Lembah Beringin Hutan Batu Terbiar Sepi


Oleh Ahmad Abd Hamid RUMAH mewah tinggal terbengkalai diselimuti hutan di Lembah Beringin. - Gambar Ahmad Abd HamidHATI digamit pilu, air mata bergenang menyaksikan tragedi yang menimpa Lembah Beringin, Hulu Selangor. Nama yang gah dan menjadi sebutan ramai pada tahun 1990-an itu kini hanya sebuah hutan batu sunyi dipeluk sepi, terbiar dan dilupakan.
Tidak seperti bangunan hutan batu di kota yang cantik dan dijaga, Lembah Beringin adalah paparan hutan batu sebenar. Rangka ratusan rumah terbengkalai berdiri kaku menjadi saksi bisu gagalnya sebuah projek, musnahnya satu impian, leburnya satu harapan.
Terdapat rumah terpencil dan terasing tetapi berpenghuni. Di kiri kanan dan sekeliling pula rumah tinggal, terbiar kosong dipenuhi pokok-pokok besar dan liar seperti rumah hantu yang biasa dilihat dalam filem seram.
Rumah sudah siap tidak berpenghuni dikelilingi semak samun di Lembah Beringin. – Gambar Ahmad Abd Hamid Cuma bezanya ini bukan dalam filem. Ia kisah benar di Lembah Beringin, kisah ratapan kecewa hajat tak sampai. Cerita hidup berjiran dengan rumah kosong dipenuhi semak samun dengan kesunyian menusuk kalbu. Begitu menakutkan.
Tinjauan penulis di Lembah Beringin baru-baru ini mendapati ratusan unit rumah, daripada rumah banglo, semi-D, rumah teres dan rumah kedai tinggal terbengkalai diselimuti hutan. Rangka rumah sudah berlumut dan uzur ketara melalui celah-celah rimbunan pokok liar yang memagarinya.
Selain rumah terbengkalai, banyak unit rumah sudah siap ditinggal tidak berpenghuni. Pokok-pokok kayu hidup subur dan membesar di halaman dan sekeliling sementara dalam rumah bersepah.
Yang tinggal di situ berteman dengan ‘rumah hantu’ mungkin tidak ada pilihan kerana telah membeli rumah tersebut dan tidak ada tempat tinggal lain. Suasana sunyi atau takut sudah tiada dalam kamus mereka.
Perlu penulis tekankan, perumahan Lembah Beringin yang banyak terbengkalai dan tidak berpenghuni adalah fasa bahagian dalam projek. Perumahan berhampiran susur keluar tol Lembah Beringin cantik bersih dan ramai penghuni. Namun rumah tinggal dan terbengkalai lebih banyak.
Jalan di Lembah Beringin yang sunyi dan dipagari hutan. – Gambar Ahmad Abd Hamid Terasa seram memasuki kawasan ini walau siang hari, apa lagi malam. Jalannya sunyi dipagari hutan. Pos pengawal di jalan masuk juga kosong terbiar. Tiada kemudahan pengangkutan awam, kedai, masjid atau stesen minyak atau tarikan lain untuk menceria dan menghidupkan suasana. Pekan paling hampir ialah Kerling.
Imbas kembali pada tahun 90-an, Lembah Beringin sangat popular. Hampir saban hari iklan projek perumahan di situ tersiar di kaca TV dengan gambaran keindahan persekitaran apabila siap. Iklan pula diiringi lagu gemersik mengusik kalbu, What A Wonderful World dendangan Louis Armstrong.
Pembangunan pesat yang dicanang di Lembah Beringin, serta mudah diakses melalui Lebuh Raya Utara Selatan, mendorong ramai tertarik membeli hartanah yang dimajukan oleh Lembah Beringin Sdn. Bhd, anak syarikat Land and General (L&G), antara pemaju hartanah terkemuka di Malaysia.
Antara dicanang ialah pembinaan pusat sukan, universiti serta penempatan semula Zoo Negara dari Hulu Kelang. Malah dikatakan lapangan terbang juga akan dibina di Hulu Selangor menggantikan Subang. Justeru bukan sahaja Lembah Beringin jadi tarikan tetapi juga kawasan berjiran seperti Bukit Beruntung dan Sungai Buaya.
Namun Sepang lokasi pilihan lapangan terbang baharu. Universiti atau pusat sukan tiada bayang. Pemindahan Zoo Negara tidak menjadi kenyataan. Yang ada kini Kolej Yayasan UEM dan padang golf yang nampak daif.
‘Hutan batu’ dikelilingi hutan kayu, pemandangan sayu di Lembah Beringin. – Gambar Ahmad Abd. Hamid Pembangunan Bandar Baru Lembah Beringin yang berkeluasan 6,800 ekar (2,720 hektar) bermula pada 1994 dengan pelancaran 2,300 unit rumah pelbagai jenis, merangkumi banglo, semi-D, rumah teres dan rumah kedai.
Namun tiada siapa menduga impian bertukar menjadi igauan ngeri. Krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997 tempiasnya turut menggegar Malaysia. Nilai hartanah merudum, banyak syarikat gulung tikar dan banyak industri lumpuh sekelip mata.
Syarikat L&G tidak terkecuali. Tamparan krisis begitu menyakitkan. Akibatnya pembangunan Lembah Beringin terhenti. Rumah kediaman dan rumah kedai yang patut siap pada tahun 1998 terbengkalai dan ditinggalkan begitu sahaja.
Pada 31 Disember 2001 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengkategorikan Lembah Beringin sebagai projek terbengkalai. Pada 17 Mac 2006 syarikat pemaju digulung (wind up) atas perintah mahkamah.
Pemaju terkedu, pembeli termangu-mangu, sama-sama menanggung padah. Hajat hati bermastautin dalam suasana indah dan nyaman Lembah Beringin tidak kesampaian.
Dianggarkan lebih 1,000 unit rumah tidak siap dan terus terbengkalai hingga kini. Projek itu sudah tidak menarik pelabur. Banyak rumah yang sudah siap dan boleh diduduki ditinggal begitu sahaja, walau pun ada juga unit yang didiami. Pembeli sudah tawar hati.
Rumah cantik namun penghuninya adalah pokok-pokok kayu liar menyeramkan pemandangan. Kini sudah 24 tahun projek Lembah Beringin terhenti, menjadi kawasan terpencil dan sunyi. Belum ada tanda-tanda ia akan dipulihkan. Rumah terbengkalai terus terbiar, semakin suram daripada pandangan dalam pelukan hutan yang semakin tebal.
Memang sayu melihat rangka rumah berdiri merentasi kawasan begitu luas, memandakan betapa besar dan hebat projek Lembah Beringin. Sungguh menyentuh hati melihat rumah dengan pelbagai design menarik diselimuti hutan, hanya nampak berbalam melalui celah-celah pokok.
Jika Lembah Beringin membangun seperti dirancang, pasti ia kini kawasan meriah dan maju. Justeru adakah hutan batu ini akan terus terbiar? Tiadakah usaha memulih dan menggerakkan kembali pembangunan?
Sedih sekali rumah yang sudah siap boleh diduduki tetapi dibiarkan diselubungi hutan di Lembah Beringin. Majukan Lembah Beringin dengan tarikan baharu. Antaranya universiti, kolej, politeknik dan sekolah berasrama. Juga kemudahan untuk penduduk seperti pengangkutan awam, pasar raya besar, masjid, stesen minyak, bank, pejabat pos dan pejabat kerajaan. Ada pemaju lain berani mengambil alih projek ini?
Datang dan saksikan sendiri kisah tragis Lembah Beringin. Lihatlah penghuni rumah yang tidak gentar berjiran dengan ‘rumah hantu’. Saksikan ratusan bangunan rumah dan kedai terbengkalai berdiri dipeluk sepi, kepiluan yang mencengkam hati. – UtusanTV
* Penulis memulakan kerjaya kewartawanan di Berita Harian pada 1979 sebelum menyertai Utusan Melayu pada 1980. Beliau kemudian melanjutkan pengajian kewartawanan sehingga peringkat sarjana di Boston University, Amerika Syarikat. Jawatan terakhir Penolong Ketua Pengarang Utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/lembah-beringin-hutan-batu-terbiar-sepi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Also Investigate The Loss Of Penang And Singapore Not Just Pulau Batu Puteh

Also Investigate The Loss Of Penang And Singapore Not Just Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 212 hits
Tunku Abdul Rahman and Umno are to blame for losing Penang and Singapore Hence Pulau Batu Puteh is not the only crime that needs investigating So they need to be very careful about opening this Pandora s Box Pulau Batu Puteh is only the tip...
Awani Global 13 Tahun Selepas Kehilangan Batu Puteh

Awani Global 13 Tahun Selepas Kehilangan Batu Puteh

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 211 hits
Pada 8 Oktober yang lalu kerajaan telah membuat keputusan untuk suatu semakan semula undang undang berkenaan kes Pedra Branca Pulau Batu Puteh Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2008 menyatakan Batu Puteh menjadi milik Singapura sementara ...
Q A Isu Pulau Batu Puteh

Q A Isu Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 269 hits
Q A ISU PULAU BATU PUTEH Perdana Menteri Ismail Sabri umum tubuh pasukan khas untuk kaji dan ambil tindakan undang undang ke atas pihak yang di dapati melakukan kecuaian dan kekhilafan kerana tidak meneruskan permohonan semakan penghakiman ...
Batu Puteh Pandora Najib Persoal Mahathir Dan Kuncu Diam Membisu

Batu Puteh Pandora Najib Persoal Mahathir Dan Kuncu Diam Membisu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 363 hits
Oleh Sirajuddin AhmadAmat pelik Tun Mahathir berdiam diri berkenaan isu Pulau Batu Puteh dan Pandora papers Bagi seorang yang dikira sangat vokal berkenaan 1MDB seolah olah prihatin berkenaan wang negara tapi nampak macam ada sesuatu yang t...
Johor Sultan Right To Be Angry Over Loss Of Batu Puteh

Johor Sultan Right To Be Angry Over Loss Of Batu Puteh

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 283 hits
ADUN SPEAKS The ruler of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskander is rightly upset as to why the former government of Pakatan Harapan under Dr Mahathir Mohamad withdrew the appeal against the decision by the International Court of Justice to be...
Inspektor Polis Bebas Tuduhan Tukar Dadah Kepada Gula Batu

Inspektor Polis Bebas Tuduhan Tukar Dadah Kepada Gula Batu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 214 hits
Juliana Shamsuddin didakwa menukar barang rampasan membabitkan 15 paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah kepada gula batu sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dengan niat melindungi seorang individu daripada hukuma...
Mahathir Arah Batalkan Permohonan Semula Pulau Batu Puteh Tanpa Kebenaran Kabinet

Mahathir Arah Batalkan Permohonan Semula Pulau Batu Puteh Tanpa Kebenaran Kabinet

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 231 hits
Oleh Nurul Aisyah KEDAULATAN negara sewenang wenangnya dicagar oleh Mahathir Episod sedih ini tidak mungkin dapat kita terima Bukti bukti salahlaku dan salah guna kuasa yang Mahathir buat ketika proses pembatalan permohonan semula Pulau Bat...
Pulau Batu Puteh Sultan Johor Mahu Penjelasan Tindakan Kerajaan Tun M Dulu

Pulau Batu Puteh Sultan Johor Mahu Penjelasan Tindakan Kerajaan Tun M Dulu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 313 hits
Mengapa soal kedaulatan Johor seperti tak penting pada waktu itu Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu tindakan diambil ke atas pihak ...
Tindakan Ph Batal Semakan Batu Puteh Beri Kesan Kepada Negara

Tindakan Ph Batal Semakan Batu Puteh Beri Kesan Kepada Negara

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 355 hits
15 OKT Kerajaan hari ini perlu meneruskan semula semakan kehakiman di Mahkamah Keadilan Antarabangsa jika Malaysia mempunyai bukti baharu bagi menyokong tuntutan semula pemilikan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca Pakar perlembagaan Prof Ma...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat