Lepas Kapal Perang Indonesia Hantar 4 Jet Pejuang Menghadap China Di Kepulauan Natuna
Angkatan udara Indonesia mengerahkan empat jet pejuang ke Laut China Selatan susulan pertikaian dengan China selepas negara itu membantah pelanggaran China terhadap zon ekonomi eksklusifnya.
Pertikaian bermula pertengahan Disember lalu selepas kapal pengawal pantai China mengiringi kapal nelayan negara itu memasuki perairan di kepulauan Natuna di utara Indonesia, yang menyebabkan Jakarta memanggil segera duta besar Beijing.
Isu ini telah memudaratkan hubungan persahabatan Indonesia dengan China, rakan perdagangan terbesarnya dan pelabur utama di negara terbesar di Asia Tenggara.
Fajar Adriyanto, jurucakap tentera udara, berkata empat jet F-16 telah melakukan penerbangan ke pulau-pulau.
“Mereka melakukan rondaan untuk melindungi kawasan kedaulatan kita, Jadi mereka melakukan rondaan di Natuna,” kata Adriyanto.
Tambahnya lagi mereka tidak menerima arahan untuk memulakan peperangan dengan China.
Laut China Selatan adalah laluan perdagangan global dengan kawasan perikanan dan rizab tenaga yang kaya.
China mendakwa sebahagian besarnya berdasarkan apa yang dikatakannya adalah aktiviti bersejarahnya. Tetapi negara-negara Asia Tenggara, yang disokong oleh Amerika Syarikat dan kebanyakan negara lain, berkata tuntutan tersebut tidak mempunyai asas undang-undang.
Indonesia mengerah kapal nelayannya ke wilayah Natuna utara serta beberapa kapal angkatan lautnya.
“Membuka saluran diplomatik dengan Indonesia sejak insiden terbaru itu dan kedua-dua negara bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan kestabilan serantau”, kata Geng Shuang, Kementerian Luar China.
Menurut data dari Trafik Maritim, laman web pengesan kapal, sekurang-kurangnya dua kapal China – Zhongguohaijing dan Haijing 35111 – berada di perairan di zona ekonomi eksklusif Indonesia, kira-kira 200km (124 batu) dari Kepulauan Riau di Indonesia.
Sumber: Reuters
The post Lepas Kapal Perang, Indonesia Hantar 4 Jet Pejuang ‘Menghadap’ China Di Kepulauan Natuna appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/01/07/lepas-kapal-perang-indonesia-hantar-4-jet-pejuang-menghadap-china-di-kepulauan-natuna/