Bolehkah Hadir Lewat Solat Jumaat Tanpa Mendengar Khutbah








Soalan; uztaz, saya perhatikan ramai yang hadir Jumaat di hujung-hujung khutbah, jadi mereka tidak sempat mendengar khutbah, kalau dengar pun sedikit sahaja. Apa jadi pada solat jumaat mereka?
Jawapan;
Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan orang beriman (khususkan kaum lelaki) agar segera menuju ke masjid untuk mendengar khutbah apabila sahaja mendengar seruan azan untuk solat jumaat. Mereka dikehendaki meninggalkan segala urusan mereka (jual-beli dan sebagainya). Setelah selesai solat jumaat, mereka boleh kembali kepada urusan mereka. Firman Allah;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ"Wahai orang-orang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat, hendaklah kamu segera untuk mengingati Allah dan tinggalkanllah jual-beli. Itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Kemudian apabila selesai solat, bolehlah kamu bertebaran di muka bumi..." (Surah al-Jumu'ah, ayat 9 dan 10).
Menurut  ulamak; maksud segera untuk mengingati Allah dalam ayat di atas ialah; segera untuk mendengar khutbah jumaat dan melakukan solat jumaat selepasnya.(1)  
Arahan Allah "dan tinggalkanlah jual-beli" menunjukkan bahawa segala jenis akad dan mu'amalah wajib ditinggalkan apabila mendengar azan jumaat. Masih menyibukkan diri dengannya pada ketika itu adalah haram di sisi Syariat.(3). 
Menurut mazhab Syafiie; orang yang wajib menghadiri solat jumaat, apabila matahari telah tergelincir dari tengah langit, makruh dia masih berjual-beli atau melakukan sebarang urusan yang menyibukkannya dari segera hadir mendengar khutbah jumaat. Namun apabila imam sudah berada di atas mimbar dan muazzin mula melaungkan azan, segala urusan tersebut tersebut menjadi haram (berdosa).(4) Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad;jual-beli yang dilakukan setelah azan jumaat bukan sahaja haram, akan tetapi fasad (tidak sah). Menurut mazhab Syafiie; sekalipun haram, namun akad masih sah.(5)
Kesimpulannya, hadir lewat ke majlis solat jumaat hingga ketinggalan dari khutbah jumaat, perbuatan itu adalah dilarang kerana ia menyalahi arahan Allah dalam al-Quran. Adapun solat jumaat, menurut ulamak; seseorang itu dikira solat jumaatnya jika dia sempat mendapat satu rakaat bersama imam. Jika dia datang lewat hingga tidak mendapat satu rakaat bersama imam, solat jumaat tidak dikira baginya dan dia wajib menyambung solatnya menjadi solat zohor (yakni mencukupkan solat hingga 4 rakaat).(6)
Menurut fatwa Syeikh Dr. Muhammad Bakar Ismail; orang yang mengerjakan solat jumaat tanpa mendengar khutbah sedikitpun; solat jumaatnya sah, namun tidak berpahala kerana pahala solat jumaat dikira bersekali dengan mendengar khutbah. Sila baca jawapan saya sebelum ini; SOLAT JUMAAT TANPA MENDENGAR KHUTBAH.
Wallahu a'lam.
Nota;
(1) Lihat; Tafsir an-Nasafi, tafsir al-Qurtubi (pandangan Imam Ibnu al-'Arabi), Ahkam al-Quran (al-Kiya al-Harrasi), Tafsir Ayatil Ahkam (Syeikh 'Ali as-Sayis) (1/768) dan Tafsir Ayaatil Ahkam (Syeikh 'Ali as-Sobuni) (2/632)
(2) Ahkam al-Quran, al-Kiya al-Harasi (surah al-Jumu'ah, ayat 9)
(3) Tafsir Ayatil Ahkam (Syeikh 'Ali as-Sayis) (1/768)
(4) al-Majmuk, Imam an-Nawawi (4/500)
(5) Ahkam al-Quran, al-Kiya al-Harasi (surah al-Jumu'ah, ayat 9), al-Majmuk, Imam an-Nawawi (4/500-501) dan Tafsir Ayaatil Ahkam (Syeikh 'Ali as-Sobuni) (2/643)
(6) at-Taqriraat as-Sadidah (Syeikh 'Ali al-Kaf), hlm. 339
Semoga Bermanfaat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://infokasitaw.blogspot.com/2018/10/bolehkah-hadir-lewat-solat-jumaat-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Dakwa Gaji Ditolak Jika Solat Jumaat

