Lepas Ni Kena Beli 2 Present Kongsi Tarikh Lahir Yang Sama Shahiezy Sam Hadiahkan Mummy Khaty Baby Girl
Selepas memiliki seorang anak lelaki comel, Syeriv, pasangan pelakon Shahiezy Samdan Syatilla Melvin dikurniakan seorang anak perempuan pula hari ini. Shahiezy Sam menerusi Instagram kongsi momen terindah dan pada hari ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiran ibunya, Khaty Fauziah. Memang kebetulan!
Kongsi tarikh birthday yang sama
Tidak lagi bertiga
Sihat gebu anak perempuan aku
Anugerah tak ternilai
Tahniah kami ucapkan atas kelahiran anak kedua pasangan pelakon ini. Nanti jangan lupa kongsi foto anak yang putih gebu itu ye.
Sumber: Shahiezy Sam, SyatillaMelvin via OHBULAN
“Alhamdulilah Baby Girl Kami Dah Keluar,”- Syatilla Melvin Selamat Lahir Bayi Kedua
Terbaru, pelakon Syatilla Melvin telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Syatilla Melvin atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi keduanya bersama peminat.
“Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq sihat gebu anak pompuan aku tadi sempat laaa buat tutorial makeup dlm oT roomthank u sygku sezzy seng sentiasa di sisi #kekaSih”tulisnya.
View this post on Instagram
Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq
sihat gebu anak pompuan aku
tadi sempat laaa buat tutorial makeup dlm oT room
thank u sygku sezzy seng sentiasa di sisi
#kekaSih @kpjampangputeri the best
A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on Apr 16, 2019 at 8:19pm PDT
Bayi kedua pasangan ini telah selamat dengan selamat pagi tadi pada jam 9.15 pagi.
“WE ARE NO LONGER 3 . ALHAMDULILLAH!!! Thank u so much everyone 17/04/19, 9:15am #BabyGirl #SS”tulisnya.
View this post on Instagram
WE ARE NO LONGER 3
. ALHAMDULILLAH!!! Thank u so much everyone
17/04/19, 9:15am #BabyGirl #SS #KPJAmpangPuteri
A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on Apr 16, 2019 at 8:20pm PDT
Terdahulu, pasangan pelakon ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.
MH mengucapkan tahniah kepada Sam dan Syatilla.
Syatilla Melvin hamil anak kedua selepas gugur Julai lalu
JIKA kakak iparnya iaitu pelakon Zizie Ezette mengumumkan hamil anak ketiga, pelakon Syatilla Melvin juga mempunyai berita gembira apabila dia kini sedang hamil anak kedua yang sudah memasuki dua bulan.
Syatilla, 26, berkata dia dan suaminya, Shaheizy Sam tidak menjangka kehamilan secepat ini memandangkan dia pernah mengalami keguguran pada Julai lalu.
“Kandungan saya sudah memasuki dua bulan. Alhamdulillah ini adalah rezeki Allah. Ye la, sebelum ini kan saya pernah keguguran.
“Memang saya dan Sam tak jangka pun akan secepat ini lekat. Tapi sudah rezeki kami berdua,” kata Syatilla kepada mStar Online.
Syatilla berkongsi berita gembira sedang hamil di laman sosial.
Pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini turut berkongsi berita gembira itu di laman sosialnya dengan memuat naik foto imbasan ultrabunyi.
Menurut Syatilla, kehamilan itu merupakan hadiah hari kelahiran buat suaminya yang ke 36 tahun, disambut pada Selasa.
“Alhamdulillah tak putus rezeki Allah bagi. Ada hikmah bulan lepas Tilla gugur sebab mungkin Allah nak bagi hadiah hari jadi kat baby besar ni.
“Hari lahir laki ku (suami). Sama-sama doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluar tengok dunia nanti. Amin ya rab,” katanya.
Rata-rata pengikut di laman sosialnya mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan mendoakan agar kandungannya dalam keadaan baik.
Ahli keluarga Sam dan Syatilla bakal bertambah pada tahun hadapan.
Sebelum ini, Syatilla pernah meluahkan rasa kecewa apabila hasrat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran.
Pelakon drama bersiri Sha dan Shah yang hamil enam minggu ketika itu mengalami pendarahan yang teruk selepas melakukan kerja rumah.
Untuk rekod, Syatilla pernah mengalami keguguran sebelum dia mengandungkan anak sulungnya, Syeriv Samheizy.
Bagaimanapun, rezekinya untuk menimang cahaya mata dipermudahkan apabila disahkan hamil sebulan kemudian.
Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Mei 2017.
Foto : Instagram Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
Sumber : Media Hiburan
The post “Lepas Ni Kena Beli 2 Present..”– Kongsi Tarikh Lahir Yang Sama, Shahiezy Sam Hadiahkan Mummy Khaty Baby Girl appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/04/17/lepas-ni-kena-beli-2-present-kongsi-tarikh-lahir-yang-sama-shahiezy-sam-hadiahkan-mummy-khaty-baby-girl/