Lelaki Ziarah Nenek Waktu Malam Di Penjara Denda Rm1 000



KUALA TERENGGANU - Tindakan seorang lelaki menziarahi neneknya pada waktu malam mengundang padah apabila dijatuhi hukuman empat hari penjara dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.Muhammad Azim Mustaqim Mustafa, 25, dari Kampung Tok Jiring, di sini turut berdepan hukuman penjara tambahan sebulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.Keputusan dibuat selepas dia yang tidak bekerja mengaku salah bergerak dengan menunggang motosikal di tepi jalan Losong Haji Mat Shafie hadapan Sekolah Menengah Sultan Ahmad di sini.Dia mengaku melakukan kesalahan itu untuk menziarahi neneknya di rumah di lokasi berkenaan, jam 11.30 malam, semalam.Selain itu, dua lagi individu, Muhammad Firdaus Fikri Madzlan, 20, dan Muhamad Aidil Mahari, 23, juga berdepan nasib sama selepas mengaku salah melakukan kesalahan sama dengan bergerak dari rumah masing-masing malam semalam.Muhammad Firdaus Fikri mengaku melakukan kesalahan itu dengan bergerak dari rumahnya di Kampung Losong Ferry, di sini ke sekitar kawasan Jalan Tangki Air, Kampung Losong Mat Shafie di sini.Dia mengaku melakukan kesalahan itu kira-kira jam 11.10 malam, pada 28 April lalu dengan memberi alasan dalam perjalanan balik ke rumah selepas menghantar beras ke rumah kawannya.Manakala bagi Muhamad Aidil dari Bukit Payong, Marang mengaku melakukan kesalahan itu dengan bergerak dari rumahnya ke tepi jalan Gelugor Kampung Sungai Pinang, di sini, jam 11.30 malam, semalam.Dia mengaku melakukan kesalahan tersebut dengan memberi alasan hanya untuk pergi bermain daun terup di lokasi berhampiran.Dua lagi individu, Muhammad Yazid Mohd Rosli, 23, dan Mohamad Syazwan Aminuddin, 29, masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua dan lima hari dan denda RM1,000 atau sebulan lagi penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu selepas kelima-lima individu ini mengaku salah atas pertuduhan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 yang dibacakan secara berasingan.Jika disabitkan kesalahan itu, mereka berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala kesemua mereka diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mazlan Md Zein.Terdahulu, Ka Full meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal kerana alasan diberikan oleh kesemua individu itu adalah langsung tidak munasabah."Tindakan mereka ini bukan hanya memberi risiko kepada diri sendiri, malah turut mengundang risiko kepada orang lain."Meskipun kes koronovirus (Covid-19) sejak kebelakangan ini menunjukkan perkembangan semakin positif, tetapi kita tidak boleh mengambil mudah dan pandang ringan berkait permasalahan ini," katanya.Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan bermula tarikh masing-masing ditangkap. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/04/lelaki-ziarah-nenek-waktu-malam-dijel-4.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjara 3 Hari Denda Rm1 000 Main Golf Ketika Pkp

Penjara 3 Hari Denda Rm1 000 Main Golf Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 394 hits
TIGA lelaki yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan kerana bermain golf semalam dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM1 000 oleh Mahkamah Majistret Batu Gajah hari ini Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf membuat kep...
Pkp Kena Denda Rm1 000 Naik Satu Kereta Ke Pasar Raya

Pkp Kena Denda Rm1 000 Naik Satu Kereta Ke Pasar Raya

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 1119 hits
KUALA LUMPUR Pasangan suami isteri bersama seorang jiran mereka didenda RM1 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung pertuduhan ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan dengan menaiki sebuah kereta secara beramai ramai Muha...
Banding Dikabulkan Hukuman Romahurmuziy Jadi 1 Tahun Penjara Dan Denda Rp100 Juta

Banding Dikabulkan Hukuman Romahurmuziy Jadi 1 Tahun Penjara Dan Denda Rp100 Juta

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 265 hits
Sebelumnya Pengadilan Tipikor Jakarta Pusat menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara denda Rp 100 juta subsider 3 bulan kurungan terhadap Romi
Pkp Kenapa Wakil Rakyat Hanya Di Denda Bukan Penjara

Pkp Kenapa Wakil Rakyat Hanya Di Denda Bukan Penjara

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 373 hits
PUTRAJAYA Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan mengapa timbalan menteri dan exco kerajaan negeri Perak hanya dikenakan denda RM1 000 mengatakan kedua duanya didapati hanya melanggar prosedur operasi standard di bawah Perinta...
Mulai 7 Mei 2020 Denda Rp 100 Juta Dan Penjara 1 Tahun Diberlakukan Bagi Warga Yang Nekat Mudik

Mulai 7 Mei 2020 Denda Rp 100 Juta Dan Penjara 1 Tahun Diberlakukan Bagi Warga Yang Nekat Mudik

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 309 hits
Banyaknya masyarakat yang masih nekat dan bersikeras pulang menuju kampung halaman telah dikecam secara tegas Tak hanya melarang mudik kini pemerintah akan terapkan ancaman dan denda bagi warga yang masih nekat mudik di masa pandemi Bukan t...
Tahniah Warga Penjara Sabah Berjaya Hasilkan 17 000 Ppe Covid 19

Tahniah Warga Penjara Sabah Berjaya Hasilkan 17 000 Ppe Covid 19

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 378 hits
Seorang penghuni penjara boleh hasilkan 400 hingga 500 set PPE COVID 19 PENJARA SABAH HASILKAN 17 000 PPE Sebanyak 17 000 set peralatan perlindungan diri dihasilkan penghuni penjara di Sabah untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalik...
Ingkar Pkp Rakyat Biasa Ramai Kena Penjara Anak Zahid Hamidi Kena Denda Rm800 Je

Ingkar Pkp Rakyat Biasa Ramai Kena Penjara Anak Zahid Hamidi Kena Denda Rm800 Je

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 951 hits
Anak presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Nurulhidayah dikenakan hukuman denda sebanyak RM800 selepas didapati bersalah melanggar perintah kawalan pergerakan pada 20 April lalu Suaminya Saiful Nizam Mohd Yusoff turut dikenakan denda sama atas k...
Raih 750 000 Pengikut Dalam Seminggu Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official Hiburkan Netizen Di Waktu Pkp

Raih 750 000 Pengikut Dalam Seminggu Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official Hiburkan Netizen Di Waktu Pkp

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 1163 hits
Di kala Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April ini sudah tentu ramai dalam kalangan rakyat Malaysia memenuhkan masa terluang mereka dengan memasak Namun tidak semua resipi yang dicuba itu menjadi Bak kata orang hidup tak ...
Waktu Operasi Mesin Atm Kini Dihadkan Sehingga 8 Malam Sahaja

Waktu Operasi Mesin Atm Kini Dihadkan Sehingga 8 Malam Sahaja

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 325 hits
Waktu operasi mesin ATM di seluruh negara kini disingkatkan lagi dari ham 8 pagi sehingga 8 malam Pengumuman waktu operasi baharu ini diumumkan oleh menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri hari ini Langkah pengurangan waktu operasi ini diambi...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement