Letih Dan Tertekan 400 Doktor Letak Jawatan



PETALING JAYA: Seramai 400 orang doktor lantikan kontrak di seluruh negara terutamanya di Lembah Klang mengambil keputusan berhenti sejak Januari lalu akibat terlalu letih dan mengalami tekanan mental mengharungi tempoh pandemik Covid-19 yang panjang.
Malah, isu kekurangan tenaga kerja dan hospital-hospital yang penuh sehingga tidak lagi dapat menampung pesakit Covid-19 terutamanya di Lembah Klang turut menjadi punca tindakan itu.
Buat masa ini dianggarkan 23,000 orang pegawai perubatan berstatus kontrak yang sedang berkhidmat di hospital-hospital awam seluruh negara.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Subramaniam Muniandy berkata, kebanyakan pegawai perubatan terbabit terpaksa melepaskan jawatan kerana tidak sanggup menanggung tekanan yang dialami.
Katanya, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan angka tersebut akan berlaku peningkatan berikutan masih belum ada lagi penyelesaian kepada permohonan mereka diserap ke jawatan tetap.
“Mereka letak jawatan kerana tidak boleh bekerja akibat terlalu letih. Bahkan, mereka tidak melihat ia akan mendatangkan sebarang faedah kepada diri dan masyarakat. Itu yang boleh mendatangkan tekanan kepada mental.
“Hospital-hospital di sekitar Lembah Klang menghadapi jumlah pesakit Covid-19 yang terlalu tinggi. Mereka bekerja tanpa rehat yang cukup sehinggakan mereka menjadi letih dan fed up,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Terdahulu, tular beberapa doktor tampil dalam media sosial mengesahkan bahawa doktor di Lembah Klang didakwa berhenti dan melepaskan jawatan akibat tertekan dengan pandemik Covid-19.
Dr. Subramaniam berkata, ini berikutan doktor yang berstatus kontrak hanya ditawarkan tempoh lanjutan kontrak dan bukannya perjawatan tetap.
“Ini membuatkan mereka berhenti apabila beberapa tuntutan tidak dipenuhi dan tidak merasakan faedah tanpa perjawatan tetap,” katanya.
Menurut beliau, pihaknya sentiasa mengambil maklum nasib yang menimpa mereka, tetapi menasihatkan kepada mereka untuk terus bersabar.
“Kita tidak sokong dengan apa-apa gerakan, tetapi kita minta semua terus bersabar kerana wabak Covid-19 masih melanda negara,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, disiplin dan komitmen rakyat adalah perkara paling penting supaya tidak mengakibatkan sistem perkhidmatan di sesebuah tempat itu ‘lumpuh’.
Katanya, semua pihak perlu mempertimbangkan perkara itu kerana petugas-petugas barisan hadapan juga mempunyai had mereka berikutan pandemik yang melanda negara sudah menjangkau hampir dua tahun.
“Dia (petugas barisan hadapan) juga manusia, jika mereka tidak mampu dari segi psikologi dan fizikal, mereka juga tidak mampu bertahan.
“Kita mengharap kepada kerajaan, kerajaan itu siapa? Mereka ini petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang ada had. Jadi kita kena memahami.
“Kita duduk seminggu dalam rumah tak buat apa-apa pun sudah tidak mampu, apatah lagi mereka (petugas barisan hadapan) tidak tidur bahkan hendak solat susah dengan pakaian (berlapis-lapis). Pakai selapis juga sudah berpeluh, inikan dua tiga lapis,” katanya.
Tambah Ahmad Shukri, semua pihak kini hanya boleh mengharapkan program suntikan vaksinasi yang cepat dan pantas supaya dapat mencapai imuniti kelompok.
“Jadi apabila satu pertiga suku rakyat di sesuatu kawasan itu (lengkap vaksinasi), maknanya kita akan dapat melihat kes (jangkitan) menurun, walaupun tidak drastik tetapi akan menurun.
“Paling penting adalah statistik kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan kematian menurun walaupun kes meningkat kerana ia (kes) boleh diuruskan sekiranya masih di tahap satu atau dua serta tidak sampai ke tahap empat atau lima,” katanya. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/08/gara-gara-terlalu-letih-dan-tertekan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Ahli Parlimen Umno Setuju Ahmad Zahid Perlu Letak Jawatan

