Lepas Baca Doa Makan Tiba Tiba Walyatalattof Cerita Apa Ni Ilmuan Agama Tegur Drama Sihir Dibuat Tanpa Semakan Syariah


The Reporter



Pembikinan sebuah filem atau drama bukan satu perkara yang mudah. Banyak aspek yang perlu diteliti dari segi teknikal, pelakon, kostum, lokasi dan sebagainya. Olahan sebuah skrip juga perlu dikaji agar penonton dapat menerima mesej dengan baik.


Sebelum ini, drama-drama tempatan sudah banyak kali ditegur netizen kerana memaparkan babak-babak yang tidak logik dari segi perubatan. Terbaharu pula, tular di media sosial beberapa teguran mengenai dialog dalam drama yang bertajuk Sihir yang ditayangkan saluran Astro Ria. 


Menerusi babak di kedai makan tersebut, Hud lakonan Hun Hakim dan Nuh (Kamal Adli) mempelawa Ustaz Ayub (Zarul Husin) menjamu selera di kedai tersebut. Setelah membacakan doa makan dan menyebut ayat 19 dari Surah Al-Kahfi, mereka terkejut mendapati makanan tersebut menjadi ulat. 


SIHIR
Rahsia & Kehebatan Surah Al-Kahfi Ayat 19:
“Wal yatalat-taf walaa yush‘ironna bikum ahada”

Amalkan ayat ini untuk melindungi diri anda dari diracuni atau disantau, dengan izin Allah. pic.twitter.com/braYloqONW
— Jeffrey Zain (@mrcreepyposta) November 15, 2021

Babak tersebut juga telah dijadikan rujukan oleh netizen dan ada yang mendakwa mereka juga telah mengamalkan ayat ini sebagai pendinding daripada terkena perbuatan sihir. Namun begitu, dakwaan ini disanggah oleh beberapa orang ustaz yang mengatakan ayat tersebut bukan digunakan untuk merawat sihir. 


“Selepas merujuk kepada beberapa kitab seperti Tafsir Al-Tabari, Tafsir Al-Qurtubi, Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Al-Alusi, Tafsir Al-Baghawi dan Tafsir Al-Munir, tidak ada ulama tafsir atau terdapat Riwayat pun yang menyebut ayat ini digunakan untuk merawat sihir.


“Begitu juga tidak ada sebarang tajribah (pengalaman) para ulama yang boleh dijadikan sandaran untuk ayat 19 dari Surah Al-Kahfi ini digunakan sebagai rawatan sihir. Andai ada, maka itu boleh digunakan untuk amalan rawatan tetapi sepanjang carian saya ia tidak ada disebutkan.


“Bahkan jika lihat kepada makna dan konteks ayat ini menceritakan tentang salah seorang pemuda Al-Kahfi yang dipesan agar berlemah lembut ketika membeli makanan setelah tidur selama 309 tahun- supaya keberadaan mereka tidak diketahui oleh orang ramai. Tidak ada tentang sihir,” tulis Ustaz Fakhri di Twitter.


Isu ini turut disuarakan oleh Ustaz Addien melalui Twitter.


“Ayat ini ayat keramat mitos besar di Nusantara. “Walyatalattof” maksudnya “Berbuatlah lemah lembut” merujuk Ashabul Kahfi disuruh berhati-hati, berlembut bila cari makanan sebab mereka diburu. Mitos merebak bila ayat ini ditanda warna merah pada Al-Quran lama. Kenapa?


“Tanda merah itu sebenarnya menunjukkan ayat walyatalattof adalah ayat yang betul-betul berada di pertengahan Al-Quran menurut majoriti ulama Al-Quran seperti disebutkan oleh Imam Ibn Ashur. [Al-Tahrir Al Tanwir 15/285]. Sampai kat orang kita yang takde ilmu terus claim ayat ajaib.


“Tanda warna merah, bergaris, simbol-simbol dalam al-Quran itu semua ada makna merujuk kepada ilmu al-Quran, ilmu tajwid dan qiraat. Bukannya ayat ajaib ayat keramat ayat rahsia. Belajar ilmu dan sejarah al-Quran dengan betul. Jangan buat al-Quran ni macam kitab ilmu magik.


“Lepas baca doa makan tiba-tiba walyatalattof??? Apa benda ni? Ajaran mana macam ni? Dahlah tak baca ayat dari awal terus skip sebut ayat tu? Sedangkan Sunnah Nabi ajar baca doa makan dengan bismillah takde baca ayat al-Quran apatah lagi sebut walyatalattof tiba-tiba???


ذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله تعالى، فإن نسي أن يذكر اسم الله


Jika kalian makan, sebutlah nama Allah taala (baca Bismillah). Jika terlupa menyebut nama Allah maka baca 


بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ


Bismillahi awwalahu wa aakhirahu. [Riwayat Abu Daud]


“Cerita apa ni? Siapa buat skrip cerita ni? Takda semakan syariah ke skrip ni sebab cerita berkaitan agama sepatutnya kenalah semak dulu. Tolong sampaikan kat penulis skrip cerita tu atau sesiapa yang terlibat dengan cerita tu,” tulis Ustaz Addien.


Sumber: Fakhri, Addien90


November 17, 2021 at 02:40AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/11/lepas-baca-doa-makan-tiba-tiba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betulkah Doa Makan Yang Biasa Kita Baca Itu Tidak Sunnah

Betulkah Doa Makan Yang Biasa Kita Baca Itu Tidak Sunnah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 241 hits
Assalam Bab makan merupakan suatu bab yang sentiasa menarik bagi mana2 makhluk hidup sekalipun di alam semesta ini Kerana Allah sebagai Pencipta yang menjadikan makhluk2 Nya hidup dengan keperluan kepada makanan kecuali para Malaikat Nikmat...
Banyakkan Doa Di Waktu Sahur Bukan Sekadar Makan

Banyakkan Doa Di Waktu Sahur Bukan Sekadar Makan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 159 hits
Waktu sahur di penghujung sepertiga akhir malam adalah waktu mustajab doa Pada waktu itu Allah turun hampir kepada hamba hambaNya lalu menawarkan 3 perkara seperti yang disebutkan dalam hadis berikut Sabda Rasulullah Tuhan kami Tabaraka wa ...
Doa Sebelum Dan Selepas Makan

Doa Sebelum Dan Selepas Makan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 369 hits
Segala syukur kepada Allah swt yang telah melimpahkan nikmat kepada kita yang berupa makanan yang lazat lazat dan tubuh badan yang sihat Berdoalah sebelum kita menjamah sesuatu juadah makanan itu Doa Sebelum MakanHadis dari Amru bin al As s...
Menangis Youtuber Diganggu Sihir Dari Kotak Misteri Rawatan Islam Dibuat Untuk Princemeed

Menangis Youtuber Diganggu Sihir Dari Kotak Misteri Rawatan Islam Dibuat Untuk Princemeed

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 197 hits
Youtuber Diganggu Sihir Dari Kotak Misteri Rawatan Islam Dibuat Untuk Princemeed mesti ramai tertanya tanya sebab benda ni dah banyak tersebar Actually saya dah lama tahu benda ni sebab Klik link untuk bacaan selanjutnya
Pawer Lepas Makan Dapat Pelukan Mesra

Pawer Lepas Makan Dapat Pelukan Mesra

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 277 hits
Dengar macam pelik la jugak Pergi kedai makan lepas habis makan terus mendapat pelukan percuma dari pekerja kedai Kita tahu prinsip sebuah restoran ialah menawarkan makanan dan memberikan layanan dengan penuh kemesraan Tetapi pada kali ini ...
Tengah Duduk Lepas Wedding Tiba Tiba Dis1mbah Air Rupanya Adat Orang Melaka

Tengah Duduk Lepas Wedding Tiba Tiba Dis1mbah Air Rupanya Adat Orang Melaka

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 316 hits
Setiap negeri di malaysia ini mempunyai adab dan tradisi masing2 bila melibatkan majlis pernikahan dan persandingan Setiap negeri masih mengamalkan tradisi masing2 yang membuatkan sesebuah majlis itu menjadi lebih meriah Tidak hairan la jik...
Sihir Drama Kamal Adli Dan Hun Haqeem

Sihir Drama Kamal Adli Dan Hun Haqeem

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 220 hits
Ala2 smallville Kisah 2 beradik yang mempunyai keistimewaan sixth sense Menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam dan cuba menyelesaikan kes kes berkaitan dengan sihir yang mengganggu ora...
Agama Doa Khas Bagi Bakal Ibu

Agama Doa Khas Bagi Bakal Ibu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 193 hits
Surah Yusuf untuk anak yang cantik rupa dan akhlak Surah Luqman untuk anak yang cerdik Surah Yaasin untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat Surah Maryam untuk memudahkan bersalin Surah al Hujurat untuk membanyakkan s...
Adakah Cerita Annabelle Berdasarkan Kisah Benar

Adakah Cerita Annabelle Berdasarkan Kisah Benar

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 840 hits
Soal Jawab Mengenai Patung Annabelle Diolah di dalam pemahaman yang mudah dan ringkas dalam Bahasa Malaysia Apakah kaitan antara Annabelle dan The Conjuring Annabelle adalah cerita prequel kepada The Conjuring Cerita ini tidak fokus kepada ...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned