Lelaki Sebenarnya Lebih Suka Wanita Tanpa Mekap Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tau
Lelaki Sebenarnya Lebih SUKA Wanita Tanpa MEKAP. Ini Sebabnya Yang Ramai TAK TAHU! Dalam satu kajian mendapati bahawa kaum lelaki ini sebenarnya gemar sekali melihat pasangan mereka berpenampilan sederhana dan tidak bermekap.
BACA: Ramai Yang Tak TAHU, 6 Makanan Ini Punca Jerawat Asyik ‘HINGGAP’ Di Muka
Maksud tidak bermekap ini bukahlah penampilan tidak kemas atau serabai, tetapi lebih kepada gaya yang sederhana. Mungkin cukup hanya sekadar mengenakan bedak nipis dan secalit gincu pada bibir. Bagi mereka ia sudah memperlihatkan kecantikan sebenar kaum wanita. Namun itu sebahagian pendapat kaum lelaki kerana ada juga di kalangan mereka yang gemar ‘cuci mata’ melihat wanita berpakaian seksi dan bermekap tebal. Dalam hal ini tepuk dada tanya selera.
1. Suka Wanita Yang Yakin
Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.
2. Tidak Suka Wanita Obses
Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘Tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.
3. Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur
Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.
4. Lelaki Tidak Suka Menunggu
Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.
5. Cantik Luaran Tidak Penting
Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.
Artikel Berkaitan:
Jodoh Itu Bukan ‘Dicari’ Tetapi Perlu ‘Dicipta’
Ini 4 Cara Yang Korang Kena Ambil TAHU Bagaimana Nak Buat Tuntutan Kemalangan PERKESO
The post Lelaki Sebenarnya Lebih SUKA Wanita Tanpa MEKAP. Ini Sebabnya Yang Ramai TAK TAU! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/lelaki-sebenarnya-lebih-suka-wanita-tanpa-mekap-ini-sebabnya-yang-ramai-tak-tau/