30 Ahli Parlimen Umno Setuju Ahmad Zahid Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 276 hits
bebasnews myBy 06 08 2021SHAH ALAM Seramai 30 Ahli Parlimen UMNO didakwa bersetuju supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO demi kebaikan parti tersebut Menurut laporan Astro Awani Ahli Majlis Tert...
Terkini Datuk Seri Dr Noraini Ahmad Letak Jawatan Selaku Menteri Pengajian Tinggi

Terkini Datuk Seri Dr Noraini Ahmad Letak Jawatan Selaku Menteri Pengajian Tinggi

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 381 hits
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad disahkan telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri di dalam Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta merta
Surat Umno Tular Tuntut Ahli Parlimen Tarik Sokongan Letak Jawatan

Surat Umno Tular Tuntut Ahli Parlimen Tarik Sokongan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 408 hits
Oleh ASLINDA NASIR KUALA LUMPUR Surat yang dipercayai dikeluarkan pejabat Setiausaha Agung UMNO kini tersebar dalam media sosial malam ini Surat bertarikh 5 Ogos itu difahamkan sudah dihantar kepada semua Ahli Parlimen UMNO dengan membangki...
Tular Surat Umno Kepada Menteri Timbalan Menteri Tuntut Letak Jawatan Segera

Tular Surat Umno Kepada Menteri Timbalan Menteri Tuntut Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 605 hits
agendadaily comSurat yang sedang tular dalam media sosial Sepucuk surat dikeluarkan pejabat Setiausaha Agung UMNO sedang tular dalam media sosial yang dihantar kepada semua Ahli ahli Parlimen parti itu termasuk Menteri dan Timbalan Menteri ...
Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad Pula Letak Jawatan

Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad Pula Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 349 hits
Malaysiakini Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad hari ini menjadi anggota kabinet terbaru daripada Umno meletakkan jawatan Noraini berkata tindakan itu diambil selaras dengan keputusan Majlis tertinggi Umno yang telah menarik sokongan te...
Zahid Hamidi Perlu Letak Jawatan Bukan Ismail Sabri Khianati Parti

Zahid Hamidi Perlu Letak Jawatan Bukan Ismail Sabri Khianati Parti

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 321 hits
Kartini berkata Ahmad Zahid kini seolah olah menjadi diktator yang cuba mengarah apa yang perlu ahli buat dan turuti KUALA LUMPUR Tidak wajar untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu mengenakan tindakan ke atas Datuk Seri Ismail Sabri Yaako...
Tidak Benar Timbalan Menteri Alam Sekitar Dan Air Letak Jawatan

Tidak Benar Timbalan Menteri Alam Sekitar Dan Air Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 396 hits
Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad Timbalan Menteri Alam Sekitar dan AirKUALA LUMPUR Peletakan jawatan seorang senator dari UMNO Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad sebagai Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air adalah tidak benar Perkara itu yan...
Ketua Pemuda Umno Sabah Letak Jawatan Pengarah Boustead Plantation

Ketua Pemuda Umno Sabah Letak Jawatan Pengarah Boustead Plantation

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 372 hits
Abdul Aziz Julkarnain KOTA KINABALU Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Aziz Julkarnain menjadi pemimpin parti terbaru parti itu yang meletakkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan Dia meletakkan jawatan sebagai pengarah bebas dan bukan eks...
Noraini Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi Maszlee Ucap Tahniah

Noraini Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi Maszlee Ucap Tahniah

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 345 hits
Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad atas peletakan jawatannya sebentar tadi Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam Johor itu menyampaikan ucapan tersebut menerusi laman T...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean