Dusuki Syukur Prestasi Tabung Haji


Nadia Azam

Seorang ulama PAS menyuarakan kesyukurannya susulan kejayaan Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat lebihan aset bernilai RM1.9 bilion, seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Parlimen.
Ahli Jawatankuasa Ulama PAS Pusat Ahmad Dusuki Abd Rani turut berharap agar institusi itu semakin maju di masa akan datang.
“Alhamdulillah di atas nikmat yang Allah berikan pada kita.
“Semoga TH lebih berdaya saing untuk masa akan datang selain (dapat digunakan) kerajaan untuk meningkatkan ekonomi ketika negara kita dihimpit wabak Covid-19,” katanya kepada Malaysiakini.
Dalam jawapan Parlimen kepada Anggota Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof semalam, Muhyiddin berkata setakat setengah tahun pertama 2020, TH memiliki aset berjumlah RM78 bilion dengan dengan lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 bilion.
Dalam soalannya, Mujahid yang menjadi menteri yang bertanggungjawab terhadap TH turut bertanya sama ada benar pentadbiran PH telah membiarkannya dikuasai orang bukan Islam.
Untuk itu, Muhyiddin menjawab pemindahan aset-aset yang kurang berdaya saing milik TH kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki penuh oleh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) adalah selaras dengan pelan pemulihan dan penstrukturan semulanya.
"Oleh yang demikian, TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam," katanya lagi,
Tabung Haji sebelum ini pernah dikecam teruk serta didakwa dikuasai orang bukan Islam semasa pentadbiran PH.
Ia susulan pemindahan aset sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan dan penstrukturannya, selepas TH dilaporkan memiliki aset lebih rendah berbanding liabiliti sebanyak RM4.1 bilion.
Antara aset yang diambil alih Urusharta Jemaah ialah empat hotel iaitu TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu.
Dusuki sendiri antara yang mengecam tindakan itu yang menganggap pemindahan milik itu sebagai 'pengkhianatan besar' dan jahat terhadap umat Islam di negara ini yang akan dikenang sehingga ke liang lahad.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/dusuki-syukur-prestasi-tabung-haji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Hantar Memorandum Segera Tubuh Rci Tabung Haji

Pemuda Umno Hantar Memorandum Segera Tubuh Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 359 hits
Pergerakan Pemuda UMNO pada Rabu menyerahkan memorandum menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan membabitkan Tabung Haji Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di ...
Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 502 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1 9 bilion dan tidak dikuasai orang bukan Islam kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Muncul Hari Hari Dalam Tv Tapi Memfitnah Tentang Tabung Haji Kita Takut Apabila Memfitnah Tak Boleh Bertaubat

Muncul Hari Hari Dalam Tv Tapi Memfitnah Tentang Tabung Haji Kita Takut Apabila Memfitnah Tak Boleh Bertaubat

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 346 hits
Beliau yang dulu memfitnah sekarang ni seronok dan mudah je muka muncul di TV Teruklah macam ni adakah penghujung akhir zaman ini rakyat dicorakkan otak oleh so called agamawan yang kuat menipu dan memfitnah JUAL ASET ORANG ISLAM TABUNG HAJ...
Hazmi Gelar Dasuki Rani Jahat Selepas Terbukti Fitnah Isu Tabung Haji

Hazmi Gelar Dasuki Rani Jahat Selepas Terbukti Fitnah Isu Tabung Haji

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 487 hits
ARIF ATAN Ketua Pemuda AMANAH Kelantan Hazmi Hassan menyelar sikap Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Pusat Ahmad Dasuki Abdul Rani yang tidak meminta maaf selepas menabur fitnah berhubung isu Lembaga Tabung Haji Hazmi yang juga dikenali se...
Mujahid Cabar Abdul Azeez Debat Isu Tabung Haji

Mujahid Cabar Abdul Azeez Debat Isu Tabung Haji

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 434 hits
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mencabar bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim untuk berdebat berkenaan isu isu agensi itu dan segala dakwaan yang dilemparkan sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan Menerusi temubual...
Alhamdulillah Selesai Daftar Haji Anak Di Tabung Haji

Alhamdulillah Selesai Daftar Haji Anak Di Tabung Haji

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 463 hits
Assalamualaikum dan salam sayang Alhamdulillah selesai semua urusan kami buka akaun tabung haji Indera sekali dengan daftar kuota giliran haji
Pelaburan Tabung Haji Di Dalam Syarikat Roti Silverbird Saham Dibeli Pada Premium 177 Kerugian Rm90 Juta

Pelaburan Tabung Haji Di Dalam Syarikat Roti Silverbird Saham Dibeli Pada Premium 177 Kerugian Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 379 hits
FEBRUARY 23 2016 RAFIZIRAMLI 1 COMMENTSalah satu pelaburan Tabung Haji sebelum ini yang mengundang kontroversi ialah pembelian saham saham di dalam syarikat pembuat roti Silverbird Group Berhad di dalam tahun 2007 pada harga yang cukup ting...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Selamat Menyambut Malam Raghaib

As Gold Prices Climb Many Malaysian Families Find A Hidden Financial Cushion

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Folder Korporat Elemen Penting Untuk Imej Profesional Syarikat

From Dopamine Spikes To Stable Focus The Biological Benefits Of Switching To Nootropic Pouches

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

Stablecoin Dan Singapura Membangun Ekosistem Kewangan Digital Yang Kukuh

Ya Saya Kini Sah Bercerai Dan Dalam Tempoh Idah Dayana Roza

Perbicaraan 1mdb Mahkamah Tinggi Putuskan Surat Derma Dari Raja Arab Adalah Palsu