Lempeng Lembut Sampai Esok Dan Sambal Ikan Bilis




Sebelum masuk bab resipi, saya ingin kongsikan petikan video dari Tokku Pasir Gudang. Setiap kali rasa kesedihan, saya memang akan mencari video Tokku Pasir Gudang untuk mendengar nasihat yang boleh mengubat hati. 
Sesungguhnya Allah mengajar kepada Nabi Muhammad SAW sesuatu yang menpunyai kesembuhan dan kemenangan dan merupakan pintu masuk ibadah. Kata Amru bin Uthsman, Allah ajar NabiNya suatu benda yang menjadi punca kesembuhan pada semua penyakit dan punca kepada kemenangan. Dan pintu masuk kepada ibadah yang sebenar, iaitu yang disebut dalam surah Fussilat ayat 36, bermaksud kalau sekiranya kamu ditimpa dengan gangguan syaitan, maka berlindung lah pada Allah. 
Allah Mendengar lagi Maha Mengetahui, seolah Amru nak beritahu kita ada satu ayat ada satu doa ada satu zikir yang kalau kita baca akan menjadi penyembuh pada segala penyakit. Bahkan ia adalah kemenangan dan pintu masuk pada ibadah kita. Baca 
A’ uzu Billaahis Sami’ Ul Aleem minashaitan nirrajiim
Amalkan. Kalau ada penyakit, rasa lemah, rasa kalah, rasa tak bersemangat ibadah sebut bacaan di atas. Ini Allah ajar pada Nabinya kalau diganggu dengan syaitan dengan pelbagai cara, dengan penyakitnya, dengan lemah semangatnya, rasa kalahnya. maka baca zikir ini. 
Ajar anak anak kita benda yang mudah kalau sakit, kalau rasa lemah dan diganggu, rasa kecewa kerana putus cinta, perceraian atau apa sahaja. Kadang kita lemah semangat dalam hidup dan rasa lemah bila tengok semua projek tak jadi. Maka kita amalkan zikir mudah ini.
Mana ada hidup tak ditimpa ujian, mana ada hidup sepanjang masa rasa happy jer kan. Itulah namanya kehidupan. Dan kena ingat bersama kesusahan, adanya kesenangan. Bersama sama ya, bukan selepas kesusahan ada kesenangan. Jadi sabar dan mohon pertolongan Allah. Di samping itu, amalkan selawat 1000 kali sehari, dan selepas itu berdoa, Ya Allah Engkau tunaikan lah hajat ku di dunia ini dengan kemudahan. Aamiin. Sehingga di sini dulu, semoga bermanafaat. 


Saya buat lempeng ni dah lewat. Cuaca sejak masuk musim luruh ni agak tidak menentu. Dari pagi mendung dan hujan rintik rintik menjadikan kita rasa lapar. 
Oleh kerana nak cepat, saya tak perap pun adunan lempeng ni. Kacau pun pakai senduk sahaja. Tapi serious sedap dan lembut. Tengok lah saya gulung pun main hentam jer. Gambar ini saya ambil keesokan paginya. Masih lembut dan masih sedap. 
Masa kecil di kampung dulu, memang makan lempeng di musim banjir selain dari ubi kayu rebus. Lempeng ni makanan biasa bagi orang kampung. Kalau suka, masukkan sedikit kelapa parut muda. Jadi lebih berlemak lemak rasanya. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….

Lempeng Gandum Lembut Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ½ cawan tepung gandum1 sudu besar minyak masakSecubit garam2 cawan air1 biji telur
Cara cara:Satukan semua bahan dan kisar. Biarkan 30 minit. 
Lenser sedikit minyak pada kuali. Biarkan panas dan tuang adunan. 
Setelah bertukar warna kekuningan, boleh terbalikkan, jika suka. Angkat dan sejukkan. 
Bolehlah digulung dan dihidangkan dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin atau kuah kari. 


Sambal Ikan Bilis
Bahan kisar:2-3 biji bawang besar - ikut saiz4 ulas bawang putih3-4 sudu besar cili kering kisar
Bahan bahan:1-2 genggam ikan bilis½ sudu besar garam atau secukup rasa½ sudu kecil serbuk pati ayam1 ½ - 2 sudu besar gula - saya guna 1 ½ 1 keping asam kepingMinyak masak
Cara cara:Tuang bahan kisar ke dalam kuali (tanpa minyak) dan biarkan sehingga air hampir kering. 
Setelah kering, baru tuang minyak dan tumis sehingga bahan tumisan garing dan terbit minyak. Masukkan air dan tumis sehingga terbit minyak sekali lagi. Nota: boleh ulang proses ini beberapa kali untuk pastikan bahan tumis benar benar garing. 
Setelah terbit minyak, masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa. Tumis lagi sehingga sambal bertukar warna sedikit gelap. 
Masukkan ikan bilis dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan masak sehingga ikan bilis masak dan sambal terbit minyak. Tutup api. 

Selamat mencuba…



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/09/lempeng-lembut-sampai-esok-dan-sambal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Ikan Bilis Dan Bab Bila Bersedih

Sambal Ikan Bilis Dan Bab Bila Bersedih

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2173 hits
Saya ingin kongsikan satu petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan dengan kesedihan Siapa pun kita pasti kita akan ada satu masa kita rasa sedih kita rasa macam titik terendah dalam hidup kita Ketika saya pernah berada dalam kesediha...
Gelagat Aliff Syukri Ammar Tangkap Ikan Talapia Di Halaman Rumah Video

Gelagat Aliff Syukri Ammar Tangkap Ikan Talapia Di Halaman Rumah Video

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 2474 hits
Gelagat Aliff Syukri Ammar Tangkap Ikan Talapia Di Halaman Rumah VIDEO Baru baru ini tular satu video yang memaparkan Aliff Syukri menangkap ikan talapia di kolam halaman rumahnya itu Namun yang diperhatikan netizen adalah Aliff Syukri semp...
Bagi Kail Jangan Bagi Ikan Rafizi Sorot Pencapaian Pengusaha Mesin Vending Ipr

Bagi Kail Jangan Bagi Ikan Rafizi Sorot Pencapaian Pengusaha Mesin Vending Ipr

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1397 hits
Malaysiakini nbsp Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mempertahankan Inisiatif Pendapatan Rakyat sebagai model yang lebih efektif dari segi kos dan mampan untuk pembasmian kemiskinan Berbeza dengan program lepas yang menurutnya membelanjakan...
Kuah Asam Pedas Ikan Tenggiri Padu Tak Terlalu Cair Atau Pekat Memang Meletup

Kuah Asam Pedas Ikan Tenggiri Padu Tak Terlalu Cair Atau Pekat Memang Meletup

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 3271 hits
Kuah yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat tapi kuat dengan rasa berempah yang menyelerakan Rasa ikan tenggiri dinaikkan lagi dengan aroma daun liamu purut dan kesom ASAM PEDAS BEREMPAH IKAN TENGGIRI BAHAN BAHAN 2 biji bawang mera...
Telur Bilis Amira Othman Ketika Bulan Madu Jadi Fenomena Media Sosial

Telur Bilis Amira Othman Ketika Bulan Madu Jadi Fenomena Media Sosial

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1126 hits
Original Content Fenomena masakan ringkas tetapi penuh aura selebriti kini kembali mencuri perhatian peminat hiburan tanah air Semuanya gara gara sepinggan lauk telur mata tumis bawang bersama ikan bilis yang disediakan oleh penyanyi dan pe...
Makan Di Mnk D Lomak Salai Ikan Bakar Port Dickson

Makan Di Mnk D Lomak Salai Ikan Bakar Port Dickson

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 4648 hits
Assalamualaikum WBT SALAM MAULIDUR RASUL 1447HTema Maulidur Rasul tahun ini Membangun Ummah Madani Ambil kesempatan cuti hari ini PI kata tak yah masak Maka Sk yang menurut perintah dan tak suka membantah mengikut sajalah Ikut punya ikut sa...
Ikan Celup Tepung Rangup Sampai Petang Guna 2 Jenis Tepung Ini

Ikan Celup Tepung Rangup Sampai Petang Guna 2 Jenis Tepung Ini

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4274 hits
Ikan celup tepung atau ICT yang popular di negeri pantai timur ini ramai peminatnya termasuklah dari negeri lain Kalau tiba tiba rasa nak makan boleh saja buat sendiri Ikut resipi ICT yang dikongsi oleh Achik Ita Jsd Kelantan Ikan celup tep...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer