Letupan Di Lubnan Tiada Kaitan Aktiviti Keganasan Pakar


Kuala Lumpur:  Insiden letupan besar di Beirut, Lubnan tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan sebaliknya berkemungkinan akibat kegagalan kerajaan negara itu mengawal dan menguruskan bahan letupan amonium nitrat dengan baik.
Pakar Kajian Strategik dan Antikeganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Profesor Madya Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata lebih memburukkan keadaan, negara itu mempunyai pelbagai masalah dalaman menjadikan situasi di Lubnan semakin mencengkam seterusnya memberi kesan yang besar.
“Apa berlaku di Beirut merupakan satu malapetaka besar, ini kerana negara itu sebenarnya mempunyai pelbagai masalah terutama perang saudara selama 15 tahun, ditambah dengan isu kemiskinan yang mana Lubnan juga antara negara miskin kerana hampir 50 peratus rakyat mereka berada pada paras kemiskinan.
“Negara itu juga mempunyai hutang yang sangat besar, ditambah pula dengan isu lain seperti pembunuhan bekas Perdana Menteri Rafiq Hariri pada 2005 dan Perdana Menterinya yang baharu, Hamad Hassan menghadapi pelbagai isu dalaman politik selain isu COVID-19,” katanya ketika dihubungi semasa program ‘Malaysia Petang Ini’ terbitan Bernama TV hari ini.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan insiden letupan itu akan memberi peluang kepada kumpulan pengganas dan pihak yang tidak bersekutu dengan Lubnan untuk menyerang negara tersebut dalam tempoh ini.
Pakar Pengurusan Projek dan Bahan Tahan Impak Letupan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Profesor Madya Ir Dr Mohammed Alias Yusof pula tidak menolak kemungkinan letupan yang berlaku adalah disebabkan kebakaran dan letupan kecil pada amonium nitrat yang disimpan dalam gudang.
Beliau berkata ammonium nitrat, yang merupakan komponen utama baja dan digunakan dalam industri pertanian, mudah terbakar dan ia tidak boleh meletup tanpa peledak.
“Kemungkinan disebabkan ada bahan letupan dalam kuantiti yang banyak disimpan di bawah gudang dan ia mengeluarkan gas atau gelombang pada kelajuan amat tinggi seterusnya meranapkan bandar dan kawasan sekelilingnya,” kata beliau.
Media antarabangsa hari ini melaporkan dua letupan besar menggegarkan Pelabuhan Beirut, Lubnan pada Selasa menyebabkan sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh dan lebih 3,000 lagi cedera.
Letupan itu, yang berlaku di sebuah gudang di Pelabuhan Beirut pada kira-kira 6.10 petang waktu tempatan, menggegarkan hampir kesemua bangunan di seluruh bandar selain menyebabkan banyak nyawa terkorban dan kerosakan.
Punca sebenar letupan belum diketahui namun Menteri Dalam Negeri Mohammad Fahmi berkata ia mungkin disebabkan bahan kimia yang disimpan di gudang pelabuhan itu meletup.
— BERNAMA
The post Letupan Di Lubnan Tiada Kaitan Aktiviti Keganasan – Pakar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/08/05/letupan-di-lubnan-tiada-kaitan-aktiviti-keganasan-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Letupan Lubnan Lebih 100 Orang Maut

Letupan Lubnan Lebih 100 Orang Maut

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 514 hits
Beirut Angka korban akibat letupan di letupan di pelabuhan di sini meningkat kepada lebih 100 orang lapor Palang Merah Lubnan Menurut organisasi itu tragedi berkenaan juga menyebabkan lebih 4 000 orang cedera Bagaimanapun angka kematian dan...
Gambar Letupan Besar Di Beirut Lubnan

Gambar Letupan Besar Di Beirut Lubnan

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 521 hits
Gambar Letupan Besar Di Beirut Lubnan Kebakaran di sebuah gudang menyimpan bahan letupan di Pelabuhan Beirut menyebabkan satu letupan besar di wilayah itu semalam Reuters melaporkan 78 terkorban dan hampir 4 000 cedera dan jumlah itu dijang...
73 Maut Dalam Letupan Di Pelabuhan Lubnan Video

73 Maut Dalam Letupan Di Pelabuhan Lubnan Video

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 410 hits
Beirut Dua letupan kuat menggegarkan Beirut pada Selasa sehingga mengakibatkan kira kira 73 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 2 000 cedera Dalam kejadian kira kira 6 petang letupan dipercayai berlaku di pelabuhan bukan sahaja me
Ammonium Nitrat Punca Letupan Lubnan Metrotv

Ammonium Nitrat Punca Letupan Lubnan Metrotv

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 423 hits
Washington Ammonium nitrat yang didakwa menjadi punca letupan di Beirut lazimnya digunakan sebagai baja Bahan tidak berbau itu juga sudah menjadi penyebab kepada banyak kejadian letupan dalam tempoh beberapa dekad lalu Ia dikatakan menjadi ...
Tiada Tentera Malaysia Terjejas Dalam Letupan Beirut Kedutaan Lubnan

Tiada Tentera Malaysia Terjejas Dalam Letupan Beirut Kedutaan Lubnan

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR 5 Ogos Kedutaan Lubnan di Malaysia mengesahkan tiada tentera Malaysia yang ditugaskan di bawah Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu terjejas oleh letupan besar di sebuah gudang di kawasan Pelabuhan Beirut ...
Letupan Di Beirut Lubnan Disifatkan Terkuat Dalam Dekad Ini Video

Letupan Di Beirut Lubnan Disifatkan Terkuat Dalam Dekad Ini Video

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 636 hits
Apa yang saya rasa adalah seperti gempa bumi menurut saksi Rania Masri dipetik dari CNN Pangsapuri ini bergegar secara melintang dan tiba tiba rasanya seperti letupan dan tingkap serta pintu terbuka Cermin pecah Begitu banyak rumah telah ro...
Letupan Misteri Gegar Bandar Di Lubnan Orang Awam Bertempiaran Lari Selamatkan Diri

Letupan Misteri Gegar Bandar Di Lubnan Orang Awam Bertempiaran Lari Selamatkan Diri

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 587 hits
Satu letupan telah mengegarkan pusat bandar Beirut Lubnan hari ini telah memusnahkan beberapa bangunan yang berada di sekitar bandar negara tersebut Walaubagaimanapun punca letupan yang berlaku di ibu negara Lubnan masih tidak jelas Menurut...
Bukan Semua Aktiviti Sesuai Untuk Si Kecil Autisme Pakar Ini Kongsi 7 Cara Sesuai Untuk Mereka

Bukan Semua Aktiviti Sesuai Untuk Si Kecil Autisme Pakar Ini Kongsi 7 Cara Sesuai Untuk Mereka

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 316 hits
Anak austime juga seperti anak anak normal lain Mereka juga memerlukan rangsangan aktiviti untuk perkembangan mental dan fizikalnya Namun aktiviti bermain selalunya sukar bagi anak anak autistik ini peluang pembelajaran sambil bermain menja...
Soulofjohor Pray4lubnan 2 Letupan Kuat Gegar Lubnan Puluhan Maut

Soulofjohor Pray4lubnan 2 Letupan Kuat Gegar Lubnan Puluhan Maut

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 349 hits
BEIRUT Mereka yang bertanggungjawab menyebabkan dua letupan kuat sehingga menggegarkan ibu kota Beirut tidak akan terlepas dan akan menerima balasan kata Perdana Menteri Lubnan Hassan Diab Beliau turut memberi jaminan kerajaan akan membawa ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams