Lenovo ThinkPad X1 Carbon generasi kelapan ini akhirnya mengekalkan kerangka yang diperbuat daripada gentian karbon. Tekstur sulaman gentian karbon kini kelihatan jelas pada bahagian penutup. Ia dilengkapi skrin sebesar 14″ dengan pilihan skrin yang menyokong paparan 4K Dolby Vision HDR, dijana pemproses sehingga Intel Core-i7 generasi kesepuluh, memori sehingga 16GB LPDDR3 dan storan SSD sehingga 2TB PCIe. Bateri sebesar 51Wh yang disertakan mampu membekalkan kuasa sehingga 15 jam. Terdapat sokongan pengecasan pantas 65W yang membolehkan ia dicas sehingga 80% dalam masa sejam.
Papan kekunci berlampu dari jenis Smiley, pad sesentuh dan tombol penjejak ThinkPad kesemuanya masih dikekalkan. Kamera web yang disertakan pula kini mempunyai penutup fizikal ThinkShutter yang mengelakkan diri diintip walaupun peranti telah digodam. Seperti model terdahulu, ThinkPad X1 Carbon melepasi piawaian tahan lasak ketenteraan MIL-STD. Pilihan I/O yang diberikan ialah 1 USB-C Thunderbolt 3, 2 USB-C 3.1, satu HDMI 1.4 dan satu DP 1.2. Kesemua komponen ini berjaya dimasukkan ke dalam sebuah kerangka seberat 1.09 kg.
Lenovo ThinkPad X1 Yoga generasi kelima mempunyai kerangka aluminium sepenuhnya. Ia turut dilengkapi skrin sebesar 14″ sesentuh dengan pilihan skrin yang menyokong paparan 4K Dolby Vision HDR. Spesifikasi lain adalah sama dengan X1 Carbon. Perbezaan terletak pada pilihan I/O yang lebih pelbagai iaitu 2 USB-C Thunderbolt 3, 2 USB-C 3.1, satu HDMI 1.4 dan satu DP 1.4 Thunderbolt 3.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |