Kdn Fokus Buka Semula Siasatan Kes Kehilangan Raymond Koh Amri Che Mat


KDN Fokus Buka Semula Siasatan Kes Kehilangan Raymond Koh, Amri Che Mat
PUTRAJAYA, 10 Nov (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tumpuan penuh terhadap pelaksanaan arahan mahkamah dalam kes kehilangan paderi Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat, termasuk membuka semula siasatan kes berkenaan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata fokus ketika ini adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang secara jelas menggariskan dua perkara penting kepada pihak polis dan beliau juga telah mendengar taklimat daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Jumaat lepas saya telah bertemu dengan pasukan daripada AGC yang menguruskan kes ini, saya perlu mendapatkan taklimat mereka untuk saya faham tentang kronologi peristiwa tersebut.
“Jadi, tumpuan saya sekarang adalah terhadap arahan atau keputusan mahkamah yang menghendaki polis melakukan dua perkara. Saya sebutkan yang pertama, kembali menyiasat… yang kedua adalah mengemukakan (keberadaan) Pastor Koh, jadi itu dua (perkara) jadi fokus saya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia (WDAT) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan beliau bersama pegawai AGC sebelum ini bagi mendapatkan taklimat lengkap susulan keputusan mahkamah yang mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi berhubung kes kehilangan Amri dan Koh.
Amri dilaporkan hilang pada 24 Nov 2016, manakala Koh pada 13 Feb 2017. Pada 5 Nov, mahkamah memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM3,264,457.52 berserta kos dan faedah kepada isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin.
Mahkamah turut memerintahkan kerajaan membayar lebih RM37 juta kepada isteri Koh, Susanna Liew.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan saman yang difailkan oleh kedua-dua wanita itu terhadap kerajaan dan polis berhubung kehilangan suami masing-masing.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjejaki bekas suami Indira Gandhi, Muhammad Riduan Abdullah.
Ia susulan laporan sebuah portal yang mendakwa Muhammad Riduan masih berada di Malaysia dan menerima manfaat daripada skim bantuan kerajaan seperti BUDI MADANI (BUDI95) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
“Saya akan terus memastikan pihak polis mengambil langkah yang sewajarnya. Buat masa ini saya pun tak dapat… saya tak diberi apa-apa taklimat lagi tentang perkara tersebut dan saya akan minta untuk pihak polis mempersiapkan saya untuk berdepan dengan rakyat (berhubung isu ini),” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post KDN Fokus Buka Semula Siasatan Kes Kehilangan Raymond Koh, Amri Che Mat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/11/kdn-fokus-buka-semula-siasatan-kes-kehilangan-raymond-koh-amri-che-mat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don T Appeal Pastor Koh Amri Che Mat Rulings Pkr Man Tells Govt

Don T Appeal Pastor Koh Amri Che Mat Rulings Pkr Man Tells Govt

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 190 hits
Lee Chean Chung says that to do so would risk undermining public confidence in the very ideals the government has pledged to uphold Petaling Jaya MP Lee Chean Chung said the rulings had drawn international attention with global media outlet...
Kes Thales Kembali Memanas Pihak Berkuasa France Dan Uk Buka Semula Siasatan

Kes Thales Kembali Memanas Pihak Berkuasa France Dan Uk Buka Semula Siasatan

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 234 hits
Kes Thales kini kembali menjadi tumpuan apabila pihak berkuasa Perancis dan UK melancarkan siasatan semula mengenai dakwaan rasuah dalam kontrak pertahanan Ini termasuklah projek kapal selam yang melibatkan Malaysia pada tahun 2002 serta pe...
Agc To Appeal Court Decisions On Pastor Koh Amri Che Mat

Agc To Appeal Court Decisions On Pastor Koh Amri Che Mat

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 207 hits
It says it decided to file a notice of appeal with the Court of Appeal after reviewing the High Court s decisions over the state s involvement in his abduction Justice Su Tiang Joo held that one or more of the defendants who are both curren...
Keputusan Kerajaan Dalam Kes 40 Hasil Keputusan Mahkamah Dalam Kes Amri Koh Fokus Dewan Rakyat

Keputusan Kerajaan Dalam Kes 40 Hasil Keputusan Mahkamah Dalam Kes Amri Koh Fokus Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 219 hits
K PRAGALATHNovember 13 2025Waktu pertanyaan Menteri hari ini meyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan rasional kepada keputusan Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu...
Terengganu Ahli Perniagaan Ditahan Semula Bantu Siasatan Kes Tipu Urus Niaga Tanah

Terengganu Ahli Perniagaan Ditahan Semula Bantu Siasatan Kes Tipu Urus Niaga Tanah

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 204 hits
Mohd Ishak Abdillah NgahKUALA TERENGGANU Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dibebaskan beberapa jam selepas prosiding di Mahkamah Sesyen Besut siang tadi ditahan semula bagi membantu siasatan kes penipuan penjualan tanah Suspek yan...
Polis Buka Kertas Siasatan Inspektor Sheila Perlekeh Anggota

Polis Buka Kertas Siasatan Inspektor Sheila Perlekeh Anggota

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 191 hits
BernamaKUALA LUMPUR Polis membuka kertas siasatan terhadap Inspektor Sheila kerana didakwa memperlekeh anggota polis yang melakukan pemeriksaan ke atas seorang lelaki warga asing yang memandu tanpa lesen di Jalan Ipoh di sini Selasa lepas K...
Gangguan Perkhidmatan Aerotrain Apad Diarah Buka Kertas Siasatan Terhadap Mahb Mot

Gangguan Perkhidmatan Aerotrain Apad Diarah Buka Kertas Siasatan Terhadap Mahb Mot

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 184 hits
Gangguan Perkhidmatan Aerotrain APAD Diarah Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB MOT PUTRAJAYA 28 Okt Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat membuka kertas siasatan terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd su...
Why Koh S Family Awarded Much More Than Amri S Ibrahim Ali Wants Justice

Why Koh S Family Awarded Much More Than Amri S Ibrahim Ali Wants Justice

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 163 hits
Putra president Ibrahim Ali has criticised what he described as a disgraceful disparity in compensation awarded to the families of Amri Che Amat and Pastor Raymond Koh whose cases of enforced disappearance were both ruled as failures of sta...
Kes Khalwat Ksu Pegawai Kanan Kementerian Direhatkan Untuk Siasatan

Kes Khalwat Ksu Pegawai Kanan Kementerian Direhatkan Untuk Siasatan

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 225 hits
Buletin TV3 nbsp KUALA LUMPUR Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan serta merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata tindakan itu diambil bagi membolehkan si...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm

Speed Read A Sportster Street Tracker By Fxr Division And More


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

The Profound Benefits Of Reading Books

Irresistible Hello Fresh Beef And Rice Recipe

Klinik Pembedahan Mulut Dan Maksilofasial

Ngo Malaysia Bongkar Kesukaran Membantu Aceh Ehailing Fm 19 12 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia Ppim 20 12 2025