Lembaga Pengarah Tabung Haji Mesti Di Pecat Dan Di Siasat




Di samping membantu masyarakat Islam menunaikan fardu haji, antara tujuan utama Tabung Haji ditubuhkan adalah untuk membantu ekonomi masyarakat Melayu Islam dengan menambah pegangan ekuiti masyarakat Melayu Islam dalam kek ekonomi negara (BACA DI SINI).
Tabunh Haji ditubuhkan hasil dari kertas kerja 'Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal Bakal Haji' yang dibentangkan oleh Al Marhum Profesor Di Raja Ungku Aziz pada tahun 1959.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji, TH telah menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang dan berkembang dengan cukup pesat.
Namun selepas pemerintahan negara bertukar kepada Pakatan Harapan pada tahun 2018, kesemua Lembaga Pengarah TH yang dilantik oleh Pakatan Harapan telah hampir berjaya menghancurkan dan menyebabkan prestasi TH merudum dengan begitu teruk.

Mesti ramai yang masih ingat lagi, akibat prestasi perniagaan yang merudum ini, pada tahun kewangan 2018, TH telah mencatatkan sejarah yang cukup buruk apabila hanya mampu memberikan hibah sebanyak 1.25% kepada penyimpan Tabung Haji, kadar terendah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Lantikan Politik Dalam Barisan Ahli Lembaga Pengarah Telah Menghancurkan TH


Kronisma dan Dr Mahathir adalah ibarat saudara kembar yang tidak boleh dipisahkan.
Di dalam Lembaga Pengarah TH, Dr Mahathir mempunyai 3 orang wakil, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, Datuk Akhbar Samon dan Datuk Ahamed Basheer Mohd Hussain.

Dikatakan Basheer adalah anak angkat Dr Mahathir dan dia telah banyak campur tangan dalam urusan anak-anak syarikat TH (BACA DI SINI).
Berstatuskan anak angkat Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu, apakah ada yang mampu menentang semua keputusan-keputusan penting yang dibuat oleh Basheer, walau pun keputusan itu ternyata akan merugikan TH.

Anggota sembilan orang Lembaga Pengarah TH diketuai oleh Pengerusinya Tan Sri Md Nor Yusof yang merupakan bekas Pengerusi Malaysia Airlines.
Bukan lagi rahsia bahawa bekas Banker ini adalah orang Tun Daim Zainuddin dan  dilantik atas permintaan 'Council of Emminent Persons' (CEP), di mana Dr Zeti Akhtar Aziz adalah salah seorang anggota.
Bekas Banker ini memainkan peranan penting dalam penjualan aset TH secara besar-besaran dan atas arahan Daim, operasi niaga TH dilumpuhkan secara sistematik dengan menghentikan sepenuhnya semua kegiatan pelaburan.


Mohd Nor bertanggungjawab mereka naratif penipuan dan fitnah yang ditulis untuk Pakatan Harapan dan digunakan terhadap pentadbiran Barisan Nasional yang lepas dan pengurusan TH sebelum ini.

Dia menimbulkan suasana takut sehingga menyebabkan fenomena 'bank run' yang mana penyimpan menarik keluar simpanan dari TH dan ini menguntungkan Bank Islam yang mendapat manafaat dari aliran simpanan dari TH.

Untuk melindungi diri mereka dan salahlaku yang di lakukan di masa depan, Mohd Nor tidak letak balik anggota pengurusan yang ditangguh perkhidmatan tetapi sebaliknya membawa masuk pengurus-pengurus dari Malaysia Airlines untuk mengepalai urusan kewangan di TH.

Setelah puluhan tahun, Mohd Nor gagal memulihkan operasi Malaysia Airlines, adakah dia mengharapkan pengurus-pengurus dari Malaysia Airlines dapat menyelesaikan masalah kewangan TH akibat salahurus dan salahlaku Lembaga Pengarah dan pengurusan yang ada persekongkolan jahat dengan Bank Negara Malaysia?

Orang yang berperanan untuk menjadikan kakitangan BIMB menguasai semua peringkat TH dan walaupun tidak pengalaman dengan Operasi Haji, bertegas menghantar mereka untuk bertugas ke Mekah untuk Haji beberapa tahun kebelakangan adalah bekas Pengarah Bank Islam dan Pengarah TH, Datuk Zaiton Mohd Hassan.

Zaiton dianggap sebagai tali barut kepada Lim Guan Eng untuk membantu hasrat DAP menghancurkan TH.

Tali barut adalah istilah yang sering diguna untuk menggambarkan pembelot yang bersekongkol dengan musuh komunis sehingga mengakibatkan kekejaman dan kematian terhadap orang-orang Melayu semasa Bintang Tiga menguasai Tanah Melayu setelah berakhirnya Perang Dunia II.

Atas jasanya, Zaiton dilantik Guan Eng menjadi Pengerusi Bank Pembangunan dengan pakej imbuhan RM800,0000 setahun.

Daripada memulihkan Bank, seperti biasa, dia hanya sibuk dengan politik organisasi.
Mencatur orang dan mencari salah secara besar-besaran serta membuta tuli mempersalahan ahli-ahli pengurusan bank seperti yang dilakukannya di Bank Islam dan TH. 
Majalah perniagaan The Edge berulang kali menulis tentang kegagalannya untuk memulihkan di Bank.

Sebarang pencapaian yang dikatakan Zaiton dicapai pastinya hanya perhiasan luar sahaja. 
Tengku Zafrol, sebagai Menteri yang bertanggungjawab, harus memecatnya dari bank!

Bersama dengan Mohd Nor, Zaiton memainkan peranan utama dalam mereka-reka pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional dan penjualan aset TH yang murah.

Dan, dia secara peribadi bertanggungjawab di atas kerugian RM50 juta yang ditanggung TH kerana melanggan bon yang dikeluarkan oleh syarikat rakannya ketika berkhidmat di Maybank, Offshore Works Sdn Bhd.

Firma kepunyaannya berperanan sebagai konsultan dalam penerbitan bon.
Sebagai anggota Lembaga Pengarah Bank Islam, jelas sekali terdapat konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa. 
Tetapi Bank Negara seolah-olah melindunginya.
Zaiton berperanan untuk memberhentikan kerjasama antara TH dan Sultan Pahang dalam sektor perladangan. 
Dia dipercayai memberikan maklumat yang salah untuk diterbitkan oleh Sarawak Report. 
Ini telah mencemarkan nama baik DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong.

Dia berbohong, memfitnah dan dengan kejam mengenakan enam pengurusan tertinggi TH dengan tuduhan palsu dalam laporan polis TH dengan niat untuk menggantikannya.

Polis mendapati tiada salahlaku yang dilakukan oleh mereka untuk dijadikan sebarang pertuduhan jenayah dan kesemua mereka ini belum lagi dikembalikan ke jawatan asal mereka sebelum ini.

Dalam satu persekongkolan dengan Bank Negara, khususnya dengan mantan Gabenor BNM, Dr Zeti Akhtar Aziz, dan Gabenor yang ada, Dato Nor Shamsiah, Zaiton, bekas CEO Dato Zukri dan disokong dari luar oleh CEO semasa Dato Nik Hasyudeen, mereka membuat tuduhan palsu berlaku manipulasi akaun, hibah yang tidak wajar dan pelanggaran piawaian perakaunan dan Akta Tabung Haji oleh pihak pengurusan sebelum ini.

Hingga hari ini, pengurusan semasa masih belum mendapat pengesahan untuk akaun 2018 sebagai telah memenuhi piawaian perakaunan yang dikehendaki dan diluluskan oleh Ketua Audit Negara sebagai mematuhi undang-undang mentadbir TH.

Ketika itu, orang ramai telah ditipu permainan media massa oleh pembangkang dan pensimpati pembangkang yang menimbulkan persepsi bahawa terdapat salah laku besar berlaku di TH.

Bekas Pengerusi, Dato Azeez Rahim dan bekas CEO, Tan Sri Ismee Ismail yang disasarkan secara politik masih belum dikenakan sebarang tindakan atas sebarang kesalahan. 
Bahkan tidak ada perintah reman oleh polis atau SPRM.

Hingga hari ini, semua pembohongan palsu Zaiton TIDAK terbukti benar. 
Kesemua tuduhan beliau haya pembohongan belaka!!!

Selepas peletakan jawatan oleh Dato Zukri, dia digantikan oleh rakan dalam sebuah firma audit, Datuk Nik Hasyudeen.

Nik adalah ahli parti Amanah yang terkenal dan mempunyai kaitan hubungan dengan kumpulan aktivis Islam yang membawa agenda anti-Islam, IKRAM.

Dia melaksanakan agenda Zaiton untuk memangkas peranan TH menjadi lebih kecil dengan memotong subsidi Haji dan meningkatkan kos haji ke tahap yang tidak termampu oleh orang biasa. 
Dia juga meluluskan penutupan16 cawangan TH di seluruh negara.

Zaiton dan BNM pernah menuduh pengurusan lepas TH melakukan salah laku membayar hibah di luar kemampuan kewangan. 
Di bawah Nik, dia dipercayai melakukan salah laku sama baru-baru ini.

Nik juga menggunakan wang dari sumber yang 'haram' untuk mengedarkan makanan kepada barisan hadapan semasa wabak Corona Covid 19 baru-baru ini.
Dia dipercayai bekerjasama dengan Zaiton untuk mencemarkan nama baik SPB YDP Agong.

Sebelum bergabung dengan TH, Nik lantang menyerang pengurusan dan Lembaga Pengarah sebelum ini, dan secara terbuka menyokong Zaiton di dalam Facebook kepunyaannya. 
Hari ini dia mengelak dari untuk menjawab persoalan-persoalan yang diajukan kepadanya di Facebook atas amalan tidak sesuai yang sedang berlaku.

Kesalahannya diketahui ramai dalam TH. 
Dia cuba menutup dengan meluangkan banyak masa untuk berkhutbah dan memutar ayat-ayat Al-Quran untuk memberi inspirasi, tetapi sebenarnya dia bersalah kerana sengaja melanggar undang-undang yang dituduh terhadap pihak pengurusan sebelumnya!!!


Wakil yang dilantik Mujahid adalah Prof Dr Ashraf Md Hashim.
Dia berperanan untuk mengubah asas akaun simpanan TH dari Wadiah Yad-Dhamanah menjadi Wakalah sebagai langkah untuk menghapus jaminan kepada akaun simpanan.

Wakil Azmin Ali adalah Datuk Noordin Sulaiman dan dia adalah anggota anggota BOD yang lemah dan mengecewakan. 
Dia hanya mengikuti pandangan ahli Lembaga Pengarah yang lain dan mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang bermotifkan politik.
Tempoh perkhidmatan ahli-ahli Lembaga Pengarah (BOD) Tabung Haji (TH) akan tamat dalam masa terdekat.
Sekiranya Muhyiddin Yassin berhasrat untuk kekal sebagai Perdana Menteri, dia harus mengatasi (over ride) kuasa Menteri di Jabatan PM yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Islam dan memecat seluruh Lembaga Pengarah yang berniat jahat, terutamanya Dato Zaiton binti Hassan.


Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan tujuan untuk menyiasat dan mendakwa semua pesalah laku di mahkamah atas kesalahan jenayah.

Masyarakat Melayu Islam terutamanya pendeposit TH berhak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kepada TH ketika Pakatan Harapan berkuasa selama 22 bulan.
Mereka telah melakukan manipulasi, membuat kepalsuan dan fitnah yang bertujuan untuk memperkecilkan operasi TH untuk menjadi hanya ejen pelancongan dan pengambilan deposit, dan kakitangan-kakitangan TH menjadi jurujual produk Bank Islam!!!

Muhyiddin harus mengatasi (over ride) kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Islam, Dr Zulkifli Mohamad al Bakri.
Zulkifli Mohamad al Bakri yang berfahaman Wahabi harus diberi amaran keras oleh Muhyiddin agar tidak mengganggu dan bersuamuka dengan Lembaga Pengarah TH untuk memutihkan imej jahat mereka.

Pada masa lalu dan masih dilakukan sekarang, Dr Zul sering memberi perlindungan kepada pesalah agama, penyeleweng akidah, dan gerakan anti-Islam dan mengganggu siasatan melalui tindakan bersuamuka dengan pesalahlaku-pesalahlaku agama ini.

Tindakannya hanya menyusahkan untuk sebarang tindakan diambil dan mereka boleh meneruskan kegiatan subversif menentang amalan dan institusi Islam yang ada.
Pilihan Muhyiddin sekarang ialah ambil tindakan segera terhadap BOD TH atau hadapi kemarahan rakyat pada PRU 15 nanti.
In Sya Allah besok, laman blog ini akan memperincikan apa yang telah dilakukan oleh BOD TH lantikan politik yang ada sekarang dalam menjahanamkan TH.


Kredit :
Blog Another Brick In Wall

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/07/lembaga-pengarah-tabung-haji-th-mesti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
38 Sebab Kenapa Muhyiddin Mesti Pecat Dan Siasat Lembaga Pengarah Th

38 Sebab Kenapa Muhyiddin Mesti Pecat Dan Siasat Lembaga Pengarah Th

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 311 hits
Laman blog ini ada menulis secara ringkas bagaimana barisan Lembaga Pengarah Tabung Haji sekarang tidak layak dan tidak sepatutnya berada di barisan Lembaga Pengarah TH kerana mereka semua adalah lantikan politk yang membawa agenda peribadi...
Mengapa Umno Pas Abai Proses Siasatan Bekas Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji

Mengapa Umno Pas Abai Proses Siasatan Bekas Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 313 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang dilihat lantang di Parlimen adalah antara orang yang bertanggungjawab atas kegagalan Tabung Haji sebelum ini kata Ketua Pemuda AMANAH Tenggara Ridhuan Esa Menuru...
Aset Tabung Haji Tidak Dijual Kepada Cina Saifuddin

Aset Tabung Haji Tidak Dijual Kepada Cina Saifuddin

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 351 hits
Tabung Haji mencatat perolehan membanggakan tahun ini kerana proses penyelamatan yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan sejak setahun lalu telah berjaya Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam sesi bahas Titah...
Muncul Hari Hari Dalam Tv Tapi Memfitnah Tentang Tabung Haji Kita Takut Apabila Memfitnah Tak Boleh Bertaubat

Muncul Hari Hari Dalam Tv Tapi Memfitnah Tentang Tabung Haji Kita Takut Apabila Memfitnah Tak Boleh Bertaubat

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 264 hits
Beliau yang dulu memfitnah sekarang ni seronok dan mudah je muka muncul di TV Teruklah macam ni adakah penghujung akhir zaman ini rakyat dicorakkan otak oleh so called agamawan yang kuat menipu dan memfitnah JUAL ASET ORANG ISLAM TABUNG HAJ...
Dusuki Syukur Prestasi Tabung Haji

Dusuki Syukur Prestasi Tabung Haji

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 255 hits
Seorang ulama PAS menyuarakan kesyukurannya susulan kejayaan Lembaga Tabung Haji mencatat lebihan aset bernilai RM1 9 bilion seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Parlimen Ahli Jawatankuasa Ulama PAS Pusat Ahmad Dusuk...
Aset Tabung Haji Dikuasai Bukan Islam

Aset Tabung Haji Dikuasai Bukan Islam

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 361 hits
Kenapa Saifuddin Nasution bersyukur dengan jawapan berhubung Tabung Haji ini sebab jawapan ini sebenarnya membuktikan kegagalan PH Dalam jawapan parlimen semalam kerajaan PN mengesahkan aset aset TH sudah dipindah ke Kementerian Kewangan se...
Tidak Tolak Kewajaran Tubuh Rci Tabung Haji

Tidak Tolak Kewajaran Tubuh Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 472 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ustaz Ahmad Marzuk Shaary tidak menolak kewajaran menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan penjualan aset yang berlaku dalam pengurusan Lembaga ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya