Kedai Cermin Mata Murah Eye Pro Vision William Di Sungei Wang Viral Tergoda Dengan Lens Alpha Blue 420
hai assalammulaikum
Kedai Cermin Mata Murah, Eye Pro Vision William Sungei Wang Viral - Seumur hidup, tak pernah la nak pakai cermin mata, sebab berlagak, cakap mata kita ni elok je, takda rabun ke apa!! Tak pernah juga pergi cek mata dekat kedai mana-mana. Tapi akhirnya tewas, kena pakai cermin mata juga. Ku ingat ,orang pakai cermin mata ni sebab rabun je, takda benda lain, tapi rupanya ada juga masalah lain seperti silau. Cek mata haritu dekat satu kedai cermin mata murah yang dikatakan viral di Sg Wang, Eye Pro Vision, baru nad tau, nad ada masalah silau yang tinggi dan rabun sedikit. Sayangkan mata oii, jadi ambil la satu spek mata. Nasib murah..Ambil spek mata baru pun sebab lens Alpha Blue 420. Apa lens tu?? Hah!!, baca sampai bawah, mesti kornag nak dapatkan spek mata baru juga dekat kedai ni..hehee.
Kedai Cermin Mata Murah, Eye Pro Vision William Sungei Wang Viral, Tergoda Dengan Lens Alpha Blue 420Nak dijadikan cerita, sebenarnya, Isnin baru ni, nad ikut suami pergi ke Sungei Wang Plaza dekat Bukit Bintang. Suami nak jumpa client dia, nad apa lagi, jalan-jalan sekitar dalam tu. Naik ke tingkat Ground Floor (G111 ), nampak satu kedai cermin mata, Eye Pro Vision nama dia. Tengok tengah ada promosi bingkai dengan cermin multicoated hanya RM65. Dalam masa yang sama, nad memang nak cek mata nad. Tak pernah cek kan!!! Sebab selama nad mengadap laptop, telefon, nad kadang sakit mata, mata kabur, kadang tu pening.
Lepas tu disapa dengan orang chinese ni. Muka dia sebiji macam Jae Suk Running Man. Masa mula nampak, tengok eh Jae Suk ke?..haha. Kalau la dapat tengok Jae suk depan-depan, mesti seronok giler, dapat jumpa klon dia pun jadila..hahaha..Dia mulala cakap, tengah ada promosi, spek banyak pilihan, lebih 4000 jenis cermin mata ada. Ada yang jenis bingkai boleh lentur, ada cermin yang bulat, petak, eh semua ada la.
Nad ni dengar je la dia cakap. Lepas tu, nad tanya la dekat dia, kalau macam nad jenis tak rabun, tapi nak pakai spek mata, boleh ke? Alah kadang kan orang trend pakai cermin mata ni. Lepas tu dia cadangkan, boleh, tapi lens guna Alpha Blue 420. Apa benda pulak la tu kan..Nad ni memang la tak tau bab-bab cermin ni la. Tak pernah pakai. Sekali dia offer untuk tunjuk apa kelebihan lens Alpha Blue 420 ni. Hah!!, kita ikut jela..walaupun sebenarnya malas nak dengar..hahaa.
Kelebihan Lens Alpha Blue 420
Tapi, nak tau juga kan, yela mana tau ada rakan-rakan nad tengah cari cermin mata, atau sama situasi dengan nad, nak pakai cermin mata, jadi kita dengarkan jela. Nama chinese ni William. Dia owner kedai cermin mata ni rupanya..huhu. Tapi nad tengok macam Jae Seuk..haahhaa..
Gigih dia terangkan kelebihan Lens Alpha Blue 420 ni, dan nad terus terdiam, terkaku tengok demo dia pasal Apla Blue ni. Mana taknya, korang boleh tengok video nad post ni, giler tak terkejut. Tergoda terus tau tengok cermin ni.
Kelebihan Lens Alpha Blue 420 yang korang kena tau;
- anti silau malam ( macam lampu kereta, tengah drive kadang lampu kereta orang lain terang sangat)
- anti silau untuk pekerja atau pelajar yang mengadap kerja depan laptop, komputer, dan smartphone. Hah!!, ni nad la, kerja 24 jam dengan semua ni.
- 100% block sinar uv dan ultra ungu ( UV420 ).
- Tahan lasak, diketuk banyak kali pun tak pecah, tak calar.
- Mudah dibersihkan daripada ekkotoran, seperti pen marker, tapak tangan.
Hah!!, masa ni nad dah rasa, " ok aku kena dapatkan satu spek "..Nad kerja depan laptop dan smartphone hampir 24 jam, dan setiap hari. Memang bila buat kerja dalam gelap, cahaya lampu dari laptop dan telefon buat mata sakit dan pening kepala. Lens ni memang sesuai sangat untuk nad. Sayangkan mata oii..Pakai waktu nak buat kerja jela.
Harga Alpha Blue 420
Dalam hati, berapa la agaknya harga lens ni ye? Tanya la William, harga macam mana pulak? William kata, harga asal RM250, tapi promosi, harga cuma RM125 je. Dari harga promosi RM65, tambah RM60 je untuk Aplha Blue 420 ni. Macam tak caya je. Yela, mana taknya dahla canggih sangat cermin dia, sekali harga tambah RM60 jerr..Mana nak dapat kedai lain dengan harga macam ni.
Serius nad cakap, memang nad tak pernah tau harga cermin mata ni berapa, sebab tak pernah pakai cermin mata, tapi nad dengar daripada kawan-kawan nad yang pakai cermin mata, diaorang semua cakap harga mahal, lebih daripada RM150 ke atas.
Alpha blue ni rabun boleh sampai 400 nad rasa William cakap, tapi kalau lebih dari tu, kena tambah sikit duit kot.
Cermin Mata Siap Dalam Masa 1 Jam
Lepas tu, apa lagi, nad terus cakap nak buat cermin mata la. Mula la pening nak pilih cermin mata yang mana. Semua nampak lawa je. Mintak pendapat mr mafia memang tak dapatla, dia semua tak tau. Mintak pendapat kawan-kawan dekat group..hahaa. Last-last mintak pendapat pekerja perempuan dekat situ. Mujur dia suggest yang lawa-lawa..hahaa. Yang jenis bulat. Layanan yang bagus daripada pekerja dia.
Dah pilih tu, kenala cek mata nad ni. Cek punya cek, rupanya nad ada masalah silau yang tinggi dengan rabun sikit. hey!!, terkejut kita tau..
Lepas tu test tengok huruf dekat depan tv tu. Dia letak satu-satu lens, kejap kabur kejap terang. Pandai-pandaila dia kan..huhu..
Lepas tu, dia mintak, cermin mata nad pilih, dia hantar ke kedai dia yang lain untuk buat terus cermin mata nad ni. Woww!!, hebat, haritu juga boleh dapat. Kita suka, kita suka..hehee. Macam tak caya, dengar daripada kawan, diaorang selalu buat spek mata ambil masa 2 ke 3 hari. Macam ni , memang senangla.
Disebabkan kedai dia ni dah viral, kadang ramai orang datang sini, kena tunggu lama sikit. Sambil tunggu, sambil jalan-jalan dekat situ. Agak-agak satu jam, datang semula kedai ni kan.
Cermin Mata Pertama Nad
Tadaaa, siap dah cermin mata pertama nad sepanjang nad hidup ni..kahkahkah..!!..jangan fikir mata kau ok, silalah cek mata korang weii..Sayang mata lebih ni..Lagi siapa yang mengadap, kerja depan laptop, smartphone ni.
Cantik tak, nad suka, sebab dia bulat. Suka yang bingkai hitam, sebab biar nampak kita pakai cermin mata..hahha. Yang penting dia tak kembangkan tudung ok.
Cari William Kalau Datang kedai Eye Pro Vision Sunger Wang ni!!
Hah!!, apa lagi, korang yang nak buat cermin mata, datangla ke kedai William ni. Kalau boleh jumpa William terus, dia akan terangkan apa yang korang nak tau, lagi pasal Alpha Blue 420 ni. William akan layan korang dengan tiptop sekali..heehee
Nad sarankan korang ambil lens Alpha ni..berguna sangat. Pastikan datang kedai masa tak ramai orang, kalau ramai orang, paham-paham jela. Mujur nad pergi tak ramai orang..nak pilih cermin mata pun senang..hehee.
Nad guna masa nak buat kerja depan telefon atau laptop. Selesa dah mata, terang je dan tak sakit mata.
Ni no contact William, cari dia ye bila datang kedai dia..ehhee. Baru tau, kedai ni la yang viral tu. Viral sebab cermin mata dia murah giler!!, hah!, cepat-cepat promosi sampai bila-bila, sampai takde stok.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2018/12/kedai-cermin-mata-murah-eye-pro-vision.html