Lexon Dan Jeff Koons Hidupkan Semula Arca Ikonik Balloon Dog


Lexon Dan Jeff Koons Hidupkan Semula Arca Ikonik Balloon Dog Lexon, jenama reka bentuk terkenal dari Perancis, yang diraikan atas kecemerlangan selama lebih 30 tahun atas sentuhan estetik dan inovasinya, kini bergabung tenaga dengan artis kontemporari tersohor dunia, Jeff Koons, bagi menghidupkan semula arca ikonik Balloon Dog ciptaannya.
Karya yang pernah menjadi fenomena budaya pada era 1990-an ini kini berkembang menjadi sesuatu yang benar-benar baharu: pembesar suara mudah alih dan lampu ambien yang mentransformasikan simbol seni moden paling dikenali menjadi ciptaan yang menggabungkan kreativiti, teknologi, dan fungsi dalam kehidupan seharian.
Dibawakan ke Malaysia secara eksklusif oleh ante, kurator produk gaya hidup berasaskan reka bentuk dari Singapura, Koleksi Lexon x Jeff Koons Balloon Dog akan dipamerkan di acara pop-up ante di Aras Bawah, Seibu, The Exchange TRX, mulai sekarang hingga 2 Januari 2026.
Peminat seni dan reka bentuk boleh menempah karya pilihan dengan membuat pra-tempahan dan menikmati tawaran masa terhad sebelum koleksi ini dilancarkan secara rasmi di Seibu pada penghujung November.

Balloon Dog Speaker: Di Mana Bunyi Menjadi Arca
Balloon Dog Speaker mendefinisikan semula arca ikonik Jeff Koons melalui lensa telus, dihasilkan daripada bahan lut sinar berkualiti tinggi yang menyerlahkan lengkung dan pantulan bentuknya yang tersendiri. Ini bukan sekadar pembesar suara yang menarik perhatian, ia adalah pengalaman akustik yang diselubungi keindahan seni yang memikat pandangan.

Dikuasakan oleh teknologi Bluetooth 5.0 dan True Wireless Stereo (TWS), pembesar suara ini menghasilkan bunyi fideliti tinggi 360° melalui enam pemacu aktif dan empat radiator pasif, direka untuk menyampaikan audio yang mendalam dan memenuhi setiap ruang.
Mikrofon terbina pula membolehkan panggilan bebas tangan, menyatukan kemudahan harian dengan ekspresi kreatif. Dibangunkan dengan teliti selama lebih 50,000 jam, Balloon Dog Speaker mencerminkan dedikasi Lexon terhadap ketukangan dan inovasi — mengubah bunyi menjadi karya seni yang menggetarkan deria dan memukau pandangan.
 

Balloon Dog Lamp: Melakar dengan Cahaya
Balloon Dog Lamp mentransformasikan pencahayaan sebagai pengalaman seni yang imersif. Dengan hampir 400 LED terbina, lampu ini memancarkan cahaya pelbagai warna hingga 200 lumen yang boleh dilaras, merangkumi tona putih, dan warna-warna terang seperti biru, hijau, magenta, dan banyak lagi.
Melalui teknologi eksklusif Easy Sync daripada Lexon, beberapa unit lampu boleh disambungkan dan diselaraskan dengan mudah. Ini membolehkan pengguna mengatur warna serta tahap kecerahan mengikut cita rasa untuk mencipta harmoni visual yang memukau di setiap ruang.
Lebih daripada sekadar pencahayaan, ia mengubah ruang menjadi karya seni dengan menghidupkan setiap sudut dengan kehangatan dan keperibadian.

Pertemuan antara Seni dan Keaslian
Setiap ciptaan Balloon Dog menampilkan tandatangan terukir Jeff Koons di bawah tapak kakinya, lengkap dengan sijil keaslian dan meterai holografik sebagai jaminan eksklusiviti dan daya tarikan koleksi istimewa ini.
Dengan ketinggian 28cm dan berat 900g, kedua-dua versi, lampu dan pembesar suara yang direka dengan ketahanan tinggi, menyatukan mutu seni muzium dengan reka bentuk yang praktikal.
“Saya teruja dengan kolaborasi baharu bersama Lexon yang telah mentransformasikan Balloon Dog. Balloon Dog Lamp memancarkan spektrum warna yang ceria dan memikat, manakala Balloon Dog Speaker memenuhi ruang dengan pengalaman bunyi yang mengasyikkan.
Kedua-dua ciptaan ini membuka jalan untuk Balloon Dog hadir dalam kehidupan seharian kita di mana seni, reka bentuk dan teknologi bersatu dalam harmoni,” ujar Jeff Koons.
“Perikatan kreatif kami bersama Jeff Koons menandakan satu bab penting dalam perjalanan Lexon. Kolaborasi ini mendorong kami melangkaui batas bentuk dan fungsi, melahirkan rekaan yang bukan sekadar indah, tetapi mampu membangkitkan emosi sambil kekal praktikal.
Menerusi edisi khas ini, kami meneruskan misi untuk membawa rekaan berkualiti lebih dekat kepada semua supaya seni boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian,” ujar Boris Brault, Ketua Pegawai Eksekutif Lexon.
Mulai sekarang hingga 2 Januari 2026, ante menganjurkan pop-up eksklusif di SEIBU, The Exchange TRX, di Aras Bawah dan Aras 2. Acara ini akan menampilkan rangkaian penuh koleksi gaya hidup berasaskan reka bentuk oleh ante, termasuk Lexon x Jeff Koons Balloon Dog Speaker dan Lamp, untuk pengalaman imersif yang meraikan seni, reka bentuk dan kreativiti dalam kehidupan seharian.
Kedua-dua Balloon Dog Speaker dan Balloon Dog Lamp dijual pada harga RM3,999  setiap satu, dengan pra-tempahan dibuka di acara pop-up di SEIBU, The Exchange TRX, serta melalui laman web rasmi ante (www.antelimited.com).
Pembeli yang membuat pra-tempahan awal akan menikmati diskaun masa terhad sebanyak RM400, menurunkan harganya kepada RM3,599!
Bagi mempertingkatkan pengalaman pengguna, Lexon memperkenalkan ciri realiti terimbuh (AR) (https://lexon-design.com/en-global/lexon-x-jeffkoons-ar) yang membolehkan pengguna melihat edisi Balloon Dog dalam skala sebenar di ruang kediaman mereka sendiri, menawarkan pandangan interaktif bagaimana seni dan teknologi dapat wujud secara harmoni dalam kediaman moden.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi ante di www.antelimited.com atau ikuti @anteshopsgmy di Instagram untuk koleksi reka bentuk terkini dan kolaborasi eksklusif.
The post Lexon Dan Jeff Koons Hidupkan Semula Arca Ikonik Balloon Dog appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/13/lexon-dan-jeff-koons-hidupkan-semula-arca-ikonik-balloon-dog/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelahiran Semula Kisah Cinta Ikonik Rangga Cinta Bawa Kembali Magis Aadc

Kelahiran Semula Kisah Cinta Ikonik Rangga Cinta Bawa Kembali Magis Aadc

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 284 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraDua dekad selepas Ada Apa Dengan Cinta mencipta fenomena dan menjadi lambang cinta remaja era 2000 an kisah ikonik itu kini bernafas kembali dalam wajah baharu menerusi Rangga Cinta arahan pengarah tersoho...
Filem Rangga Cinta Hidupkan Semula Magis Ada Apa Dengan Cinta

Filem Rangga Cinta Hidupkan Semula Magis Ada Apa Dengan Cinta

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 199 hits
Original Content Lebih dua dekad selepas filem Ada Apa Dengan Cinta mencetus fenomena luar biasa di seluruh Asia Tenggara pengarah tersohor Indonesia Riri Riza kembali menghidupkan kisah ikonik itu menerusi filem terbaharu berjudul Rangga C...
Terlanjur Nak Bawa Semula Kj Ke Dalam Umno Mengapa Tak Terima Sekali H2o

Terlanjur Nak Bawa Semula Kj Ke Dalam Umno Mengapa Tak Terima Sekali H2o

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 205 hits
1 November 2025Menjadi bualan ramai ketika ini tentang kemungkinan Khairy Jamaluddin akan kembali diterima semula sebagai ahli UMNO Diberitakan isyarat dan restu kemasukan semula KJ itu disampaikan sendiri oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Ham...
Zahid Minta Khairy Hantar Borang Sertai Semula Umno

Zahid Minta Khairy Hantar Borang Sertai Semula Umno

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 205 hits
Malaysiakini nbsp Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan akan kembali ke pangkuan Umno sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 29 November ini Memetik sumber Berita Harian melaporkan bekas ahli Parlimen Rembau itu sudah mendapa...
Laman Arca Upsi

Laman Arca Upsi

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 182 hits
Lokasi Laman Arca UPSI Alamat Universiti Pendidikan Sultan IdrisJalan UPSI 1 35900 Tanjong Malim PerakWaktu Operasi Tiada had masa yang ditetapkan Tarikh Lawatan 28 September 2025 Laman Arca UPSI menjadi lokasi lawatan seterusnya selepas Ke...
Kes Thales Kembali Memanas Pihak Berkuasa France Dan Uk Buka Semula Siasatan

Kes Thales Kembali Memanas Pihak Berkuasa France Dan Uk Buka Semula Siasatan

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 237 hits
Kes Thales kini kembali menjadi tumpuan apabila pihak berkuasa Perancis dan UK melancarkan siasatan semula mengenai dakwaan rasuah dalam kontrak pertahanan Ini termasuklah projek kapal selam yang melibatkan Malaysia pada tahun 2002 serta pe...
Kdn Fokus Buka Semula Siasatan Kes Kehilangan Raymond Koh Amri Che Mat

Kdn Fokus Buka Semula Siasatan Kes Kehilangan Raymond Koh Amri Che Mat

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 243 hits
KDN Fokus Buka Semula Siasatan Kes Kehilangan Raymond Koh Amri Che Mat PUTRAJAYA 10 Nov Kementerian Dalam Negeri memberi tumpuan penuh terhadap pelaksanaan arahan mahkamah dalam kes kehilangan paderi Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat ter...
2 Tahun Tak Nampak Bayang Akhirnya Muncul Semula Di Penghujung Tahun 2025

2 Tahun Tak Nampak Bayang Akhirnya Muncul Semula Di Penghujung Tahun 2025

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 217 hits
Kelihatannya ada keajaiban sedang berlaku Selepas hampir 2 tahun saya menghilangkan diri dari dunia penulisan nampak gayanya saya cuba untuk buat kemunculan semula di penghujung tahun 2025 dengan harapan yang blog ini tidak terus terbengkal...
Hidden Gems In Perlis 2025 Ultimate Travel Dining Guide

Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

The Profound Benefits Of Reading Books

Siti Kasim Urges Halal Biz Affected By Christmas D Cor Ban To File Legal Suit Against State Islamic Council

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

Keputusan Penting Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas Keempat Fam

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Shafee Najib To Appeal After High Court Rejects House Arrest Bid


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Warung Jelira Rasa Kg Guntung Luar Destinasi Sarapan Pagi Popular Di Setiu Terengganu

Bagi Payang Water Taxi Dan Bas Kite

Watak Ikonik Kung Fu Hustle Yang Terjadi Secara Kebetulan

Sunset Cahaya Matahari Terbenam Di Keningau Sangat Mempersonakan

Kakak Dah Habis Spm Sekarang Nak Rasa Dunia Kerja

Best Best Pulled Beef Recipe Nz