah isu-isu yang besar dan perlu diwacanakan secara serius, malah lebih penting dibahaskan pada Hari Wanita.

Ruang demokrasi yang ‘substantial’

Sebagai rakyat Malaysia yang budiman, kita perlu memperhalusi setiap isu yang sering muncul di media massa. Stamina membaca, menganalisa dan menyelidiki secara menyeluruh perlu ditingkatkan agar kita menjadi rakyat yang matang, berwawasan, dan berfikiran terbuka.

Ruang demokrasi ini lebih subur sekiranya ia diisi dengan wacana yang lebih matang, terbuka, substantial, tanpa mengabaikan pentingnya pendekatan rahmah, saling menghormati dan tidak sengaja mengapi-apikan sensitivi mana-mana pihak.

Dari sudut agama Islam pula, sememangnya sudah jelas, Islam mengiktiraf hak-hak keadilan terhadap wanita. Saya masih ingat lagi ketika membaca sebuah buku karangan Prof Dr Hamka, “Kedudukan Perempuan dalam Islam” (Jakarta, 1996) ketika menghuraikan ayat 1 surah al-Nissa’, yang berbunyi:

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”
Allahyarham HamkaHamka menghuraikan ayat ini dengan sangat indah, kata beliau;
“Di dalam ayat ini dipadukan antara lelaki dengan perempuan. Disedarkan mereka bahawa meskipun terpisah, mereka pada hakikatnya adalah satu.”

Kesamarataan dari sudut peranan homo-islamicus dalam memberi dan menyumbang ke arah kemakmuran dan kesejahteraan hidup sememangnya tidak boleh dipisahkan mengikut jantina. Peranan ini perlu digalas secara bersama.

Di dalam Surah al-Tawbah pula, ayat 71, Allah berfirman, “Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada melakukan kemungkaran”.

Ayat ini jelas menegaskan bahawa kedudukan wanita di sebalik lelaki; malah dalam menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini, peranan wanita tidak boleh dikesampingkan. Isu-isu wanita yang dipersembahkan wajar mendapat perhatian kita semua agar dalam tidak sedar kita tidak mahu menjadi penindas dan menafikan hak seseorang.

Kebebasan yang terpenjara

Suara-suara yang bergema di ruang demokrasi ialah suatu layar reformasi yang sebenarnya sangat boleh dibanggakan. Dan suara-suara ini jugalah yang telah membuktikan bahawa kebebasan bersuara itu merupakan elemen terpenting yang perlu diurus dalam meneruskan usaha membentuk good governance bagi sesebuah kerajaan.

Saya menyeru kita semua membaca semula Perlembagaan, dan sekali lagi belajar bersama-sama mengenai kebebasan. Serta memelihara sudut pandang agar kebebasan yang kita nikmati hari ini tidak memenjarakan pula pemikiran kita kepada hanya satu sudut pandang yang kita anuti sahaja.

Saya juga ingin menyeru kita semua menghormati Hari Wanita bukan sahaja melalui slogan atau perarakan, tetapi bahkan melalui wacana yang diperdebatkan. Hak-hak wanita misalnya merangkumi isu sosial hinggalah kepada isu ekonomi, harus menjadi titik perbincangan.

Ia adalah akar kepada segala permasalahan. Dan meneliti serta melihatnya dengan objektif adalah satu-satunya pilihan yang kita ada hari ini.

Hanya dengan ini sahaja, kita semua akan bergerak ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang subur wacananya, matang dan berfikiran terbuka serta masyarakat yang berbudi pekerti yang tinggi.


*MASZLEE MALIK bertugas sebagai menteri pendidikan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/lgbt-atau-hak-hak-terhadap-wanita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppbm Umno Kecam Perarakan Hak Wanita Dicemari Isu Lgbt

Ppbm Umno Kecam Perarakan Hak Wanita Dicemari Isu Lgbt

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 353 hits
PETALING JAYA PPBM dan Umno mengecam perarakan hak wanita di ibu negara padi tadi sempena Hari Wanita Sedunia dicemari tindakan pihak tertentu yang membawa isu lesbian gay biseksual dan transgender Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Wan Sa...
Gunakan Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt Salah Guna Ruang Demokrasi Mujahid

Gunakan Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt Salah Guna Ruang Demokrasi Mujahid

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 417 hits
Astro Awani Mujahid berkata kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini Gambar fail KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan tindakan segelintir pi...
Perhimpunan Lgbt Pada Hari Wanita Mendedahkan Kemunafikan Pemimpin Ph

Perhimpunan Lgbt Pada Hari Wanita Mendedahkan Kemunafikan Pemimpin Ph

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 789 hits
Perhimpunan LGBT yang di hadiri lebih 1 000 orang yang mengamalkan cara hidup dan budaya songsang mendapat kecaman dari pelbagai pihak Ketua Wanita Umno Dato Noraini Ahmad menggesa kerajaan agar tidak tunduk dengan apa sahaja desakan kumpul...
Penyokong Lgbt Berarak Tuntut Hak Di Ibu Kota

Penyokong Lgbt Berarak Tuntut Hak Di Ibu Kota

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Himpunan yang diadakan di ibu kota oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan sempena Hari Wanita Antarabangsa dicemari dengan kehadiran penyokong penyokong Golongan lesbian gay biseksual dan transgender Difahamkan seramai 1 000 p...
Informasi Hari Wanita Pertahan Lgbt Apa Kata Menteri Jpm Dr Mujahid

Informasi Hari Wanita Pertahan Lgbt Apa Kata Menteri Jpm Dr Mujahid

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 373 hits
Sebahagian daripada kumpulan yang berarak di sekitar ibu negara sambil melaungkan slogan pro LGBT pada Sabtu Foto Media sosialGunakan Himpunan Hari Wanita untuk pertahan LGBT salah guna ruang demokrasi MujahidKUALA LUMPUR Menteri di Jabatan...
Bersatu Wanita Amanah Turut Kecam Tuntutan Lgbt

Bersatu Wanita Amanah Turut Kecam Tuntutan Lgbt

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 403 hits
News Diterbitkan Hari ini 8 39 pagiTindakan mana mana kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan memilih kaedah yang tidak diterima masyarakat boleh menggagalkan reformasi dibawa PH kata salah seorang pemimpin Bersatu Menurut Wan Saiful Wa...
9 Laporan Polis Desak Siasat Agenda Lgbt Hari Wanita Sedunia

9 Laporan Polis Desak Siasat Agenda Lgbt Hari Wanita Sedunia

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 375 hits
9 laporan polis desak siasat agenda LGBT Hari Wanita Sedunia Dikemas kini 10 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 10 Mar 2
Ulasan Terhadap Tuntutan Di Perarakan Hari Wanita

Ulasan Terhadap Tuntutan Di Perarakan Hari Wanita

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 381 hits
Sempena Hari Wanita Antarabangsa pada Sabtu lalu lebih 300 orang berhimpun dan berarak di ibu kota Kuala Lumpur bagi menyambut Hari Wanita Perarakan yang bertemakan Hentikan Keganasan Hormati Perempuan dianjurkan oleh para aktivis wanita be...
Polis Siasat Perarakan Hari Wanita Disertai Penyokong Lgbt

Polis Siasat Perarakan Hari Wanita Disertai Penyokong Lgbt

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 1167 hits
KUALA LUMPUR Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima laporan polis berhubung perarakan sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disertai sekumpulan komuniti penyokong lesbian gay biseksual dan transgender di ibu negara pada Sabtu Ketua Polis K...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord