Hanya Pru Segera Boleh Selamatkan Umno Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad
-July 1, 2022 8:00 AM
Semakin dilengahkan PRU15, semakin tipis peluang untuk Umno menang, menurut seorang penganalisis. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Krisis dalaman Umno tidak akan menjejaskan peluang parti terbesar Melayu itu untuk mentadbir kerajaan, sebaliknya sokongan akar umbi akan beralih sekiranya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak dilakukan segera, kata penganalisis politik.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, Umno telah terlepas beberapa ‘fasa kemenangan’ ketika rakyat berada dalam ‘mood’ baik selepas pengumuman pengeluaran wang khas daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta beberapa inisiatif kerajaan yang lain.

“Semakin dilengahkan PRU15, semakin tipis peluang untuk menang,” katanya kepada FMT. Jelasnya, rakyat kini terhimpit dengan penarikan semula subsidi dan kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata demikian ketika ditanya krisis dalaman Umno susulan pendedahan yang dibuat Tajuddin Abdul Rahman selepas digugurkan dari ahli majlis kerja tertinggi (MKT) serta desakan supaya Ahmad Zahid Hamidi berundur dari jawatan presiden.
Awang Azman Pawi.Tajuddin juga mendedahkan Zahid bercita-cita menjadi perdana menteri dengan menamakan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ bagi BN, hanyalah umpan supaya PRU-15 disegerakan.

Ketika ditanya perkara tersebut, Awang Azman berkata perebutan jawatan perdana menteri tidak akan menjejaskan parti itu kerana akhirnya, jawatan itu akan diisi oleh individu yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Ia seperti isu pelantikan menteri besar Johor, tak boleh melangkaui keputusan budi bicara perkenan Sultan Johor. Isu siapa jadi perdana menteri, Umno boleh tentukan akhirnya Yang di-Pertuan Agong yang buat keputusan,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Mohd Izani Mohd Zain berkata Umno perlu mengurus krisis dalaman sebelum melangkah masuk ke PRU15.
Mohd Izani Mohd Zain.Katanya, Umno harus jujur terhadap ahli berkaitan akuan berkanun (SD) anggota Parlimen parti itu yang menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“Walaupun kesetiaan ahli Umno hebat kepada mereka tapi jangan ambil kesempatan, kalau ahli dah tak ada kepercayaan, dibimbangi mereka akan tinggalkan parti dan beralih sokongan kepada parti lain,” katanya.

Dr Jeneri Amir pula berpendapat Umno perlu menyelesaikan masalah dalaman dengan baik, dan sekiranya gagal berbuat demikian mereka mungkin menjadi pembangkang sekali lagi
Jeniri Amir.“Namun saya percaya Umno masih ada peluang menang, orang Melayu akan buat penilaian parti mana yang terbaik. Kedua, Dr Mahathir Mohamad tak berpengaruh seperti dulu, Muhyiddin Yassin bukan lagi perdana menteri…

“Sebab tu ada gesaan PRU dipercepatkan…akan untungkan Umno. Mereka tak harus termakan naratif pembangkang, makin lama lagi PRU makin baik,” katanya yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN).

Umno berulang kali bertegas mahu PRU15 disegerakan kerana mendakwa kerajaan yang ada sekarang sangat rapuh sehingga membimbangkan pelabur untuk datang ke negara ini.

Malah dalam pentas Konvensyen BN bersempena sambutan ulang tahun ke-48 gabungan politik itu 2 Jun lalu, Ismail berkata dia tidak akan melewatkan walau sesaat pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada RU15 sekiranya mereka sudah bersedia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/hanya-pru-segera-boleh-selamatkan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Sd Umno Tak Beri Kelebihan Pada Anwar Kata Penganalisis

Isu Sd Umno Tak Beri Kelebihan Pada Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 241 hits
Seorang penganalisis melihat pendedahan Anwar Ibrahim itu akan memberikan lagi kekuatan kepada ahli Umno untuk bersatu kerana mereka percaya ia adalah cubaan menghancurkan parti dari dalam PETALING JAYA Penganalisis politik berpandangan bah...
Ismail Presiden Umno Pru Belum Mana Datang Senarai Baharu Kata Ahmad Maslan

Ismail Presiden Umno Pru Belum Mana Datang Senarai Baharu Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 265 hits
Poster saf kepimpinan Umno yang didakwa akan berlaku selepas pemilihan parti itu mula tersebar dan mendapat perhatian setiausaha agung parti Ahmad Maslan PETALING JAYA PRU belum pemilihan belum mana datang senarai baharu itu maklum balas Se...
Kalau Mahu Terus Di Hormati Umno Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui Pru

Kalau Mahu Terus Di Hormati Umno Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui Pru

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 307 hits
KUANTAN Desakan supaya pilihan raya umum ke 15 segera diadakan terus mendapat sokongan akar umbi UMNO Kali ini Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman tampil berkata parti Melayu itu memerlukan mandat baru yang lebih st...
Giliran Tok Mat Bersuara Mengenai Umno Kerajaan Najib Dan Pru

Giliran Tok Mat Bersuara Mengenai Umno Kerajaan Najib Dan Pru

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 577 hits
DALAM temubual bersama Asia Times Datuk Seri Mohamad Hasan secara terbuka melontarkan kritikan dan pandangan terhadap isu yang berlaku dalam UMNO serta kerajaan Mohamad yang mesra disapa dengan Tok Mat menyentuh pelbagai perkara termasuk da...
Umno Vs Ameno Perdana Menteri Lemah Dalam Sejarah Negara Kata Nur Jazlan

Umno Vs Ameno Perdana Menteri Lemah Dalam Sejarah Negara Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 255 hits
Kelewatan membuat keputusan mengenai jawatan Zuraida Kamaruddin dalam kabinet menunjukkan kedudukan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang lemah kata Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed Bercelaru dan mencerminkan kedudukannya yan...
Melayu Tak Undi Umno Jika Tinggalkan Mn Kata Mb Kedah

Melayu Tak Undi Umno Jika Tinggalkan Mn Kata Mb Kedah

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 220 hits
agendaily com21 6 2022Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan UMNO supaya mempertahankan Muafakat Nasional jika tidak mahu hilang pengundi Melayu pada Pi...
Kata Tak Gaduh Nak Cari Jalan Harmoni Dalam Umno Pulak Berserabut La Tu Bhai

Kata Tak Gaduh Nak Cari Jalan Harmoni Dalam Umno Pulak Berserabut La Tu Bhai

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 232 hits
Pucuk pimpinan UMNO perlu cari jalan harmonikan semula parti Annuar MusaBernamaJulai 1 2022 Menurut Annuar dalam keadaan negara menghadapi isu harga barang UMNO seharusnya mengurangkan kegawatan dalam parti sebaliknya memperkukuh solidariti...
Lembaga Displin Umno Boleh Siasat Tajuddin Jika Ada Aduan Ahmad Zahid Saiasat Tu Pun Ada Motif Jugak Gamaknya

Lembaga Displin Umno Boleh Siasat Tajuddin Jika Ada Aduan Ahmad Zahid Saiasat Tu Pun Ada Motif Jugak Gamaknya

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 265 hits
Firdaus AzilJun 28 2022 Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman boleh disiasat oleh Lembaga Displin UMNO berhubung kenyataannya yang dilihat mengkritik parti kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Salak D...
Kerajaan Sekarang Tak Sah Pru Segera

Kerajaan Sekarang Tak Sah Pru Segera

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 334 hits
Ini pandangan yang lebih asli dan tiada kepentingan pandangan yang sesuai dengan ilmu dan pengalamannya Kluster mahkamah dan Pejuang secara terbuka telah bersedia untuk pilihanraya awal
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Doa Dipermudahkan Urusan

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aliff Syukri Usik Ammar Tentang Cik B Terima Kasih Cik B Bakal Menantu Papa

Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Dior188

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027