Lepas 1st Trimester Baru Ada Tenaga Saharul Akui Lain Betul Mood Isterinya Kali Ni
Sejak mengandung anak kedua, pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan isterinya Deena Emir mengalami alahan dan perubahan yang sangat berbeza berbanding hamil anak sulungnya sebelum ini.
Menurut Saharul, isterinya hanya dilihat kembali ceria selepas tamat tempoh trimester pertama.
View this post on Instagram
Selepas 1st trimester ni, barulah nampak ada "tenaga" dekat muka dia. Lain betul pembawakan mood awak pregnant kali ni ye . Dalam 2 hari ni barulah nampak senyum, boleh bergurau balik, boleh gelak. Alhamdulillah. Sy tahu awak penat lain macam sikit kali ni, melawan rasa mual and muntah. Ini tak betul, itu tak kena.
. Thanks for everything sayang, sy doakan semuanya dipermudahkan Allah. Amin
A post shared by Saharul Ridzwan
(@saharulridzwan) on Dec 2, 2019 at 1:40am PST
“Selepas first trimester ni, barulah nampak ada ‘tenaga’ dekat muka dia. Lain betul pembawakan mood awak pregnant kali ni ye.
“Dalam dua hari ni barulah nampak senyum, boleh bergurau balik, boleh gelak,” tulisnya.
Pun begitu, Saharul akui sangat memahami apa yang dialami isterinya dan mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan itu.
“Alhamdulillah. Saya tahu awak penat lain macam sikit kali ni, melawan rasa mual and muntah. Ini tak betul, itu tak kena.
“Thanks for everything sayang, saya doakan semuanya dipermudahkan Allah. Amin,” katanya lagi.
Alah bau masakan
Ketika diawal kandungan, Deena akui dia sudah lama tidak ke dapur bagi menyediakan juadah kerana dirinya tidak tahan dengan bau masakan.
“Deena alah bau masakan, tengok makanan pun nak muntah.
“Dua-dua kehamilan alah pada bau goreng dan bau masakan. Lari dari dapur duduk luar rumah. Dapur dah lama tak berasap,” kongsinya di Instagram.
Artikel Berkaitan [Moga Baby Girl Kali Ni! Saharul Syukur Doanya Nak Bagi Adik Pada Ali Dimakbulkan]
View this post on Instagram
Disebabkan mummy belum datang mood untuk bersosial
so kita letak muka anak dulu la ye. SubhanAllah banyak sangat yang Deena belajar sepanjang my 2nd pregnancy. Totally different dengan the previous one. Physically memang agak weak sikit, and because of that mental kena kuat, kena always set mind tu setiap apa yang jadi tu ada kebaikan. Think positive as much as you can. Can you share apa pengalaman korang? Orang kata lain anak lain ragam dia kan. Ali lagi nak dapat adik lagi dia clingy ya amat.
A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on Nov 13, 2019 at 6:20am PST
“SubhanaAllah, banyak sangat yang Deena belajar sepanjang kehamilan kedua ini. Betul-betul berbeza dengan kehamilan sebelumnya.
“Secara fizikal, badan memang agak lemah sedikit dan sebab itu mental kena kuat. Kena set di fikiran setiap apa yang jadi itu ada kebaikan,” luahnya.
View this post on Instagram
Ali kena share mummy with adik nanti okay?
A post shared by Saharul Ridzwan
(@saharulridzwan) on Nov 8, 2019 at 3:40am PST
Deena dan Saharul, 30, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.
The post Lepas 1st Trimester Baru Ada Tenaga. Saharul Akui Lain Betul Mood Isterinya Kali Ni appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/lepas-1st-trimester-baru-ada-tenaga-saharul-akui-lain-betul-mood-isterinya-kali-ni/