Lepas Kangkung Kini Kunyit Pula Dikatakan Boleh Ubati Koronavirus


Kunyit baik untuk kesihatan, ini memang sudah terbukti oleh kajian saintifik yang dijalankan terhadapnya.
Namun, adakah ia boleh digunakan untuk menghalang kemaraan wabak virus novel korona (COVID-19) yang tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti menular?

Walaupun jumlah mereka yang berjangkit telah melebihi 75,000 individu, namun pihak berkuasa China boleh menarik nafas lega berikutan 23,000 daripada pesakit wabak tersebut telah disahkan sembuh. Walau bagaimanapun ia tidak bermakna langkah pencegahan tidak perlu diambil.
Jika tiada usaha yang diteruskan untuk membendung wabak ini, jumlah mereka yang dijangkiti akan terus meningkat bersama dengan jumlah kematian.
Kunyit telah diuar-uarkan di sebuah pusat pengajian di Indonesia sebagai salah satu herba yang boleh melawan jangkitan wabak virus novel korona. Adakah ia benar? Baca artikel ini untuk penjelasan selanjutnya.
Betul ke kunyit boleh cegah virus novel korona?
Kunyit hidup
Kunyit hidup bukanlah satu bahan masakan yang asing lagi. Namun, jika dikaitkan dengan wabak virus novel korona yang melanda, jawapannya sama dengan sayur kangkung yang dikatakan boleh mengubati wabak tersebut. Tiada kajian yang menunjukkan bahawa ia berkebolehan untuk berbuat demikian.
Jadi bagaimana boleh timbulnya ura-ura ini? Berita berkenaan dengan kebolehan kunyit ini tersebar berikutan penyelidikan yang dilakukan oleh pensyarah biologi molekular dan biokimia Chaerul Anwar Nidom di Universiti Airlangga (UNAIR).
Setakat ini, tiada dapatan yang telah dikeluarkan secara rasmi dan menurut Nidom, persoalan wabak tersebut mungkin tidak akan terjawab memandangkan kajian beliau berlangsung sebelum wabak virus tersebut menular.

Namun begitu, ini tidak bermakna herba tersebut tidak boleh menghalang jangkitan virus novel korona daripada berlaku. Terdapat banyak khasiat kunyit hidup yang pernah disahkan oleh kajian-kajian saintifik sebelum ini.
Antaranya adalah kunyit berupaya untuk menangkis fenomena ribut sitokin yang sering berlaku pada mereka yang dijangkiti oleh virus. Ribut sitokin adalah keadaan di mana tindak balas sistem pertahanan badan terhadap penceroboh seperti bakteria dan virus berlaku pada paras yang sangat tinggi.
Penghasilan bahan kimia tersebut boleh menyebabkan proses keradangan berlaku di serata tempat dan menghalang tisu dan organ seperti paru-paru berfungsi dengan betul. Perkara ini bukan sahaja boleh menyebabkan simptom yang teruk, malah kematian.
Kebolehan kunyit hidup dalam menghalang perkara ini berlaku telah pun dibuktikan melalui kajian yang dijalankan pada tahun 2014. Dapatan kajian tersebut menunjukkan kunyit boleh menghalang penghasilan sitokin IL-6 dan IL-10 yang menjadi kunci kepada proses keradangan.
Ia juga merupakan bahan yang mempunyai fungsi antiviral yang sangat luas di samping selamat untuk diambil pada dos yang tinggi.
Khasiat kunyit untuk kesihatan manusia
Herba
Kunyit mengandungi bahan yang dikenali sebagai kurkumin. Ia memberikan warna kuning kepada kunyit dan merupakan komponen bioaktif utama dalam memberikan kesan positif terhadap proses fisiologi di dalam badan.
Kebanyakan herba seperti kunyit hidup, temulawak dan halia yang mengandungi kurkumin tumbuh di rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan. Di negara-negara Eropah, kunyit sering digunakan untuk mewarnai kain dan produk pakaian manakala di Asia pula, kegunaan herba tersebut lebih tertumpu sebagai bahan masakan.
Selain daripada menjadi bahan penting untuk resepi masakan tertentu, kunyit mempunyai kebaikannya yang tersendiri daripada sudut kesihatan. Kurkumin yang terkandung di dalam kunyit mempunyai keupayaan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser.
Kebanyakan ahli akademik giat melakukan kajian makanan herba terhadap risiko untuk mendapat kanser. Bukan sahaja kurkumin berkesan dalam merencat pertumbuhan sel kanser, ia juga boleh menghalang pembentukan salur darah baharu yang membekalkan nutrisi kepada sel tumor.
Kajian yang dijalankan di Universiti Illinois, Chicago pada tahun 2011 telah menunjukkan bahawa bahan bioaktif yang terdapat pada kunyit boleh menghalang pertumbuhan kanser kolorektal.
Jika bahan yang mengandungi kurkumin diambil sebanyak 4 gram sehari, kadar penurunan risiko kanser usus besar meningkat kepada 40%. Ia merupakan satu langkah pencegahan yang mudah terutamanya bagi orang Asia memandangkan kunyit sering digunakan dalam masakan.
Kunyit juga berupaya untuk menggalakkan pertumbuhan sel saraf baharu bagi mengelakkan berlakunya masalah degeneratif otak seperti penyakit Alzheimer. Pengambilannya pada kadar saranan boleh mempengaruhi kekuatan memori.
Kunyit boleh halang penyebaran virus korona?
Kunyit
Tiada kajian yang menunjukkan, secara objektifnya, kunyit berupaya untuk menghalang penyebaran virus. Namun, itu tidak bermakna ia tidak boleh menghalang berlakunya jangkitan terhadap individu yang mengambilnya secara kerap.
Kekuatan sistem pertahanan badan memainkan peranan penting dalam menghalang berlakunya jangkitan. Terdapat banyak herba yang mampu memperkukuhkan fungsi sistem imun individu. Ini termasuklah kayu manis, teh hijau dan kunyit.
Setakat ini, pelbagai jenis kajian telah menunjukkan kurkumin berupaya untuk menghalang berlakunya jangkitan oleh virus hepatitis, virus Zika dan virus influenza. Namun, pemberian kepada pesakit bagi merawat atau menghalang berlakunya jangkitan tanpa penjelasan saintifik yang kukuh dianggap tidak beretika.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menggalakkan setiap individu untuk mencuci tangan menggunakan air dan sabun sebagai langkah utama bagi membasmi wabak virus novel korona.
Langkah lain yang boleh diambil adalah seperti berikut:
-Pakai topeng muka sekiranya anda sakit dan perlu keluar ke kawasan awam
-Amalkan etika bersin/ batuk yang betul
-Jangan mengambil makanan eksotik seperti daging ular, kelawar ataupun tenggiling
-Jika anda mengalami simptom seperti batuk, selesema dan demam, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan
Mungkin ada yang beranggapan bahawa kunyit dapat melindungi individu daripada wabak virus novel korona. Namun masih tiada lagi bukti saintifik yang menunjukkan ia mampu berbuat sedemikian.
Sumber: Hello Doktor
The post Lepas Kangkung, Kini Kunyit Pula Dikatakan Boleh Ubati Koronavirus appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-kangkung-kini-kunyit-pula-dikatakan-boleh-ubati-koronavirus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beberapa Album Filem Animasi Studio Ghibli Kini Boleh Distrim Menerusi Spotify Malaysia

Beberapa Album Filem Animasi Studio Ghibli Kini Boleh Distrim Menerusi Spotify Malaysia

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 246 hits
Filem animasi Studio Ghibli ialah antara studio yang paling disegani di dunia kerana menghasilkan banyak filem yang mencapai tahap klasik Kebanyakan filem klasik ini diarahkan oleh Hayao Miyazaki yang menerima jolokan Walt Disney Asia Bagi ...
Google Assistant Kini Boleh Membaca Laman Web Menerusi Arahan Suara

Google Assistant Kini Boleh Membaca Laman Web Menerusi Arahan Suara

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 254 hits
Bangsa membaca ialah bangsa yang melawan Tetapi akui sahaja kebanyakan di antara kita tidak mempunyai masa untuk membaca kerana kesibukan di tempat kerja dan kurangnya masa lapang Google hari ini memperkenalkan ciri baru pada Google Assista...
Iphone Kini Boleh Menggunakan Sistem Operasi Android Menerusi Project Sandcastle

Iphone Kini Boleh Menggunakan Sistem Operasi Android Menerusi Project Sandcastle

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 244 hits
Di pasaran gelap anda boleh membeli sebuah iPhone palsu yang sebenarnya menggunakan sistem operasi Android yang telah diubahsuai Antara peranti klon yang pernah kami laporkan ialah yang lalu Tetapi kini anda boleh mengubah sebuah iPhone asl...
Aplikasi Google Kini Boleh Terus Membuka Tab Inkognito Pada Chrome

Aplikasi Google Kini Boleh Terus Membuka Tab Inkognito Pada Chrome

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 202 hits
Aplikasi Google adalah hab peribadi untuk semua pengguna Android Ia hadir dengan pelbagai berita yang sesuai dengan citarasa pengguna notifikasi harian kawalan peranti berhubung cuaca suhu dan banyak lagi Ia adalah hab semua berkait dengan ...
Dr M Kini Kata Ada Sokongan Majoriti Lepas Ph Kembali Sokong

Dr M Kini Kata Ada Sokongan Majoriti Lepas Ph Kembali Sokong

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 223 hits
Malaysiakini Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau kini mempunyai angka mencukupi untuk membentuk kerajaan baru Ini selepas beliau bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan pagi ini Saya yakin bahawa saya mempu...
Ph Kini 3 Parti Tapi Masih Boleh Bincang Dengan Dr M Anwar

Ph Kini 3 Parti Tapi Masih Boleh Bincang Dengan Dr M Anwar

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 295 hits
Kow Gah Chie Low Choon Chyuan Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan sekarang hanya mempunyai tiga parti berikutan pengunduran Bersatu daripada gabungan itu Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Dr Mahathir Mohamad mas...
Kini Anda Boleh Tukar Mata Ganjaran Diantara Sunway Pals Dan Malaysia Airlines Enrich Miles

Kini Anda Boleh Tukar Mata Ganjaran Diantara Sunway Pals Dan Malaysia Airlines Enrich Miles

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 183 hits
Kini Anda Boleh Tukar Mata Ganjaran Diantara Sunway Pals Dan Malaysia Airlines Enrich Miles Assalammualaikum semua Berita gembira buat anda yang suka membeli belah di Sunway Anda boleh kumpul mata ganjaran dan seteruskan tukar ke Enrich Mil...
Kini Anda Boleh Melakukan Penyelenggaraan Kereta Bmw Terus Di Rumah

Kini Anda Boleh Melakukan Penyelenggaraan Kereta Bmw Terus Di Rumah

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 306 hits
Bagi para pemilik kenderaan salah satu perkara yang mungkin tidak begitu digemari adalah perlu ke pusat khidmat kenderaan selepas suatu ketika untuk melakukan penyelenggaraan kenderaan Proses ini mungkin mengambil masa yang sedikit lama sel...
Kabinet 55 Orang Umno Pas Bising Kabinet 70 Orang Boleh Pula

Kabinet 55 Orang Umno Pas Bising Kabinet 70 Orang Boleh Pula

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 204 hits
Kabinet Muhyiddin Yassin yang diumumkan semalam menjadi buah mulut rakyat Keanggotaan seramai 70 orang menteri dan timbalan menteri adalah sangat besar Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah mengecilkan saiz kabinet menjadi hanya 55 ora...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Eugene Levy S Toronto

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Asal Usul Coca Cola

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Kenal Pasti Potensi Pembangunan Sekitar Stesen Ecrl

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

6 Pegawai Kanan Dan Anggota Polis Ditahan Semula Mengikut Sosma

Apple Dilaporkan Meminta Maaf Atas Iklan Kontroversial Ipad Pro Nya

Kopi Saigon Indera Mahkota 7 Catat Jualan Tertinggi Daripada 100 Cawangan Seluruh Negara

Dua Kali Melalui Proses Bedah Bukan Mudah Shila Amzah Tak Dapat Melahirkan Secara Normal Bayi Dah Terbelit Tali Pusat

Liyana Jasmay Bakal Keluar Dua Single Baharu Rakam Lagu Di Jakarta Saya Taknak Mv Biasa Biasa