Lens Alpha Blue 420 Dari Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza
Spek mata ni bukan benda murah sebab tu ada sesetengah company siap sediakan benefit optical untuk staf mereka. Sama juga benefit perubatan dan juga pergigian. Ni 3 benda yang kira penting zaman sekarang bila cari kerja. Tapi kebanyakkan syarikat hanya menawarkan kemudahan perubatan sahaja sebab kos pergigian dan optical agak mahal tapi kalau ada yang menawarkan salah satu atau semua sekali tu memang untung sangat dah.
Biasa aku teman orang buat spek mata aku tengok harga bingkai dan cermin pun dah mahal. Lepas tu tengok pula power mata berapa. Harga dah lain. Harga bingkai pula bergantung kepada jenis dan jenama juga. Kalau company ada benefit ni okay la tapi kalau tak ada sendiri tanggung la. Spek mata ni mahal weh makan ratus dan ada sampai ribu juga sebab tu orang yang guna spek kalau spek tu kena pijak ke terduduk ke dah menjerit.
Siapa pernah kena marah terpijak atau terduduk dekat spek orang? hahha
Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza
So now aku nak share satu kedai spek mata murah dekat Sg Wang Plaza KL. Aku tengok ramai orang share pasal kedai ni haritu. Masa aku tengok tu tengah buat promosi RM38 selama 3 hari sahaja dan memang ramai orang serbu kedai tu.
Maka kebetulan aku cuti checkup anak dekat klinik kesihatan untuk 9bulan maka lepas checkup anak tu aku terus ajak adik-adik aku teman pergi KL pula. Family aku ada dekat sini sempena cuti sekolah ni so ramai la orang dekat rumah aku sekarang. Kalau masuk KL ni kena tau masa juga. Gerak dari rumah lepas semua dah masuk kerja then sampai sana ngam la kedai baru buka so tak la crowded sangat. Nak berjalan pun rilex je la sebab plan lepas tu nak lepak Time Square... ewahhhh macam bujang senang sangat aku kan.
Harga spek mata murah dekat KL
Apa yang menarik perhatian aku pasal kedai ni adalah pertama sekali harga. RM65 je untuk bingkai dan cermin multicoated. Betul weh harga spek tak sampai ratus. Mama aku pun tak percaya bila balik aku cerita aku buat spek murah sebab dia buat spek ribu haaa. Aku dah suruh buat situ sementara still ada dekat KL ni. Mana nak dapat harga spek murah? Sampai sudah dia tak caya. Okay fine! hahahha Harga ni untuk power sampai 400+. Kalau power lebih dari tu just tambah sikit untuk nipis kan lens je kata nya so harga masih murah.
Lens Alpha Blue 420
Selain harga murah, just tambah lagi RM60 untuk lens alpha blue 420. Ini yang special dekat kedai ni. Lens ni khas untuk silau lagi-lagi yang tak boleh drive malam tu. Lepas tu kalau korang jenis banyak mengadap komputer dengan smartphone macam aku pun sesuai guna. Lens alpha blue 420 ni menghalang 100% sinar biru dan ultra ungu (UV420). Aku dah cuba sendiri kat kedai tu memang berbeza sangat.
(lens alpha blue 420)
Kalau tengok gambar dan cerita je mungkin korang tak berapa faham kan so aku upload sekali video masa orang kedai tu demo beza lens alpha blue dengan lens biasa yang lain. Memang cahaya tak tembus. Kawan aku cakap lens antisilau biasa mahal tapi ni tambah RM60 je okay. Lens ni ada warranty 1 tahun. Lepas tu aku tanya juga kenapa la jual murah sangat sebab bila murah sangat kadang-kadang orang takut juga. Pelik kan manusia ni, jual mahal salah jual murah pun salah. hahahah. Tapi orang kedai ni cakap dia nak semua orang boleh rasa lens bagus dengan harga murah. Dah tu semua dorang buat dekat sini je sebab tu boleh siap dalam masa 1 jam selepas tempahan. Cepat gila kot.
Beribu pilihan bingkai spek
Banyak pilihan design bingkai dekat sini, pilih je mana korang nak. Aku cari yang jenis flexible tu hahha tak tau nama apa. Yang pasti insyaAllah tak senang patah. Untuk mak yang ada anak kecil ni aku rasa design bingkai macam ni paling bagus kot. Anak tarik takde la terus patah kan. haha
Lepas William (orang kedai) ni explain pasal lens alpha blue yang best ni terus check mata. Agak tinggi silau aku rupanya patut laa selalu terkebil mata dengan pening. Aku rasa aku nampak tapi tak clear sebenar nya sebelum ni. Lepas test lens ni baru aku tau makna 'NAMPAK' yang sebenar. hahahhaha teruk gila kan.
41
Proses buat spek mata lagi cepat dari pilih bingkai sebab banyak sangat pilihan masa ni. hahhahaha Aku rasa tak menyesal datang sini sebab sekarang aku dah kurang gosok mata dan tak pening sangat dah. Kerja banyak tengok laptop dengan hp kan so aku silau rupanya. Kalau tak selalu kena letak eyemore sebab mata rasa tak selesa.
Nak spek mata murah dengan kualiti yang superb boleh contact no dibawah. Yang lagi best tak perlu tunggu berhari-hari nak dapatkan spek. Boleh siap dalam masa 1 jam atau dalam hari yang sama. Moga perkongsian ni bermakna untuk korang tau. Aku tau ramai kawan-kawan aku pakai spek. Nak spek murah, berkualiti dan cepat boleh datang sini tau. Aku recommend.
Contact kedai Eye Pro Vision
EYE PRO VISION (002893352-T)GROUND FLOOR G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.athirahassin.com/2018/12/lens-alpha-blue-420-dari-eye-pro-vision.html