Lempeng Gandum Cicah Sambal Sardin


LEMPENG GANDUM CICAH SAMBAL SARDIN. Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mak-mak kena lebih kreatif mempelbagaikan menu untuk seisi keluarga. Sesekali tukar selera pun ok juga kan, lagi lagi mak macam cikla ni ha sampai blur dan takde idea nak masak pe, termasuklah untuk menu breakfast. Kebetulan, semalam tengok sharing kawan FB cikla, dia buat roti canai. Cikla manalah pernah buat kan, so bangun Subuh tadi otak terus terfikir nak buat lempeng ajelah. Meneborr roti teman memang fail. Haha. Lagipun, kebetulan sardin ada lagi setin tu. Boleh sangat nak buat cicah dia kan

Lempeng gandum cicah sambal sardin. 
Lempeng ni pun first time buat rasanya, ke dulu-dulu ada pernah buat jugak. Lupa dah. Haa, apa lagi. Jom kita masuk dapur

Resepi lempeng gandum cicah sambal sardin cara cikla. Bahan untuk buat lempeng. 2 cawan tepung gandum. 1 biji telur. 1 biji bawang besar (hiris). Air untuk membancuh, sedikit pewarna kuning dan garam secukup rasa

Cara buat lempeng.Campuran kesemua bahan dalam mangkuk yang sesuai. Gaul sampai bahan sebati. Bancuhan janganlah cair sangat, jangan pekat sangat. Korang agak-agaklah sendiri ye. Dah siap, guna kuali leper (kalau takde, kuali biasa pun boleh jugak), sapukan sedikit minyak pada kuali (yang ni cikla sapu guna daun pandan yang celup dalam minyak masak, pastu sapu ke kuali).

Bila kuali dah panas, layarkan sesenduk adunan yang dah siap tadi. Biarkan sampai garing sikit, pastu terbalikkan. Yang ni ikut selera korang. Kalau korang suka garing, ada hitam-hitam sikit biarlah lama sikit. Jangan sampai hangus sudahnya. Dah siap, angkatlah. Cikla saja buat kecil-kecil senang nak makan. Sekali ngapp je. Hehe. So, korang ulang langkah yang sama sampai aduanan habis

Inilah hasil dia.

Lempeng gandum cicah sambal sardin. 
Bahan untuk buat sambal sardin. 1 tin sardin. Brand ikut suka, tapi cikla guna sardin AYAM BRAND jenis mackerel
1 biji bawang besar (hiris)
2-3 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci halia (hiris)
3 sudu besar cili giling (kalau suka pedas, lebihkan)
Belimbing buluh, garam, air asam jawa dan minyak untuk menumis

Cara nak masak. Panaskan minyak dalam kuali, then tumis bahan hiris sampai kekuningan. Selepas itu, masukkan cili giling dan air asam jawa. Tumis sampai cili masak dan tak pedas. Kalau kering, tambah sedikit air. Dah garing, masukkan kuah sardin tu dulu dan sedikit air, and kacau rata. Lepas tu, baru masukkan isi sardin, belimbing buluh, dan garam. Kalau kuah nampak kering, tambah air. Kacau perlahan-lahan, dan biarkan mendidih

Lempeng gandum cicah sambal sardin. 
Kuah dia cikla memang biar pekat sikit sebab nak buat cicah kan, dan isi sardin tu cikla hancurkan jadi kecil-kecil. Lagipun isi sardin Mackerel ni besar-besar kan. Dah siap, angkat dan boleh dihidangkan bersama lempeng

Lempeng gandum cicah sambal sardin. 
Alhamdulillah, jadilah buat makan sendiri kan. Janji kenyang. Syukur nikmat



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2020/03/lempeng-gandum-cicah-sambal-sardin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Pita Sambal Sardin

Roti Pita Sambal Sardin

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 633 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera Ni lah kejadian nye bila first time buat tak dop masalah rupa tak dop janji sedap k guane Roti pita first time jugak aku dengar namanya ni kes puasan duk umah lah godek Facebook Pah ceroh jumpe resepi mudah m...
Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 577 hits
Alhamdulillah cuti cuti kerja dari pejabat ini page view untuk blog Azie Kitchen tetap tinggi Terima kasih tidak terhingga kerana setia menyokong saya kerana sudi klik iklan google di blog saya Jadi saya kekal bersemangat untuk terus menuli...
Cara Buat Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap

Cara Buat Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 675 hits
Cara Buat Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap Mee hoon atau ada yang sebut bihun adalah mee halus yang mudah dimasak dengan menu apa sekalipun Yang paling kerap orang masak adalah mee hoon sup dan buat mee goreng Orang panggi...
Sambal Terung Purple Bakar Sangat Enak Bila Di Hidangkan

Sambal Terung Purple Bakar Sangat Enak Bila Di Hidangkan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 410 hits
Sambal Terung Purple Bakar Sangat Enak Bila Di Hidangkanresepinya simple saja bahan bahan
Resepi Sambal Terung Cili Padi Terangkat Pedas Dan Sedap

Resepi Sambal Terung Cili Padi Terangkat Pedas Dan Sedap

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 724 hits
Sambal Terung Cili Padi Hasil Masakan Anak Dara Pening nak masak apa sekali tengok ada terung dalam peti ais Ingatkan terung bukat tu nak buat masak green curry tapi bahan bahan pulak tak ada Dalam otak terus terpikir nak goreng sambal The ...
How To Make Sambal Belacan And 9 Other Awesome Malaysian Condiments

How To Make Sambal Belacan And 9 Other Awesome Malaysian Condiments

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 333 hits
No meal is complete without sambal belacan small Cover image via Resepi Sahabat s Facebook small 1 Sambal belacan strong INGREDIENTS strong br br 25 to 30 Bird s eye chili or Thai chili br br 1 thumb sized belacan br br 1 2 tsp sugar br br ...
Cara Masak Sardin Paling Mudah Bagi Yang Baru Belajar Memasak

Cara Masak Sardin Paling Mudah Bagi Yang Baru Belajar Memasak

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 732 hits
Cara Masak Sardin Paling Mudah Bagi Yang Baru Belajar Memasak Sejak kita semua kena duduk rumah diam diam dalam sebulan ni ramai pula yang melayari blog picisan kisah resep ini Carian terbanyak adalah cara nak buat kuih tradisional Alhamdul...
Karipap Roti Gardenia Berinti Sardin Mudah Untuk Disediakan

Karipap Roti Gardenia Berinti Sardin Mudah Untuk Disediakan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 486 hits
covit19 pkp resepimudahKARIPAP ROTI GARDENIA BERINTI SARDIN Terpulang Kepada Inti Masing2 Digoreng Dimakan Begitu Saja Roti gardenia Untuk Inti Sardin Daun sup Daun bawang Cili padi cili besar Garam sikit Carrot Dah Siap Semua Boleh La Digo...
Spageti Sos Sardin Yang Sedap

Spageti Sos Sardin Yang Sedap

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 464 hits
hai assalammualaikumSpageti Sos Sardin Yang Sedap Dah biasa masak spageti Oglio spageti bolognase spageti cheese nah sekarang cuba spageti tuna pulak hahaa Sejak PKP ni kreatif sungguh nak cipta makanan ni ye Selalu sardin kita makan dengan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof