Lelaki Pujaan Malaya Ini Kongsi 9 Jenis Sunblock Terbaik Dari Drugstore Elok Pakai Jika Tak Nak Ada Jeragat
Menyedari bahawa ada pengguna yang pening kepala berdepan dengan masalah lambakan sunblock di farmasi, seorang pengguna Facebook bernama Herry Rozular sudi berkongsi jenis dan kegunaan sunblock untuk kulit serta badan. Paling best, sunblock ini boleh didapati di drugstore sahaja dengan harga mampu milik.
Jenis dan sunblock yang ada dekat drugstore!
Pening kan banyak sangat2 ada n sampai rasa takyah pakai la. Ish kena pakai tu kalau tak nak jeragat muncul 😜 Berdiri depan rak tu adoi entah mana satu nak ambik kann, last2 tak beli sbb takut salah beli. Nah rujuk gambar bawah ni. Tiap satu gambar dah ada caption so tengok okay 😘 semoga bermanfaat 👋
1. Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+
Tekstur dia tak melekit n boleh dijadikan makeup base so nnt make up nampak smooth. Mengandungi Royal Jelly, Hyaluronic Acid dan Mix Citrus Essence sbagai bahan pelembap utk skin nmpk moist n hydrated.
Yang ni sweat n water resistant ya ( kalis peluh n air so jangan lupa remove pakai makeup remover ye ! ) all skin types boleh pakai.
Kegunaan: Muka dan badan
Berat: 50gram
2. Biore UV Aqua Rich Watery BB SPF 50+ PA++++
Yang ni pun sama, non-greasy n non-sticky texture n boleh dijadikan makeup base jgk utk make up nampak smooth tp dia ada warna iaitu warna Beige so mcm pakai foundation jgk la dia ni. Yang rasa skin kusam n nk instant nampak skin cerah ambik yang ni ye.
Pun sama mengandungi Royal jelly, Hyaluronic Acid n Mix Citrus Essence utk melembapkan skin. Yang ni pun kalis air n peluh so nnt kena remove pakai makeup remover ya sayang.
Kegunaan: Muka sahaja
Berat: 33gram
3. Biore UV Aqua Rich Watery Whitening Cream SPF 50+ PA++++
Yang ni sama je ada rumusan Royal Jelly, Hyaluronic Acid n Mix Citrus Essence cuma extra dia, dia diformulasi dengan Chamomile extracts utk menghalang munculnya melanin yang menyebabkan skin gelap serta dia boleh prevent jeragat keluar ! All skin types boleh.
Yang ni pun sama dia kalis peluh dan air so pakai remover utk buang. Actually semua sunblock kena buang pakai make up remover. Saja pesan banyak2 kali tkt ada tak tahu hehe.
Kegunaan: Muka sahaja
Berat: 33 gram
4. Biore UV Bright Face Milk SPF 50+ PA++++
Yang ni special sikit ya. Dia ada fungsi pores corrector dengan ‘pinkish colour correction’ utk buatkan pores kurang kelihatan n instantly brighten skin biar nampak fresh n natural. All skin types boleh.
Kegunaan: Muka sahaja
Berat: 30ml
5. Biore UV Perfect Face Milk SPF50+ PA++++
Yang ni dia instantly matte ( sesuai utk oily skin ) sebab dia ada sebum absorbing powder so skin kekal fresh n nmpk tk berminyak. Jugak bleh dijadikan make up base 😊 normal to oily skin boleh pakai tapi paling sesuai Oily.
Kegunaan: Muka sahaja
Berat: 30 ml
6. Biore UV Perfect Milk SPF50+ PA++++
Yang ni Biore kata sesuai utk outdoor activities ( bersukan ke, jenis mmg kerja terpaksa berpanas ke, ambik this one )
Yang ni pun kalis air n kalis peluh. Nak solat tu pandai2 la ya buang dulu hehe. All skin types n oily pun sesuai.
Kegunaan: Muka dan badan
Berat: 40 ml
7. Biore UV Color Control CC Milk
3 dalam 1, UVA & UVB protection, Instant Coverage n nourishing skin. Yang ni orang skin oily sesuai jgk sbb dia ada oil absorbing powder utk long lasting oil control n tlg make up stay lama kat wajah.
Kegunaan: Muka sahaja
Berat: 30 ml
8. Sunplay Skin Aqua UV Whitening Moisture Gel
Mengandungi Arbutin utk lawan dark spots so skin kekal cerah dan bersih. So if nak extra protection sambil n rawat jeragat go with this one jgk ye.
Kegunaan: Muka dan Badan
Berat: 80 gram
9. Sunplay Skin Aqua UV Watery Gel
Sesuai utk oily skin. Sbb dia watery light texture. Ada jugak vitamin C utk tlg bantu melawan dark spots. Dalam ni jgk ada Aloe & Portulaca Extract utk bantu skin lawan radikal bebas.
Kegunaan: Muka dan Badan
Berat: 80 gram
Sumber : maskulin.com.my © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.blogmazeer.com/2019/01/lelaki-pujaan-malaya-ini-kongsi-9-jenis.html