Letupan Sekolah Jakarta 96 Cedera Polis Siasat Motif Kejadian


Letupan Sekolah Jakarta: 96 Cedera, Polis Siasat Motif Kejadian
JAKARTA, 9 Nov (Bernama) — Dua kejadian letupan di Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 72 di Jakarta Utara pada Jumaat mencederakan 96 orang, kebanyakannya mengalami kesan lecur dan luka serpihan, menurut polis Indonesia pada Ahad.
Jumlah mangsa pada awalnya dilaporkan seramai 54 orang, namun angka itu meningkat selepas lebih ramai pelajar dan individu dikenal pasti serta menerima rawatan susulan.
Letupan berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat di masjid sekolah berkenaan, yang terletak di kompleks perumahan Tentera Laut di Kelapa Gading, menurut kenyataan polis.
“Daripada jumlah itu, seramai 29 masih dirawat di tiga hospital, manakala selebihnya telah dibenarkan keluar dan meneruskan rawatan sebagai pesakit luar,” kata Ketua Polis Negara Jeneral Listyo Sigit Prabowo selepas melawat mangsa pada Sabtu.
Sigit berkata pelajar yang terkesan menunjukkan semangat luar biasa untuk kembali ke sekolah, dan pihak polis bersama Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak merancang menubuhkan pusat trauma bagi menyokong pemulihan emosi serta kesihatan mental mereka.
Suspek berusia 17 tahun, yang juga pelajar sekolah itu telah menjalani pembedahan di kepala dan kini berada di bawah pengawasan di unit rawatan rapi. “Keadaannya beransur pulih selepas rawatan intensif, dan ini akan membantu proses siasatan sekiranya diperlukan,” kata Sigit.
Pihak berkuasa turut menjumpai serbuk mencurigakan di rumah suspek, yang kini sedang dianalisis di makmal forensik bagi menentukan jenis dan fungsinya.
Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian, termasuk kemungkinan pengaruh ideologi, pendedahan media sosial serta dakwaan bahawa suspek pernah menjadi mangsa buli.
Unit antikeganasan Densus 88 turut menyiasat kemungkinan kaitan dengan rangkaian pengganas, namun setakat ini tiada bukti yang mengesahkan perkara berkenaan, menurut kenyataan polis.
Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sementara siasatan masih dijalankan.
BACA: Ambulans Tak Dapat Lalui Jalan Rosak, Jenazah Dibawa Naik Motosikal
Sumber: BERNAMA
The post Letupan Sekolah Jakarta: 96 Cedera, Polis Siasat Motif Kejadian appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/09/letupan-sekolah-jakarta-96-cedera-polis-siasat-motif-kejadian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Sahkan Kejadian Pelajar Perempuan Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

Polis Sahkan Kejadian Pelajar Perempuan Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 166 hits
Polis Sahkan Kejadian Pelajar Perempuan Terjatuh Dari Bangunan Sekolah SHAH ALAM 31 Okt Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan tingkatan satu sebuah sekolah di daerah ini cedera selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah berke...
Remaja 17 Tahun Suspek Utama Letupan Ketika Solat Jumaat Di Jakarta Polis

Remaja 17 Tahun Suspek Utama Letupan Ketika Solat Jumaat Di Jakarta Polis

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 197 hits
Berita Harian bharianmyJAKARTA Letupan di sebuah masjid di ibu negara Indonesia yang mencederakan puluhan mangsa ketika solat Jumaat hari ini mungkin satu serangan dengan pegawai memaklumkan seorang remaja berusia 17 tahun dikenal pasti seb...
Polis Siasat Laporan Ibu Dakwa Anak Cedera Dikelar

Polis Siasat Laporan Ibu Dakwa Anak Cedera Dikelar

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 175 hits
Polis Siasat Laporan Ibu Dakwa Anak Cedera Dikelar BATU PAHAT 27 Okt Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera di leher dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam di Parit Ra...
Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 217 hits
KUANTAN Seorang lelaki maut tiga termasuk kanak kanak perempuan cedera manakala dua selamat dalam nahas melibatkan dua kereta di laluan berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab pada Ahad Kemalangan yang dilaporkan jam 4 38 petang ...
6 Migran Maut 3 Cedera Selepas Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik Ketika Dikejar Polis

6 Migran Maut 3 Cedera Selepas Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik Ketika Dikejar Polis

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 191 hits
Buletin TV3 nbsp FOTO FacebookSOFIA Enam migran terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila sebuah kereta yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam sebuah tasik semasa dikejar polis berhampiran bandar pelabuhan Burgas timur Bulgaria l...
Pelumba Haram Dikejar Polis Rempuh Bar 6 Hilang Nyawa Dan 11 Cedera

Pelumba Haram Dikejar Polis Rempuh Bar 6 Hilang Nyawa Dan 11 Cedera

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 154 hits
KOSMOKereta milik suspek yang remuk selepas melanggar sebuah bar di Tampa Florida Fox 13TAMPA FLORIDA Sekurang kurangnya empat orang meninggal dunia manakala 11 lagi cedera apabila kenderaan yang hilang kawalan merempuh sebuah bar di negeri...
Insiden Juru Dendam Dipercayai Motif Polis

Insiden Juru Dendam Dipercayai Motif Polis

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 157 hits
Insiden Juru Dendam Dipercayai Motif Polis BUKIT MERTAJAM 30 Okt Pembunuhan seorang wanita dan anak angkatnya di Kampung Sekolah Juru di sini pada 18 Okt didapati bermotifkan dendam kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail Beliau y...
Polis Siasat Kes Tular Curi Dompet Wanita Di Bukit Bintang

Polis Siasat Kes Tular Curi Dompet Wanita Di Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 190 hits
Noor Hidayah TanziziTangkap layar daripada video tular menunjukkan lelaki dipercayai membuka beg sandang wanita dan mengambil dompetnya yang mempunyai wang tunai dan dinar emas KUALA LUMPUR Polis mengesahkan menerima laporan kecurian membab...
Dendam Dipercayai Motif Dua Beranak Dibunuh Polis

Dendam Dipercayai Motif Dua Beranak Dibunuh Polis

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 161 hits
BERNAMALOKASI dua beranak yang ditemukan mati dibunuh dalam keadaan tragis di Kampung Sekolah Juru FOTO Arkib NSTP Bukit Mertajam Pembunuhan seorang wanita dan anak angkatnya di Kampung Sekolah Juru di sini pada 18 Oktober didapati bermotif...
Our November Floods Prove That We Need Stronger Sustainability Governance

Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

How To Fully Secure Your Cloud Accounts And Prevent Data Leaks

Dapat Ipad Dari Tm Untuk Ikat Kontrak Internet 3 Tahun

Sesi Temu Ramah Aysar Hadi Shapri Persiapan Dan Harapan Menjelang Aksi Penuh Cabaran

Pasaran Merosot Sebagai Tindak Balas Kepada Isyarat Yang Membimbangkan

Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

Sebelum Musibah Menimpa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menyembunyikan Ilmu Adalah Berdosa

How 2025 S Outdoor Gear Innovations Are Changing The Game For Wilderness Survival

Kenapa Ada Orang Susah Nak Move On Walaupun Katanya Dah Maafkan

Buasir Otak Tv Arnab Comel Makan Bendi Be Like

Art Bell 1

Why Most New Vapers Pick Disposable Pods Without Research