Ppbm Umno Kecam Perarakan Hak Wanita Dicemari Isu Lgbt


FMT Reporters


PETALING JAYA: PPBM dan Umno mengecam perarakan hak wanita di ibu negara padi tadi sempena Hari Wanita Sedunia dicemari tindakan pihak tertentu yang membawa isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Wan Saiful Wan Jan membidaskan tindakan mencampur adukkan agenda wanita dengan agenda LGBT, menyifatkan ia sebagai “amat menjengkelkan”.

“Perjuangan menuntut hak-hak kaum wanita adalah perkara yang dihormati, mulia dan wajar disokong. Tetapi mencampurkan agenda ini dengan agenda LGBT adalah satu provokasi terhadap kestabilan negara,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau mengingatkan tindakan “mementingkan diri sendiri” lebih dari suasana masyarakat boleh membawa kepada gagalnya reformasi dan pembaikan yang sedang dilaksanakan sekarang.
“Semua individu yang boleh berfikir secara rasional akan memahami bahawa konteks negara ini tidak dapat menerima agenda LGBT,” katanya.

Ketua Wanita Umno, Noraini Ahmad menggesa kerajaan agar tidak tunduk dengan apa sahaja desakan kumpulan LGBT.

Beliau berkata golongan itu mempunyai hak seperti rakyat yang lain, tetapi hak kerajaan ialah menghalang mereka melakukan aktiviti tidak bermoral.

“Sekiranya LGBT diiktiraf dan bebas melakukan apa sahaja aktiviti mereka, maka mereka akan merasakan mereka benar dan dilindungi undang-undang,” katanya.

“Akibatnya, akan lahir pula generasi baru dalam kalangan mereka.”

Noraini berkata tindakan penyokong LGBT membawa bendera pelangi, yang menjadi lambang golongan tersebut, dan sepanduk berkaitan dikhuatiri akan menjadi punca kerosakan institusi sosial yang lebih besar.

Mereka mengulas perarakan “Hentikan Keganasan, Hormati Perempuan” dari kompleks beli belah Sogo hingga ke jambatan “River of Life” berdekatan Dataran Merdeka di ibu negara pagi tadi.

Perhimpunan itu didakwa disertai penyokong LGBT yang melaungkan slogan berkaitan dan membawa bendera pelangi.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa membidas tindakan pihak tertentu menyalahgunakan himpunan hak wanita untuk membawa isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Beliau berkata ruang tunjuk perasaan sempena Hari Wanita Sedunia itu tidak patut digunakan untuk mempertahankan sesuatu yang salah di sisi undang-undang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/ppbm-umno-kecam-perarakan-hak-wanita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Siasat Perarakan Hari Wanita Disertai Penyokong Lgbt

Polis Siasat Perarakan Hari Wanita Disertai Penyokong Lgbt

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 1222 hits
KUALA LUMPUR Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima laporan polis berhubung perarakan sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disertai sekumpulan komuniti penyokong lesbian gay biseksual dan transgender di ibu negara pada Sabtu Ketua Polis K...
Lgbt Atau Hak Hak Terhadap Wanita

Lgbt Atau Hak Hak Terhadap Wanita

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 561 hits
Oleh Maszlee Malik Baru baru ini bertepatan dengan Hari Wanita Sedunia 9 Mac 2019 kira kira lebih dari 1 000 orang demonstran berarak di pusat ibu kota Mereka berteriak menuntut hak hak wanita dibela dan diadili sebaiknya Suara mereka berge...
Dr Mujahid Kecam Salah Guna Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt

Dr Mujahid Kecam Salah Guna Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 896 hits
PETALING JAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa membidas tindakan pihak tertentu menyalahgunakan himpunan hak wanita untuk membawa isu lesbian gay biseksual dan transgender Beliau berkata ruang tunjuk perasaan sempena Ha...
Bersatu Wanita Amanah Turut Kecam Tuntutan Lgbt

Bersatu Wanita Amanah Turut Kecam Tuntutan Lgbt

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 476 hits
News Diterbitkan Hari ini 8 39 pagiTindakan mana mana kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan memilih kaedah yang tidak diterima masyarakat boleh menggagalkan reformasi dibawa PH kata salah seorang pemimpin Bersatu Menurut Wan Saiful Wa...
Mujahid Terkejut Ada Perarakan Sokong Lgbt Di Malaysia

Mujahid Terkejut Ada Perarakan Sokong Lgbt Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 512 hits
Menteri Hal Ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa menzahirkan rasa terkejut kerana perarakan sambutan Hari Wanita di Kuala Lumpur hari ini digunakan untuk mempertahankan hak golongan lesbian gay biseksual dan transgender Katanya ini merupakan sala...
Armada Perak Bantah Perarakan Lgbt

Armada Perak Bantah Perarakan Lgbt

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 501 hits
Angkatan Bersatu Anak Muda Perak menggesa tindakan tegas diambil terhadap penganjur perhimpunan Women s March kerana membenarkan penyokong golongan lesbian gay biseksual dan transgender menyertai himpunan itu di Kuala Lumpur semalam Ketua A...
Perarakan Kumpulan Lgbt Satu Usaha Sabotaj Kerajaan Ph

Perarakan Kumpulan Lgbt Satu Usaha Sabotaj Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 510 hits
Di dalam satu Himpunan dan Perarakan Hari Wanita Sedunia yang telah diadakan di Kuala Lumpur semalam satu kumpulan yang bertabi e ganjil dan jijik iaitu kumpulan pro LGBT turut sama mengambil bahagian Kehadiran kumpulan yang tidak berakhlak...
Gunakan Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt Salah Guna Ruang Demokrasi Mujahid

Gunakan Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt Salah Guna Ruang Demokrasi Mujahid

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 471 hits
Astro Awani Mujahid berkata kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini Gambar fail KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan tindakan segelintir pi...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas

Sheikh Farouk Dilantik Kpe Tfcsb Baharu Bernama

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Setahun Putus Tunang Aya Amiruddin Dedah Ada Lelaki Ajak Berkenalan Saya Pula Elok