Pekerja Dakwa Gaji Ditolak Jika Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 311 hits
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan akan menyiasat kenyataan tular di media sosial mengenai pekerja Bangladesh sebuah kilang di Labu di sini yang dikatakan terpaksa mengambil cuti dua jam bagi menunaikan solat Jumaat Pengarahnya S Tharu Ma...
Mendengar Azan Ketika Sedang Sahur Bolehkah Terus Makan

Mendengar Azan Ketika Sedang Sahur Bolehkah Terus Makan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 548 hits
Soalan kalau sedang makan sahur lepas tu bunyi azan boleh kah kita terus habiskan makanan tu Saya confuse sebab ada yang kata boleh teruskan makan walaupun azan Jawapan Jika diyakini subuh telah masuk wajib berhenti makan termasuk meluahkan...
Khutbah Jumaat 2 November 2018

Khutbah Jumaat 2 November 2018

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 357 hits
Ziarah Kebajikan Agenda keutamaan PAS Berita Dalam Negeri Wartawan BO 02 11 2018 Oleh Abdul Hafiz Ghazali KEMAMAN PAS akan terus menjadikan agenda kebajikan sebagai keutamaannya apatah lagi kini menerajui Kerajaan Negeri Terengganu Pembantu...
Bolehkah Suami Istri Melampiaskan Hasrat Seksual Mereka Lewat Telpon Atau Sms

Bolehkah Suami Istri Melampiaskan Hasrat Seksual Mereka Lewat Telpon Atau Sms

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 317 hits
Pertanyaan Saya dan istri saya melampiaskan kerinduan dan hasrat se ksual kami melalui telpon dan SMS dikarenakan kami berjauhan Saya jalankan segala yang ia sampaikan Apakah yang kami lakukan ini termasuk sebagai onani dan kami telah melak...
Cara Mudah Solat Taubat Dengan Betul

Cara Mudah Solat Taubat Dengan Betul

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 1234 hits
ASSALAMUALAIKUMSolat taubat sebenarnya bukan sahaja untuk hambaNya yang banyak melakukan dosa dosa besar malah yang diri kita hamba yang khilaf ini pun yang biasanya dosa yang kita tak nampak tapi Allah nampak sepatutnya juga untuk solat ta...
Update Stok Jam Tangan Azan Solat Harameen Julai Sale

Update Stok Jam Tangan Azan Solat Harameen Julai Sale

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 349 hits
Salam semuaSaya pernah up entri sebelum ni mengenai Harameen sale bagi bulan Julai sahaja Almaklumlan gomen sudah gaji Banyak jam azan kami khususnya Harameen 6506 dah pun habis Rugi tak grab sebabnya jam ni harganya sangatlah murah dan ber...
Bacaan Wirid Doa Selepas Solat

Bacaan Wirid Doa Selepas Solat

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 1490 hits
Ini adalah panduan wirid dan doa selepas solat Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda belajar wirid zikir dan doa selepas solat fardhu Apa yang menarik Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam doa terse...
Bayi Ini Seperti Sedang Solat Ketika M3ninggal Dunia Subhanallah

Bayi Ini Seperti Sedang Solat Ketika M3ninggal Dunia Subhanallah

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 435 hits
PETALING JAYA Saat yang paling dinanti nantikan pasangan suami isteri adalah kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kasih sayang Bayi Ini Seperti Sedang Solat Ketika M3ninggal Dunia Subhanallah
Cara Merawat Sakit Sendi Guna 2 Cara Mudah Supaya Tak Perlu Solat Duduk Lagi

Cara Merawat Sakit Sendi Guna 2 Cara Mudah Supaya Tak Perlu Solat Duduk Lagi

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 583 hits
Selalunya kita tengok orang tua tua je kan sakit sendi sampai nak sembahyang pun terpaksa duduk sebab tak larat berdiri Nak sujud pun sakit sebab sendi di lutut tu dah tak kuat Kesian tengok mak ayah kita yang selalu mengalami sakit sakit s...
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons