Kes Covid 19 Di Selangor Naik 4 Hari Berturut Turut 12 Kluster Dikesan


AGENDA DAILY
Pecahan kes baharu Covid-19 mengikut negeri pada 22 Oktober 2021 berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri.
Sembilan negeri hari ini merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, dengan Selangor mencatat kenaikan empat hari berturut-turut.
Kes harian di Selangor mula naik pada Selasa lalu dengan merekodkan 888 kes, sebelum meningkat kepada 1,004 kes pada Rabu, 1,027 (Khamis) dan hari ini sebanyak 1,322 kes, menurut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri.
Berdasarkan data dikeluarkan hari ini, lapan lagi negeri dan Wilayah Persekutuan yang mencatat peningkatan kes ialah Sarawak, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Putrajaya, dan Perlis.
Sarawak merekodkan 750 kes baharu hari ini berbanding 725 semalam, diikuti Kelantan (589 kes baharu, 540 semalam); Pulau Pinang (440 hari ini, 381 semalam); dan Kedah (432 baharu, 319 semalam).
Pahang pula merekodkan 302 jangkitan baharu hari ini berbanding 294 semalam; Negeri Sembilan (192 baharu, 167 semalam); Putrajaya (44 baharu, 29 semalam); dan Perlis (43 baharu, 33 semalam).
Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 12 kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan keseluruhannya 5,717 kluster dengan 5,137 telah ditamatkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 580 kes lagi masih aktif, kurang berbanding 591 yang direkodkan semalam, setelah 11 kluster ditamatkan.
Menurutnya daripada jumlah kluster baharu itu, enam melibatkan jangkitan di tempat kerja, tiga berkaitan pendidikan, komuniti (dua) dan satu kluster keagamaan yang dikesan di Hulu Perak membabitkan 18 daripada 24 individu yang disaring.
Enam kluster tempat kerja melibatkan dua di Johor iaitu di Batu Pahat membabitkan 17 individu daripada 54 yang disaring, dan Kulai (tujuh daripada 173 individu yang disaring).
Dua kluster tempat kerja turut dikesan di Selangor melibatkan Hulu Langat dan Sepang seramai 47 individu daripada 155 yang disaring, serta Klang (12 individu daripada 26 yang disaring).
Kluster tempat kerja di Melaka Tengah melibatkan 26 daripada 165 saringan dan kluster Jalan Stesen Sentral Tiga membabitkan Lembah Pantai, Cheras serta Titiwangsa di ibu negara dengan lima individu daripada 31 saringan.
Sementara kluster berkaitan pendidikan di kesan di Segamat, Johor melibatkan 26 individu daripada 75 saringan; Sepang, Selangor (14 individu daripada 27 saringan); dan Titiwangsa, Kuala Lumpur (11 individu daripada 50 saringan).
Kluster komuniti pula direkodkan di Tenom, Sabah melibatkan 50 individu daripada 88 yang disaring, dan Temerloh serta Maran di Terengganu (29 individu daripada 180 saringan).
Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan seramai 7,630 pesakit Covid-19 disahkan sembuh menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,311,213 kes atau 95.5 peratus daripada kumulatif positif sebanyak 2,420,222 kes.
Mengenai jangkitan hari ini, beliau berkata daripada 6,630 kes baharu itu, 6,615 adalah kes tempatan yang turut melibatkan 285 pesakit bukan warganegara, dan 15 kes import termasuk empat bukan warganegara.
“Seramai 653 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 322 memerlukan alat bantuan pernafasan.
“Sebanyak 1.5 peratus atau 101 pesakit hari ini adalah dalam kategori 3, 4 dan 5, manakala 6,529 lagi kategori 1 dan 2,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/kes-covid-19-di-selangor-naik-4-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Di M Sia Kes Harian Terus Menurun 3 Hari Berturut Turut Kepada 6 709 Kes

Covid 19 Di M Sia Kes Harian Terus Menurun 3 Hari Berturut Turut Kepada 6 709 Kes

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 277 hits
Foto EPA EFE FAZRY ISMAIL Kes baharu Covid 19 turun lagi PUTRAJAYA Angka kes baru Covid 19 terus menunjukkan trend penurunan tiga hari berturut turut dengan 6 709 kes dilaporkan pada Isnin Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abd...
13 Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Hari Ini

13 Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 333 hits
AGENDA DAILY Data 13 Oktober 2021 Sebanyak 13 kluster Covid 19 dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan keseluruhannya 5 624 kluster dengan 4 862 sudah ditamatkan manakala 762 lagi masih aktif Ketua Pengarah Kesih...
Covid 19 13 Kes Varian Voc Baru Dikesan Di Sabah

Covid 19 13 Kes Varian Voc Baru Dikesan Di Sabah

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 260 hits
Covid 19 13 kes Varian VOC baru dikesan di Sabah KOTA KINABALU Kementerian Kesihatan telah mengesan 13 kes Covid 19 Varian of Concern baru di Sabah antara 7 hingga 19 Oktober Semua kes itu berasal dari varian Delta menurut data yang dikongs...
Untuk Hari Ke 3 Berturut Turut Tiada Lokaliti Baharu Pkpd Di Sabah

Untuk Hari Ke 3 Berturut Turut Tiada Lokaliti Baharu Pkpd Di Sabah

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 377 hits
KAWASAN Kampung Bambangan amat dikenali dalam kalangan pelancong tempatan Foto media sosial Tiada lokaliti kena PKPD satu kampung di Sabah ditamatkan PUTRAJAYA Untuk hari ketiga berturut turut tiada lokaliti baharu bakal dikenakan Perintah ...
Tak Mahu Umno Dipersalahkan Jika Kes Covid 19 Naik Sulaiman

Tak Mahu Umno Dipersalahkan Jika Kes Covid 19 Naik Sulaiman

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 359 hits
AGENDA DAILY Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak mahu UMNO dipersalahkan sekiranya jangkitan kes Covid 19 meningkat di Melaka selepas Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan 20 November ini Ketua ...
Hari Ketiga Berturut Turut Isu Pandora Papers Dihalang Bahas

Hari Ketiga Berturut Turut Isu Pandora Papers Dihalang Bahas

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 399 hits
Keengganan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat membenarkan perbahasan ke atas skandal Pandora Papers menjadikan dewan diselimuti rasa tidak puas hati untuk 3 hari berturut turut Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan Perkara 4...
Selangor Health Exco Disagrees With Covid 19 Vaccine Mandates

Selangor Health Exco Disagrees With Covid 19 Vaccine Mandates

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 330 hits
A Selangor Health exco has expressed disagreement with the implementation of any vaccine mandate Dr Siti Mariah Mahmud said even though she is an advocate for vaccination she does not believe a person should lose their job over it I am for ...
Covid 19 Israel Kesan Kes Pertama Varian Delta Plus Ay 4 2

Covid 19 Israel Kesan Kes Pertama Varian Delta Plus Ay 4 2

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 265 hits
Israel melaporkan kes pertama varian Delta Plus COVID 19 Israel kesan kes varian AY 4 2 BAITULMAQDIS Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan satu kes COVID 19 dikesan membabitkan subvarian Delta yang direkodkan di beberapa negara Eropah se...
Perjalanan Pertama Dari Selangor Ke Utara Naik Feri Ke Langkawi Bila Rentas Negeri Di Benarkan

Perjalanan Pertama Dari Selangor Ke Utara Naik Feri Ke Langkawi Bila Rentas Negeri Di Benarkan

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 310 hits
Lega rasanya Dah boleh merentas negeri mulai 11 Oktober 2021 yang lalu Setelah lama menanti tak bergerak pintu perjalanan dibuka semula Rasa macam air tengah naik lalu empangan dibuka Air keluar laju dari tempat tinggi menuju ke tempat rend...
Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Asam Pedas Ikan Merah

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia

Saya Tahu Kekurangan Diri Niat Hanya Nak Sebarkan Gaya Hidup Sihat Isteri Dr Say

Semua Jawatan Pas Terbuka Ditandingi Kecuali Presiden Tuan Ibrahim