Lewat Liwat Dan Undang Undang Lapuk



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Isu berkaitan seks dan jantina jadi tajuk beritaSOAL lewat tidak timbul apabila kita membincangkan apa saja hal yang membawa kebaikan atau yang relevan kepada masyarakat.
Sama ada isu warna kasut murid yang melancarkan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik ke stratosfera atau undang-undang hubungan seks sejenis yang dikatakan ketinggalan zaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, hal seperti itu tidak pernah lewat untuk dibincangkan.

Cuma jangahlah disensasikan seolah-olah warna kasut murid dan seks sesama jenis adalah isu hidup mati.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Berkenaan warna kasut, saya kata macam inilah: apa yang ada di kaki tidak sepenting apa yang ada di kepala.

Zaman saya dulu, ramai berkaki ayam ke sekolah sebab miskin atau kerana jalan berlumpur tapi jadi cerdik pandai sebab guna otak.
Berkenaan liwat, saya sudah sentuh secara tidak langsung dalam tampalan 5 September berjudul “Berpada-padalah Sensasikan Isu LGBT”.
Jadi saya tidak akan bahas isu undang-undang liwat atau mana-mana undang-undang berkaitan hubungan seks sesama jenis yang dikatakan ketinggalan zaman itu.
Saya serahkan tajuk itu kepada pihak-pihak yang pakar mengenainya.
Cuba Jangan Lewat

Yang hendak saya bahaskan adalah masalah lewat. Masalah lewat ini sudah menjadi tabiat dan maladi yang teruk di negara kita.
Dalam memilih tajuk lewat, saya tidak sekali-kali bertujuan mengatakan bahawa isu berkaitan liwat tidak penting. Tapi pada pandangan saya, isu lewat lebih penting sebab ramai yang terlibat.
Menteri lewat, guru lewat, murid lewat, polis lewat, doktor lewat, kereta api lewat, kapal terbang lewat, bas Rapid KL lewat, mesyuarat lewat, habis mesyuarat lewat, lewat klimaks dan macam-macam lagi. Ada pula yang lewat bayar hutang sampai lupa terus.
Salah satu sebab kita susah hendak jadi negara maju adalah kerana kita tidak ada disiplin. Menepati waktu adalah ciri disiplin yang sangat penting.
Negara maju sangat mengutamakan waktu dan disiplin. Islam pun mengutamakan waktu dan disiplin. Sembahyang fardu lima kali sehari adalah penanda aras disiplin dan menepati waktu.
Tapi ia nampaknya tidak sikit pun membantu orang Islam berdisiplin dan menghormati waktu. Orang Melayu dengan orang Arab yang majoritinya Islam, sama saja.
Bila berjanji hendak berjumpa sekian-sekian waktu, berulang kali menyebut insya Allah – dengan izin Allah – tapi jarang sekali ditepati.
Hatta majlis di masjid dan surau pun selalu lewat, tersasar waktu sampai ambil waktu solat. Orang yang datang untuk solat berjemaah, ada yang terpaksa solat sendirian kerana tidak boleh tunggu sebab ada urusan lain.
Maaf cakaplah kalau saya kata, Islam nampaknya tidak mengajar apa-apa kepada ramai orang Melayu selain berlumba-lumba berjubah dan berserban supaya nampak macam orang Arab.
Zaman saya dulu, kita tidak pakai jubah dan serban. Tok guru dan tok haji saja yang pakai. Itu pun bukan semua. Ada tok guru ternama di Kedah, sampai akhir hayat mereka tak pakai macam Arab. Mereka pakai kain dan baju teluk belanga.
Pakailah fesyen apa dan kasut warna apa pun kalau tak manfaatkan “grey matter” (otak) dan tidak berdisiplin, tidak akan ke mana-mana.
Malah ramai orang Islam guna kelonggaran waktu sembahyang untuk curi tulang. Ada yang pergi membeli-belah dan ada yang tidur.
Switzerland mencipta dan mengeluarkan jam terbaik di dunia. Tetapi orang Swiss lebih yakin kepada jadual kereta api mereka bagi menentukan waktu sebab kereta api mereka jarang sekali lewat. Kelewatan maksimum adalah tiga minit.
Jadi eloklah kita tinggalkan amalan suka lewat dan kita cuba sedaya upaya untuk tepati masa.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2018/09/lewat-liwat-dan-undang-undang-lapuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buruh Didakwa Liwat Tahanan

Buruh Didakwa Liwat Tahanan

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 181 hits
Buruh lelaki yang juga penagih dadah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas tuduhan meliwat pada 25 Oktober lalu
Tahanan Lokap Aadk Dakwa Telah Di Liwat Oleh Tahanan Lain

Tahanan Lokap Aadk Dakwa Telah Di Liwat Oleh Tahanan Lain

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 307 hits
SEBERANG PERAI Seorang lelaki berusia 22 tahun yang sedang menjalani tahanan reman di lokap Agensi Antidadah Kebangsaan di Kampung Selamat Tasek Gelugor di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang tahanan lain pada Jumaat lalu Sumber berk...
Remaja Mengaku Bersalah Pertuduhan Liwat

Remaja Mengaku Bersalah Pertuduhan Liwat

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 316 hits
30 Oktober 2018 5 08 PM BUTTERWORTH Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan meliwat seorang remaja lelaki berumur 16 tahun di dala
Najib Bebas Bersuara Selagi Tidak Langgar Undang Undang Kata Kadir Jasin

Najib Bebas Bersuara Selagi Tidak Langgar Undang Undang Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 262 hits
KUALA LUMPUR 16 Nov Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bebas mengeluarkan sebarang kenyataan dalam media sosial selagi ia tidak bercanggah dengan undang undang kata Datuk A Kadir Jasin Loading Penasihat media dan komunikasi ke...
Anak Pengasuh Liwat Kanak Kanak Berusia 5 Tahun

Anak Pengasuh Liwat Kanak Kanak Berusia 5 Tahun

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 393 hits
Anak pengasuh liwat kanak kanak berusia 5 tahunSeorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan selepas disyaki meliwat kanak kanak berusia lima tahun yang dijaga oleh ibunya yang juga merupakan pengasuh mangsa lapor Dalam kejadian di Taman S...
Bolehkah Hadir Lewat Solat Jumaat Tanpa Mendengar Khutbah

Bolehkah Hadir Lewat Solat Jumaat Tanpa Mendengar Khutbah

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 432 hits
Soalan uztaz saya perhatikan ramai yang hadir Jumaat di hujung hujung khutbah jadi mereka tidak sempat mendengar khutbah kalau dengar pun sedikit sahaja Apa jadi pada solat jumaat mereka Jawapan Di dalam al Quran Allah memerintahkan orang b...
Bolehkah Suami Istri Melampiaskan Hasrat Seksual Mereka Lewat Telpon Atau Sms

Bolehkah Suami Istri Melampiaskan Hasrat Seksual Mereka Lewat Telpon Atau Sms

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 294 hits
Pertanyaan Saya dan istri saya melampiaskan kerinduan dan hasrat se ksual kami melalui telpon dan SMS dikarenakan kami berjauhan Saya jalankan segala yang ia sampaikan Apakah yang kami lakukan ini termasuk sebagai onani dan kami telah melak...
Lewat Agrobisnis Rachmat Gobel Ingin Percepat Pembangunan Di Gorontalo

Lewat Agrobisnis Rachmat Gobel Ingin Percepat Pembangunan Di Gorontalo

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 219 hits
Caleg DPR Dapil Gorontalo dari Nasional Demokrat nomor urut 1 Rachmat Gobel akan mendorong percepatan pembangunan di Gorontalo Salah satu caranya adalah dengan membuat agrobisnis di Gorontalo
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage