Nak Tampar Najib Budi Bahasa Chef Wan Tidak Menguntungkan Ph




Tindakan selebriti masakan, Chef Wan mahu menampar bekas Perdana Menteri, Najib Razak atas dakwaan telah mewujudkan berlakunya salah urus dalam Felda, bukanlah suatu perlakuan yang sihat dan menguntungkan Pakatan Harapan sebenarnya.


Meskipun Chef Wan merupakan anak kelahiran Felda Sungai Koyan dan agak terkenal di seluruh dunia, budi bahasa yang ditunjukkannya itu, lebih-lebih lagi dalam suatu program kempen pilihanraya, amatlah tidak sesuai sama sekali dengan adab Melayu.


Jika dalam adab Melayu pun sudah tidak sesuai perlakuannya itu, apatah lagi kalau dilakukan ketika kempen pilihanraya Cameron Highlands yang tujuannya ialah untuk mendapatkan sokongan.


Harus diingat juga, kedatangan Chef Wan dalam program kempen di mana beliau melahirkan keinginannya untuk menampar Najib itu ialah bersama-sama dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.


Sedikit sebanyak sudah tentu kesan tidak baik itu tertempias juga kepada Azmin, PKR dan usaha mereka untuk menambahkan undi kepada calon PH di Cameron Highlands, M Manogaran.


Akibatnya, tidak mustahil ramai yang berbisik-bisik sambil mencebikkan bibir, bukan saja kepada Chef Wan atas perlakuannya itu, tetapi juga kepada pasukan kempen PKR yang diketuai oleh Azmin itu.


Dengan yang demikian, apakah untungnya perlakuan Chef Wan itu dari segi mendapatkan undi dan sokongan?


Chef Wan seharusnya sedar beliau berada di program politik, bukannya di pentas hiburan di mana seseorang itu sudah terbiasa mengeluarkan kata-kata celupar, kasar dan tidak sewajarnya kepada sesiapa saja yang tidak disukainya.


Di pentas politik, yang mahu dimenangi ialah hati, jiwa dan perasaan pengundi. Hanya dengan memenangi hati, jiwa dan perasaan saja yang boleh membuatkan rakyat tertarik dan akan membalasnya dengan memberikan undi atau sokongan.


Tetapi, apakah dengan bersikap kasar dan sedikit kurang ajar seperti yang ditunjukkan oleh Chef Wan itu boleh menambahkan undi?


Memang tidak dinafikan semua orang ada kemarahan tertentu kepada Najib berhubung tindakan dan perlakuannya semasa menjadi Perdana Menteri dahulu, namun membalasnya dengan meluahkan kemarahan seperti ingin menamparnya, bukanlah cara yang betul.


Politik mesti dibalas dengan politik, lagi pun satu persatu kesalahan Najib sudah pun dibawa ke mahkamah untuk diadili berdasarkan undang-undang.


Malah, tindakan rakyat menurunkan Najib daripada puncak kuasa melalui PRU14 lalu adalah tindakan yang sudah dikira betul berdasarkan begitu banyak isu dan masalah yang diakibatkannya semasa menjadi Perdana Menteri.


Apa lagi yang kita mahu?


Mengenai Felda dan kaitannya dengan Isa Samad, bekas Pengerusi Felda itu juga sudah pun dihadapkan ke mahkamah atas beberapa pertuduhan dan kesnya akan dibicarakan tidak lama lagi.


Maka, tidak perlu sampai mahu menampar sesiapa lagi.


Untuk itu, kepada pemimpin-pemimpin PH yang berhasrat membawa selebriti dalam program kempen selepas ini, mereka hendaklah berhati-hati dan jangan sampai mendatangkan kesan yang sebaliknya.


Yang kita mahukan ialah menambahkan undi, bukan mengurangkan undi. Selebriti yang sepopular sekali pun, kalau budi bahasanya ke laut, berperangai kasar, celupar serta bertindak tidak bersesuaian, populariti mereka semata-mata tidak akan mampu membeli walau satu jiwa sekali pun. (ShahbudinHusin 21/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/nak-tampar-najib-budi-bahasa-chef-wan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Kalau Jumpa Najib Saya Nak Tampar Dia Saya Memang Teringin Tampar Dia Kata Chef Wan

Saya Kalau Jumpa Najib Saya Nak Tampar Dia Saya Memang Teringin Tampar Dia Kata Chef Wan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 455 hits
Sebagai anak yang membesar di petempatan Felda isu agensi kerajaan itu tetap amat dekat di hati Chef Wan Dan ia dipaparkannya sekali lagi di Cameron Highlands hari ini Semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai tadi Ch...
Chef Wan Teringin Nak Tampar Najib

Chef Wan Teringin Nak Tampar Najib

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 491 hits
Chef Wan teringin nak tampar Najib PRK CAMERON Cef selebriti itu geram dengan tindakan bekas PM menguruskan isu Felda sebelum ini
Lepas Chef Wan Kata Nak Tampar Najib Ini Jawapan Najib Tentang Itu

Lepas Chef Wan Kata Nak Tampar Najib Ini Jawapan Najib Tentang Itu

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 527 hits
Sebagai anak yang membesar di petempatan Felda isu agensi kerajaan itu tetap amat dekat di hati Chef Wan Dan ia dipaparkannya sekali lagi di Cameron Highlands hari ini Semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai tadi Ch...
Video Selepas Viral Nak Tampar Najib Menteri Tolong Chef Wan Memasak

Video Selepas Viral Nak Tampar Najib Menteri Tolong Chef Wan Memasak

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 533 hits
Suasana Felda Sungai Koyan 1 di Jelai Cameron Highlands meriah dengan kehadiran cef selebriti Chef Wan yang hadir untuk berkempen sempena pilihan raya kecil dan mengadakan demonstrasi memasak di petempatan Felda berkenaan Turut hadir Menter...
Hiburan Chef Wan Mohon Maaf Mahu Tampar Bekas Pm Najib Razak

Hiburan Chef Wan Mohon Maaf Mahu Tampar Bekas Pm Najib Razak

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 378 hits
Hadir untuk berkempen untuk Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan Ahad lalu Chef selebriti terkenal Datuk Chef Wan didakwa telah mengeluarkan kenyataan kontroversi mahu menampar muka bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Terbaru ...
Najib Senyum Buat Apa Nak Layan Chef Wan

Najib Senyum Buat Apa Nak Layan Chef Wan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 495 hits
Diterbitkan Hari ini 8 32 malam Itu Chef Wan Buat apa nak layan Chef Wan Ringkas dan sinis jawapan daripada bekas perdana menteri Najib Razak apabila diminta mengulas niat Chef Wan yang ingin menamparnya Malah Najib menjawab soalan pemberit...
Chef Wan Mahu Tampar Muka Najib Sebab Kurang Ajar

Chef Wan Mahu Tampar Muka Najib Sebab Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 720 hits
I tampar muka Najib tu kurang ajar Itulah ungkapan dari selebriti masakan popular Chef Wan semasa berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 hari ini Dipetik menerusi portal Malaysiakini Chef Wan juga dengan garang menyatakan rasa kecewanya...
Tampar Najib Chef Wan Mengaku Di Rasuk Syaitan Dan Naik Marah

Tampar Najib Chef Wan Mengaku Di Rasuk Syaitan Dan Naik Marah

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 468 hits
KUALA LUMPUR Selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi mahu menampar muka bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam tukang masak terkenal Chef Wan tampil pagi ini memohon maaf Menerusi laman Instagramnya Chef Wan mengakui ke...
Saya Mengaku Silap Bila Dirasuk Syaitan Chef Wan Mohon Maaf Selepas Mahu Tampar Najib

Saya Mengaku Silap Bila Dirasuk Syaitan Chef Wan Mohon Maaf Selepas Mahu Tampar Najib

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 381 hits
Chef Wan hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengeluarkan kenyataan mahu menampar muka bekas Perdana Menteri itu Loading Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail dalam kenyataan di instagram ...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party