Lelaki Tanpa Kepala Di Jalan Bukit Putus Negeri Sembilan


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. 'Jangan tegur!' - Tengah drive, tetiba lelaki tanpa kepala melintas di depan kereta di Jalan Bukit Putus

"Drive punya drive, tiba-tiba mak aku ternampak badan orang tak ada kepala, tak ada kaki, tak ada tangan melintas di depan kereta." Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
YUHUU gais. Sebagai seorang waris Negeri Sembilan (N9), aku tahu semua orang N9 memang kenal dengan jalan lama Bukit Putus ini. Banyak kejadian-kejadian aneh dan menyeramkan berlaku di sini, malah mak dan ayah saya pun pernah kena. 
Jalan Bukit Putus ini terletak di N9. So jalan ini sepanjang 6.9 kilometer dan mempunyai 32 selekoh tajam. Ceritanya, Bukit Putus ini jalannya memang dikatakan keras oleh orang-orang yang pernah lalu kat kawasan ini. 
Jadi aku nak share sikit tentang cerita-cerita yang pernah bualan hangat suatu ketika dahulu. 
ORANG USUNG KERANDA
Cerita ini terjadi kepada seorang wanita yang bernama Masitah Idris. Ceritanya bermula apabila Kak Masitah memandu di jalan itu pada waktu malam

Mengenangkan cerita-cerita yang dihidangkan masyarakat, nak-nak pula katanya Bukit Putus itu antara lima kawasan paling keras. Lagilah dia seriau nak lalu jalan itu. Tapi apakan daya, terpaksa juga lalu. 
Sepanjang perjalanan itu dia memang rasa resah dan seram sejuk, seperti ada saja benda yang memerhati. Sampai di satu selekoh, dia nampak kelibat orang ramai dan hatinya pun mula lega. Tak adalah seram sangat sebab sekurang-kurangnya ada orang di kawasan itu.

Tidak lama selepas itu dia tersedar, di kawasan Bukit Putus itu tak ada sebuah rumah pun. 
Semakin lama dia semakin dekat dengan orang-orang itu. Apa yang dia nampak adalah sekumpulan lelaki sedang mengusung keranda. Ke mana mereka nak pergi? Tanah perkuburan mana mereka nak tanam jenazah? Wallahua'lam. 

BANTAL PELUK BERGOLEK KEJAR KERETA
Yang ini tak tahu siapa punya cerita. Tetapi agak terkenal. Katanya di kawasan turun bukit, kau berkemungkinan akan dikejar dengan bantal peluk yang sedang bergolek-golek. 
Aku sebagai orang N9 duduk kampung tengkek kat Kuala Pilah selalu juga lalu jalan ini sebelum jalan baru itu dibina. Tapi itulah tiada rezeki nak nampak. 
Kau jangan tanya aku kenapa bantal tu bergelk. Aku syak bantal peluk itu obess, nak lompat-lompat, dia mengah. Kesian dia. 
LELAKI TIDAK BERKEPALA
Okey, kalau korang perasan, di salah satu selekoh itu ada satu pokok besar tetapi pokok itu macam kena sambar petir sebab separuh je. Tinggal tunggul.

Selekoh tajam dan berdekatan gaung menjadikan laluan ini berbahaya terutama pada waktu malam.
Di situ khabarnya ada seorang lelaki tidak berkepala selalu mengilai dan menjerit meminta tolong. 
Aku rasa macam pernah nampak pokok ini. Tetapi masa aku lalu itu waktu siang. Jadi aku tak nampak kelibat lelaki itu. Hanya nampak sticker pinjaman wang berlesen saja kat pokok itu.

 Pada waktu siang jalan ini masih menjadi pilihan pengguna jalan raya dari atau ke Seramban dan Kuala Pilah. 

Kau jangan dok memandai-mandai nak pergi usya. Kang terjumpa, tak cukup tanah kau lari nanti. 
Saje nk lalu jln ni sbb dh lama tk lalu .. siang tkpa mlm jgn .. bukak tingkap sejuk je rase nyaman gitchu .. pic.twitter.com/puwispdYtY— nmiraht (@nuraizzati2) February 1, 2020
'JANGAN TEGUR!' 
Ini cerita mak bapak aku sendiri. Nak dijadikan cerita, arwah ayah aku ni dia punya mood tu susah nak diramal. Means dia ni kalau nak jalan-jalan, kejap-kejap itu dia suruh bini dia pack barang. So kalau balik kampung tengah-tengah malam itu memang perkara biasa bagi kami sekeluarga. 
Arwah ayah ni pemandu bas, memang power bab-bab driving ni. So satu malam itu dia ajak mama balik kampung. Masa itu musim durian, so memang layanlah kutip buah durian jam 5-6 pagi.

Sampai saja kat Bukit Putus, mak aku dah rasa seram sejuk. Aku macam biasa masih kanak-kanak riang yang tidur awal. Jadi aku bantai tidur kat belakang. Drive punya drive, tiba-tiba mak aku ternampak badan orang tak ada kepala, tak ada kaki, tak ada tangan melintas di depan kereta. Mak pun terus terkejut! 
"Ya Allah ling (darling)!!!" 
Selepas itu arwah ayah pula kata "Pffff!!! Jangan tegur." dan dia teruskan memandu. Rupa-rupanya memang dua-dua nampak benda yang sama pada malam itu. 
Kau jangan tanya kenapa bapak aku chill je. Dia pemandu pelancong, drive 2-3 pagi itu memang dah kerja dia dari sebelum aku dilahirkan lagi. Hahaha! So benda-benda itu macam perkara biasa bagi dia. 

Kepada yang kata nak pergi sana buat paranormal activity, tak payahlah pergi. Jalan itu dah terabai bertahun-tahun. Dah bersepah dengan semak dan ranting kayu semua. Demi kereta korang, janganlah memandai pergi ke sana. Bukan sebab tempat itu keras, tetapi jalan itu sendiri yang berbahaya.

Pengguna kini memilih jalan baharu berbanding jalan lama yang dibuka sejak 2009. 
Kepada yang kata kau tak nampak apa-apa, mungkin hantu tu tak suka nak kacau golongan sendiri, Sama-sama buruk maybe? Hahahaha! 
Sumber: Aaus The BadFoto: Firdaus Zulfaa

RSS Feed Widget

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hantudunia.blogspot.com/2020/02/lelaki-tanpa-kepala-di-jalan-bukit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tegur Tengah Drive Tetiba Lelaki Tanpa Kepala Melintas Di Depan Kereta Di Jalan Bukit Putus

Jangan Tegur Tengah Drive Tetiba Lelaki Tanpa Kepala Melintas Di Depan Kereta Di Jalan Bukit Putus

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 333 hits
Sekadar perkongsian untuk bacaan suka suka Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan Risiko tanggung sendiri Gambar gambar yang digunakan juga hanyal...
Polri Tak Usut Tppu Kepala Daerah Di Kasino Luar Negeri Temuan Ppatk

Polri Tak Usut Tppu Kepala Daerah Di Kasino Luar Negeri Temuan Ppatk

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 209 hits
Kendati demikian Asep tak mengetahui institusi mana yang akan menangani kasus TPPU tersebut Apakah Kejaksaan Agung atau Komisi Pemberantasan Korupsi nanti kami cek katanya
Jom Jenjalan Cape Nautica Villas Port Dickson Negeri Sembilan

Jom Jenjalan Cape Nautica Villas Port Dickson Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 738 hits
Jom Jenjalan CAPE NAUTICA VILLAS Port Dickson Negeri Sembilan Tidur semalam di sini on the way back to JB Suka la kebudaks jantan mandi manda kat sini Layan Video penuh https youtu be WtbJW8plsBUcheck indah nampak kolam dahteam dah turuntea...
Jersi Pasukan Premier Negeri Sembilan 2020 Ada Gambir Emas

Jersi Pasukan Premier Negeri Sembilan 2020 Ada Gambir Emas

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 470 hits
Pasukan Liga Premier Malaysia dengan jolokan Sang Rusa dan tagline Hobin Jang Hobin telah memperkenalkan jersi pasukan yang akan dipakai The post appeared first on
Man In Negeri Sembilan Arrested For Attacking Harmless Pet Dog With Wooden Rod

Man In Negeri Sembilan Arrested For Attacking Harmless Pet Dog With Wooden Rod

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 406 hits
The dogs are currently receiving intensive care at a veterinary clinic in Seremban Negeri Sembilan small Cover image via Malaysia Animal Association Facebook small A man in Lukut Negeri Sembilan has been apprehended by authorities after a v...
Semua Masjid Di Negeri Sembilan Akan Adakan Solat Hajat Serentak

Semua Masjid Di Negeri Sembilan Akan Adakan Solat Hajat Serentak

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 258 hits
Seremban Seluruh masjid di Negeri Sembilan akan menganjurkan solat hajat serentak bagi memohon agar Malaysia dilindungi oleh Allah SWT daripada penularan penyakit 2019 Novel Koronavirus Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata perka...
Serviced Apartment Di Bukit Bintang Kuala Lumpur

Serviced Apartment Di Bukit Bintang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 416 hits
Mencari rumah idaman di Kuala Lumpur yang berharga RM300 000 Harga Rumah RM300 000Booking RM500 by chequeOpen dateCompletion date Feb 2023Strategic Unit 2 2 acres 38 floor Total unit 494 unit 1 type only 814 sf 3 bedroom 2 bathroom 16 unit ...
Bbq Buffet Dinner Di Royale Chulan Bukit Bintang

Bbq Buffet Dinner Di Royale Chulan Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 435 hits
Mencari Buffet Dinner di Kuala Lumpur mungkin kita boleh jadikan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang sebagai tempat pilihan kerana ia menyediakan BBQ Buffet Dinner bukan sahaja harga yang berpatutan tetapi tempatnya juga indah di tepi kolam r...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn